KUALA
LUMPUR, 26 April — Datuk Seri Najib Razak telah mezahirkan sokongan
terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengharamkan pengunaan perkataan
Arab untuk tuhan, “Allah”, oleh bukan Islam di Malaysia, menurut
wawancaranya bersama saluran berita antarabangsa Al –Jazeera.
Perdana
menteri kerajaan sementara itu turut memberitahu Veronica Pedrosa dalam
wawancara yang akan disiarkan pada Ahad, beliau tidak berminat untuk
berdebat dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum
pilihan raya 5 Mei.
“Konsep Allah berbeza dalam Islam berbanding dalam Kristian, kita
tidak seharusnya mengecewakan orang Islam dan orang Islam tidak
seharusnya mengecewakan orang Kristian, kita tinggal secara harmoni
selama bertahun-tahun dan ianya seharusnya berterusan,” kata beliau
dipetik dari petikan wawancara yang diedarkan oleh Al-Jazeera versi
bahasa Inggeris.
Mahkamah Rayuan Malaysia telah menetapkan 30 Mei sebagai tarikh untuk
satu lagi kes pengurusan terhadap kerajaan dan rayuan Kementerian Dalam
Negeri mengenai keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 perkataan “Allah”
boleh digunakan oleh akhbar mingguan Katolik, Herald.
Pada 2007, kerajaan menghadkan penggunaan terma tersebut hanya kepada
konteks orang Islam sahaja. Ini dibatalkan olah Mahkamah Tinggi dua
tahun kemudian oleh kerana hakim mengatakan ianya tidak mengikut
perlembagaan. Putrajaya membuat rayuan mengenai keputusan tersebut dan
pelaksanaan singkat keputusan mahkamah 2009 sejak itu telah digantung.
Selepas keputusan mahkamah, terdapat beberapa siri letupan dan
pembalingan batu terhadap beberapa rumah ibadat di Kuala Lumpur.
Sebahagian daripada pesalah didakwa dan kemudiannya dihukum tetapi kes
itu terus terpendam di hati.
Komuniti Kristian berjumlah kurang daripada10 peratus daripada
populasi 28 juta di Malaysia akan tetapi kedua-dua Najib dan Anwar telah
lama mula menarik mereka sebelum Pilihan Raya 2013
Najib juga mengatakan beliau lebih berminat melibatkan diri orang
ramai secara langsung daripada berdebat dengan lawan politiknya.
“Terdapat pelbagai cara untuk sampai kepada rakyat, kedua-dua parti
politik mempunyai banyak ruang di Malaysia… Kita tidak akan berdebat..
kita perlu melibatkan diri dengan rakyat, pembangkang akan melibatkan
diri dengan rakyat,” kata Najib kepada Al-Jazeera.
Wawancara Najib akan disiarkan buat pertama kali di seluruh dunia
pada 27 April, 12.30 tengah hari (waktu tempatan). Wawancara boleh
dilihat melalui Saluruan Astro 513. Ulangan wawancara 30 minit itu akan
disiarkan hari Ahad pada pukul 4.40 petang, Isnin 3.30 pagi dan 10.30
malam.
Beliau mengetuai Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya umum ke 13
dan telah dijadikan pengarah pilihan raya Selangor yang dikuasai oleh
PR.
Terdapat 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri
(DUN) di 12 negeri untuk dimenangi pada pilihan raya 5 Mei dan pemerhati
menjangkakan BN akan terus menjadi kerajaan dengan majoriti lebih
kecil.
Pilihan raya ini dijangka sengit kerana BN yang dahulunya dikenali
sebagai Perikatan, telah memerintah negara semenjak negara Merdeka pada
1957 telah berkempen untuk beberapa inisiatif reformasi yang
diperkenalkan oleh Najib yang mula berkhidmat empat tahun lalu.
Murid buktikan pada guru lembu makan martabak
17 hours ago
0 Komen pengunjong :