Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Tidak cukup pencalonan, Nurul tak boleh tanding timbalan presiden

KUALA LUMPUR, 12 Okt – Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dilihat hanya boleh bertanding jawatan naib presiden sebab beliau tidak melepasi kelayakan minimum dua pencalonan yang disyaratkan untuk bersaing kerusi nombor dua parti.
Minggu lalu, Datuk Zaid Ibrahim yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat, yang disebut-sebut akan bertanding jawatan timbalan presiden menyatakan kesediaan memberi laluan kepada Nurul Izzah jika bersedia bersaing kerusi nombor dua itu.
Bulan lalu, Nurul Izzah (gambar) mengisytiharkan hasrat mahu bertanding jawatan naib presiden.
Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan yang Nurul Izzah tidak menerima dua pencalonan yang dikehendaki.
“Setakat ini, maklumat yang kami terima menunjukkan Nurul Izzah tidak cukup pencalonan. Beliau hanya ada satu pencalonan. Kalau berdasarkan kedudukan itu, beliau tidak boleh bertanding,” kata beliau ketika dihubungi hari ini.
Bagaimanapun Nurul Izzah bertanding naib presiden.
Kesemua 208 caban PKR dikehendaki menghantar senarai pencalonan kepada ibu pejabat menjelang kelmarin.
“Kami akan proses dan teliti senarai laporan yang dihantar oleh cabang-cabang dengan tarikh akhir 10 Oktober lalu,” kata Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail.
Mereka yang layak perlu menerima pencalonan masing-masing menjelang Sabtu ini.
Dalam kenyataan pagi tadi, Nurul Izzah berkata beliau masih belum membuat sebarang keputusan sama ada akan bertanding jawatan timbalan presiden.
Dalam khidmat pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider, anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau masih menunggu notis rasmi tentang senarai calon yang layak bertanding untuk jawatan tertinggi parti sebelum membuat sebarang keputusan.
“Saya sedang menunggu kenyataan rasmi dari pejabat pusat tentang senarai calon yang layak bertanding untuk jawatan-jawatan tertinggi parti.
“Bila keluar kenyataan rasmi barulah keputusan boleh dibuat,” katanya.
Tiga pemimpin sudah mengesahkan bertanding jawatan timbalan presiden PKR iaitu Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub yang masing-masing merupakan naib presiden PKR dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.
Kelmarin Khalid telah mengumumkan untuk bertanding jawatan nombor dua PKR.
Sebelum ini Nurul Izzah berkata akan mengumumkan pendiriannya kelmarin.
Beliau merupakan antara 27 orang yang layak telah bertanding kerusi naib presiden pada pemilihan secara langsung yang juga kali diadakan oleh PKR.

0 Komen pengunjong :