Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Timbalan Ketua Menteri Sabah keluar LDP, protes kepimpinan parti

KOTA KINABALU, 1 Sept — Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Peter Pang En Yin mengumumkan keluar Parti Liberal Demokratik (LDP) hari ini rentetan krisis antara parti itu dan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman minggu lalu.
Beliau menyerahkan surat letak jawatan kepada Presiden LDP Datuk Liew Vui Keong hari ini.
Liew, yang juga Menteri Belia dan Sukan Sabah memberitahu, Pang mengambil keputusan itu ekoran pendirian LDP terhadap Musa yang juga Pengerusi BN negeri awal minggu lalu.
Pang juga Naib Presiden LDP.
Menegaskan tentangannya terhadap pendirian LDP, Pang berkata: “Satu langkah yang tinggal bagi saya ialah keluar parti dengan baik.”
Kata Pang, beliau sedar bahawa keputusannya keluar dari LDP akan memberi kesan ke atas kedudukannya dalam kerajaan.
Pang menawarkan untuk melepaskan kesemua jawatan.
Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Karamunting ini menambah beliau masih berhasrat untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat BN.
“Saya minta Ketua Menteri memberi saya panduan yang sewajarnya,” kata beliau.
Pada Ahad lalu, Musa berkata Umno Sabah sentiasa memberi kerjasama sepenuhnya kepada Ketua Menteri yang mewakili parti komponen BN yang lain di bawah sistem penggiliran jawatan Ketua Menteri sebelum ini.
Sehubungan itu, beliau yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, berharap parti komponen BN yang lain turut berbuat demikian kepada Ketua Menteri daripada Umno.
Musa, 59, dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah ke-14 pada 27 Mac 2003, menggantikan Tan Sri Chong Kah Kiat yang merupakan presiden LDP ketika itu di bawah sistem penggiliran jawatan Ketua Menteri.
Sehari selepas Musa mempengerusikan mesyuarat BN negeri Timbalan Presiden LDP Datuk Chin Su Phin yang mempertikaikan kepimpinannya.
Dalam kenyataannya Selasa lepas, Chin berkata LDP tidak dapat bekerjasama dengan Musa, namun akan terus menyokong dan bekerjasama dengan Umno, selain memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak serta gagasan 1 Malaysianya.

0 Komen pengunjong :