PR Tuntut Kerajaan Perjelas Dalang Punca Keretakan Hubungan Malaysia-Indonesia

Johari_AbdulKUALA LUMPUR 12 Okt - Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul hari ini menuntut kerajaan menjawab persoalan berkaitan keretakan hubungan antara Malaysia dan Indonesia yang didakwa beliau seolah-olah ada dalang yang menaja beberapa insiden yang berlaku sebelum ini.

Beliau juga menggesa kerajaan supaya permasalahan yang timbul dalam hubungan dua hala kedua-dua negara ini ditangani terutama dalam perkara yang berkaitan dengan sikap layanan dan pihak berkuasa di negara ini.

"Ada di kalangan Ahli-ahli Parlimen Indonesia di akhir September (lalu) telah mengisytiharkan bahawa Malaysia perlu diserang kerana Malaysia ini adalah sebahagian daripada wilayah berdaulat yang sepatutnya menjadi milik Indonesia setelah sekian lama.

"Kebebasan bersuara yang diamalkan di Indonesia telah menyebabkan mereka boleh menyebarkan apa sahaja walaupun melibatkan perkara yang kecil yang sebenarnya tidak perlu dijadikan pertikaian," katanya ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman semasa menjawab soalan bertulis dari Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berhubung tindakan yang dilakukan kerajaan bagi menjamin hubungan Malaysia dan Indonesia sebagai kerabat Asean di Sidang Parlimen pagi tadi.

Johari sehubungan itu meminta pihak kerajaan memberi kepastian berhubung langkah kerajaan untuk menjaga dan mengekalkan hubungan baik Malaysia-Indonesia agar tidak didalangi pihak ketiga.

"Jadi saya pohon pihak-pihak kerajaan supaya dapat mempastikan bahawa penerangan yang lebih berkesan seperti soal orang gaji, tarian, lagu Rasa Sayang, tarian Barungan, yang kecil-kecil ini telah diperbesarkan seolah-olah ada pihak tertentu, (iaitu) pihak ketiga tidak menyenangi hubungan baik yang telah kita jalinkan setelah sekian lama.

"Di sini saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, dalam kes terbaru yang melibatkan insiden kedutaan kita (Malaysia) dilempar najis di Indonesia.

"Untuk itu, kita memerlukan seorang duta yang lebih berwibawa terutamanya mungkin boleh dilantik di kalangan ahli politik di Dewan (Rakyat) ini.

"Apakah ada dalang daripada pihak ketiga yang menjadi batu api yang menaja demonstrasi dan tunjuk perasaan di hadapan keduataan Malaysia di Singapura," soal Johari.

Katanya, biarpun demontrasi itu hanya melibatkan segelintir jumlah penduduknya, namun ia boleh menjejaskan pandangan masyarakat Indornesia terhadap Malaysia.

Ini berikutan banyak kejadian yang melibatkan penderaan fizikal dan mental, manipulasi dan penipuan terhadap Tenaga Kerja Indonesia (TKI) yang turut mendapat liputan meluas pihak media di Indonesia.

"Pun begitu, demonstrasi itu berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap beberapa perkara yang seharusnya ditangani oleh kerajaan Malaysia secepat mungkin.

"Sejauh manakah kerajaan Malaysia menjelaskan, perbuatan beberapa orang pegawai-pegawai kerajaan ini bukanlah suatu fenomena yang besar, tetapi boleh ditangani," soalnya. AddThis Social Bookmark Button

0 Komen pengunjong :