Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

MEB Hanya Cantik Atas Kertas Kalau Terus Amalan Kronisme

SHAH ALAM 1 Sept - Model Ekonomi Baru (MEB) hanya akan berjaya sekiranya kerajaan Umno-Barisan Nasional mampu menamatkan amalan pemberian kontrak kepada kroni yang terbukti tidak mampu melaksanakan projek sehingga menyebabkan ia terbengkalai.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata Umno-BN telah menganugerahkan banyak projek kepada kroni dan kaum kerabat pemimpin  mereka sehingga kerajaan terpaksa mengeluarkan dana tambahan bagi menyiapkan projek terbengkalai.
"Sebagai contoh, Lebuh Raya Timur Barat yang terhenti di Kuala Terengganu, Hospital Shah Alam yang terbengkalai dan banyak projek lagi mengalami kegagalan kerana pemberian kontrak kepada kroni oleh kerajaan Umno-BN," tegas Khalid ketika berucap di forum Rancangan Malaysia Ke-10 anjuran majalah Leader di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Tambah beliau, MEB memperlihatkan satu pelan yang bagus di atas kertas tetapi pada realiti perlaksanaannya jauh lebih keadaan yang dibayangkan.
Oleh kerana itu kerajaan perlu mempunyai kemahuan politik yang kukuh jika benar-benar inginkan MEB berjaya.
Mengulas hujah Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang menyentuh mengenai sasaran ekonomi muluk yang digariskan oleh MEB, Khalid sebaliknya menyatakan sasaran yang diperkatakan dilihat memberangsangkan tetapi sasaran yang diimpikan jauh menyimpang daripada pencapaian sebenar.
"Khairy menyebut kerajaan Umno-BN mensasarkan pendapatan per kapita sebanyak AS$15,000 daripada angka semasa iaitu AS$7,000 ke AS$8,000. Ini bermakna ekonomi perlu kekal meningkat kira-kira enam peratus setahun, ini sesuatu yang tidak masuk akal," jelas Khalid.
Kata beliau, sejak 15 tahun lalu, ekonomi Malaysia hanya meningkat pada purata 4.5 peratus setahun, maka jika kerajaan Umno-BN masih mahu memberikan projek dan imbuhan kepada kroni dan kemudian terpaksa menyuntik dana tambahan bagi menyelamatkan kroni, ia tidak akam mampu mendapat peningkatan enam peratus seperti yang disasarkan.
Tambahnya lagi, angka sasaran kerajaan diibarat seperti 'dipetik daripada udara' dan bukan sesuatu yang mencerminkan nilai unjuran yang realistik. 
Ini kerana cara mendapatkan unjuran pertumbuhan ekonomi melalui pendekatan 'back tracking' bagi menentukan sasaran utama adalah tidak realistik dan tidak membantu mencapai matlamat MEB.
"Sasaran masa hadapan perlulah dibuat dengan mengambil kira keadaan semasa, dan keadaan ekonomi semasa Malaysia tidak memungkinkan penambahan enam peratus untuk tahun ini, jika dibandingkan dengan tahun lalu.
"Tetapi memandangkan peningkatan setengah pertama tahun ini yang agak bagus iaitu pada suku pertama sebanyak 10.1 peratus dan suku kedua sebanyak 8.9 peratus, kita tidak dapat menyimpulkan jangkaan akhir tahun pada masa ini," jelas Khalid lagi.

0 Komen pengunjong :