Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Perkauman: Orang kaya Umno peralat rakyat miskin

KUALA LUMPUR, 30 Sept: Orang-orang kaya Umno yang mengapi-apikan perkauman dengan memperalatkan rakyat miskin, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. Mengulas pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya kerajaan meningkatkan pertumbuhan dan kekayaan negara untuk mengurangkan perkauman, beliau menyifatkan pandangan tersebut sebagai pandangan yang dangkal.
"Barangkali kerana pandangan sedemikianlah Umno, Utusan Malaysia, Perkasa malah Dr Mahathir sendiri memperalatkan cakap-cakap bahawa ekonomi orang-orang Melayu masih ketinggalan untuk mengapi-apikan perkauman.
"Mereka menghalalkan pemikiran dan tindakan mengapi-apikan perkauman dengan alasan orang-orang Melayu ketinggalan dari segi ekonomi tetapi pada masa yang sama mereka mahu memaksa rakyat mengekalkan kuasa Umno yang terbukti tidak berminat membantu orang-orang Melayu," kata Mahfuz.
Sebelum ini, beliau menyifatkan Umno terbukti tidak berminat membantu orang-orang Melayu apabila Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi menyatakan bahawa data dan statistik terkini membuktikan bahawa kedudukan orang Melayu di dalam ekonomi dan pelbagai sektor masih ketinggalan.
Mahfuz juga menyifatkan kenyataan Dr Mahathir itu tidak ubah seperti desakan supaya gaji polis dinaikkan untuk membasmi rasuah di kalangan mereka.
"Saya sokong kenaikan gaji polis. Tetapi menaikkan gaji polis bukanlah cara untuk membasmi rasuah di kalangan mereka.
"Malah, yang didedahkan paling rakus dengan rasuah ialah pegawai-pegawai tinggi yang lebih besar pendapatannya, bukan anggota bawahan," kata beliau.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu bagaimanapun berterima kasih kepada Dr Mahathir kerana secara tidak langsung mengakui bahawa ekonomi negara di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kini berada dalam keadaan yang sangat lemah.
"Sebab itulah perkauman menjadi-jadi di zaman Najib terutama yang dicetuskan oleh Umno sendiri," katanya.
Tetapi, katanya, itu tidak bermakna beliau mahu negara ini kembali kepada ekonomi cara Dr Mahathir.
"Ekonomi cara Dr Mahathir yang tidak pro-rakyat mengakibatkan negara rugi sehingga sebesar RM100 bilion seperti yang didedahkan dalam buku 'Malaysian Maverick' oleh Barry Wain," kata Mahfuz.

0 Komen pengunjong :