Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Perkauman Tajaan Umno Semakin Galak Di Bawah Pentadbiran Najib

SHAH ALAM 1 Sept - Pentadbiran setahun jagung Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah memperlihatkan tahap ketegangan antara kaum dan agama serta sentimen perkauman yang jauh lebih membimbangkan daripada lima Perdana Menteri sebelum ini dalam sejarah 53 tahun negara merdeka.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata sambutan kemerdekaan tahun ini sepatutnya memberikan rasa bangga kepada semua rakyat Malaysia dengan slogan '1Malaysia Menjana Transformasi' tetapi pada hakikatnya prestasi Najib pada tahun pertama memegang jawatan amat mengecewakan. 
"1Malaysia Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) yang dilancarkan oleh kerajaan Januari lalu menyatakan tujuan 1Malaysia adalah untuk menjadikan Malaysia lebih bagus, produktif dan berdaya saing dan akhirnya menjadi negara yang lebih baik di mana setiap warga Malaysia akan mendahulukan Malaysia sebelum bangsa dan agama masing-masing.
"Tetapi kesemua ini jatuh merudum apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muyhiddin Yassin berkata beliau seorang Melayu dahulu, kemudian baru Malaysia. Anehnya, tiada Menteri dalam Kabinet yang menyuarakan penentangan,' kata Kit Siang.
Kata beliau, GTP 1Malaysia juga menyatakan Malaysia telah memilih satu pelan yang unik dengan menitikberatkan pelbagai kaum dan memastikan keadilan untuk semua kekal seperti yang dikehendaki oleh Perlembagaan Malaysia.
Tetapi kata beliau, tajuk utama berita sejak 24 jam lalu telah membuktikan keadaan sebaliknya seperti,'Perkasa menggesa mengekalkan pengetua yang berucap menghina kaum lain', 'Perkasa mahu semua warga bukan Islam dilarang memasuki masjid dan surau', 'Ibrahim Ali mendesak tindakan tegas diambil ke atas Teo kerana memasuki surau'.
"Semua ini tidak langsung mencerminkan 1Malaysia yang didakwa dibangunkan berasaskan Perlembagaan Persekutuan, dan melalui pelbagai undang-undang, polisi, Rukunegara, Visi 2020 dan Misi Kebangsaan," tegas Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur.
Beliau menjelaskan minggu lalu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyangkal konsep Bangsa Malaysianya sendiri semasa melancarkan Visi 2020 pada 1990 dan sembilan matlamat utamanya apabila beliau cuba menyamakan meritokrasi dengan unsur perkauman.
Katanya lagi, retorik terbaru ialah apabila Najib mengisytiharkan 'zero tolerance for racism' (tiada toleransi untuk perkauman) tetapi tidak ada pun tindakan diambil terhadap pengetua sekolah sehingga kini, dan slogan itu akan berakhir sebagai tema kosong sahaja.
"Slogan 'zero tolerance for corruption' (tiada toleransi untuk korupsi) juga akan berakhir sebagai sesuatu yang retorik, memandangkan korupsi semakin berleluasa, dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula gagal mengambil tindakan setiap kali laporan diberi yang menyebabkan SPRM hilang segala penghormatan yang diberi oleh rakyat.
"Ke mana Malaysia setelah 18 bulan adanya 1Malaysia oleh Najib?," tanya Kit Siang lagi.

0 Komen pengunjong :