KOTA BHARU- Pas tetap akan melaksanakan hukum hudud sekiranya
Pakatan Rakyat (PR) menang di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13
(PRU13) Mei ini walaupun ditentang parti komponennya, DAP.
Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, bagaimanapun
hudud hanya akan dilaksanakan untuk orang Islam tanpa melibatkan
golongan bukan Islam.
“Hudud ini dalam agama Islam, juzud daripada Islam, sokong atau tidak ia adalah asam garam daripada al-Quran sendiri.
“Tentang hudud kita laksanakan pada orang Islam sahaja dan ia akan
diluluskan oleh satu badan dipanggil kehakiman, bukan orang politik,”
katanya kepada media selepas merasmikan projek pembangunan bercampur
Taman Iman Jaya, Wakaf Che Yeh di sini, semalam.
Menurutnya, kelulusan daripada badan kehakiman pula bergantung kepada syarat tertentu sebelum ia benar-benar dapat dilaksanakan.
“Jika tak cukup syarat, maka turun hudud kepada takzim, cukup syarat
dia baru guna hudud, itulah sudah direkod sudah ditulis bertahun-tahun
dulu,” katanya mengulas kenyataan Timbalannya, Datuk Haron Din yang
menyifatkan persetujuan DAP menggunakan logo Pas bermakna parti itu
(DAP) bersetuju dengan dasar Pas.
Murid buktikan pada guru lembu makan martabak
14 hours ago
0 Komen pengunjong :