Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Aziz Bari: Pelantikan Cubaan Singkir Ku Li Dari Umno

SHAH ALAM 30 SEPT: Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) Profesor Dr Aziz Bari percaya pelantikan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, sebagai cubaan halus Umno untuk menyingkirkan Ahli Parlimen Gua Musang itu.
Beliau  berkata Umno nekad dengan meletakkan tekanan kepada Teng Razaleigh atau Ku Li bagi menyulitkan kedudukan beliau yang sering berpihak kepada kerajaan Kelantan pimpinan Pas yang memperjuang  royalti minyak.
"Saya menganggap ini amaran kepada Ku Li sama ada terus kekal atau keluar Umno. Walaupun kita melihat beliau konsisten tidak senada dengan Umno  tetapi dia masih belum keluar," katanya kepada TV Selangor, hari ini.
Ku Li selama ini didesak  pelbagai pihak supaya keluar  Umno dan menyertai Pakatan Rakyat berikutan kecenderungannya memihak kepada kerajaan  Kelantan dalam isu royalti minyak dan beberapa perkara lain.
Kerusi DUN Galas kosong berikutan kematian wakil rakyat Pas, Che Hashim Sulaima akibat barah usus, mendorong laluan kepada pilihan raya kecil ke-12 sejak Mac 2008.
Mengulas mengenai peluang Pas memenangi pilihan raya kecil itu, Aziz percaya keputusan pilihan raya kecil itu secara matematiknya berpihak kepada Pas walaupun Ku Li memimpin kempen Umno Barisan Nasional.
Beliau berkata, Umno BN  tampak tidak bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil mengejut walaupun mahu menunjukkan kemampuan mereka merampas semula kerusi DUN yang terlepas ke tangan PAS pada 2008.
Katanya, kemerosotan pengundi Umno BN dijangka berlaku melibatkan undi pos  berikutan masyarakat orang Asli di Kelantan khususnya DUN Galas semakin selesa dengan kepimpinan Pas.

0 Komen pengunjong :