Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

SB Kena Halau Cuba Intip Aktiviti KEADILAN

SHAH ALAM 8 Ogos - Identiti seorang anggota polis dipercayai daripada Cawangan Khas (SB) yang menyamar sebagai orang awam terdedah apabila cuba menyusup masuk bagi mengikuti serta mengumpul maklumat pada majlis taklimat anjuran Sekretariat Latihan dan Perkaderan (Selkad) di sini minggu lalu.
Anggota SB itu 'kantoi' apabila gagal menunjukkan bukti pengenalan diri apabila didesak petugas KEADILAN pada majlis taklimat yang disampaikan oleh pegawai Skuad Komunikasi Selangor (SKS) pada pukul 9 malam Khamis lalu.
Menyedari perkara tersebut, pegawai SKS bertindak menghalaunya daripada terus berada di premis Selkad dalam sesi taklimat yang diadakan pukul 9 malam Khamis lalu.
Sehubungan itu Pengarah Penerangan Negeri Selangor, Dr Badrulamin Bahron membidas tindakan pihak polis yang dilihat menjadi alat politik Umno-Barisan Nasional untuk mengintip aktiviti KEADILAN di Selangor.
"Kita minta pihak polis supaya tidak menjadi alat atau orang suruhan Umno-BN, mereka hendaklah bertindak profesional dalam menjalankan tugas.
"Mereka sepatutnya tidak menjadi seperti orang suruhan atau anjing politik bagi menjaga kepentingan politik pemimpin jahat," tegas beliau kepada Suara Keadilan.
Tambah Dr Badrulamin, sejak insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 yang dilakukan oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor   sehingga membawa kepada era reformasi, pihak polis secara berterusan masih lagi bertindak secara tidak profesional dan hanya mengikut telunjuk pemimpin Umno-BN.
Sepatutnya tugas asasi pihak polis kata beliau  adalah untuk menjaga keamanan dan ketenteraman awam bukan campur tangan dalam urusan parti politik.
Mengenai program penerangan diseluruh negeri Selangor, Dr Badrulamin berkata langkah penerangan balas kerajaan Pakatan Rakyat melalui SKS akan dimulakan pada hari pertama umat Islam berpuasa yang dijangka pada 11 Ogos.
Beliau berkata pihaknya memilih untuk membuat penerangan di semua masjid sepanjang bulan Ramadan memandangkan pada masa itu ramai umat Islam berkumpul bagi mengerjakan ibadat.
Tambah beliau, selepas kerajaan negeri mengumumkan peruntukan RM15 juta untuk tujuan sistem penyaluran maklumat, pihaknya akan meningkatkan edaran akhbar rasmi kerajaan negeri, Selangorkini berkali ganda bagi menjawab dakwaan dan tohmahan pembangkang.
Bilangan akhbar Selangorkini dijangka ditingkatkan daripada 60,000 kepada 300,000 dan bakal diedarkan selepas Hari Raya Adil Fitri nanti.

1 comment :

  1. mereka(polis) ini lupa bahawa gaji mereka di bayar oleh rakyat dan jangan taksub atau pun tunduk pada perintah UMNO/BN. Kita hanya boleh taksub pada Allah sahaja,... Takbir......ALLAHUUAKBAR

    ReplyDelete