Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Mengapa Muhyidin Elak jadi Pengarah PRK DUN Galas ?

KUALA LUMPUR 30 SEPT: Keengganan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang secara tradisinya mengetuai sesebuah pilihan raya kecil peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN), menimbulkan persoalan.

"Biasanya, timbalan perdana menteri jadi pengarah apabila ada pilihan raya kecil, mengapa kali ini mahu lari? Kenapa Umno lari dari norma biasa bagi PRK DUN Galas?" kata Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub.

Berkata demikian pada sidang media di sini, hari ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menganggap pelantikan Tengku Razaleigh sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil DUN Galas, sebagai cabaran besar.

"PAS anggap ini satu cabaran besar. Jentera Pas perlu bersiap sedia, jangan terlalu 'over confident’. Jangan selesa, yang penting PAS akan meningkatkan keupayaan dan komitmen.

"Cabaran PAS ialah menghadapi rintangan ini dengan bijak," kata beliau lagi.

Tengku Razaleigh yang diketahui umum kerap mengkritik parti pemerintah sejak Datuk Seri Najib Razak mengemudi teraju kerajaan, dilantik mengetuai kempen Umno pada pilihan raya kecil DUN Galas.

Ahli Parlimen Gua Musang dan Ketua Umno Bahagian Gua itu lantang dalam isu tuntutan royalti minyak Kelantan, selain giat mengkritik beberapa dasar kerajaan.

Salahuddin berkata, Pas tiada masalah dengan pelantikan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihan Raya bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dari parti itu.

"Hubungan PAS dengan Ku Li tetap baik walaupun beliau ditugaskan untuk merampas semula kerusi DUN Galas," katanya.

0 Komen pengunjong :