Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Tangani kes buang bayi guna undang-undang Islam

KUALA TERENGGANU – Sudah tiba masanya kerajaan memikirkan secara serius melaksanakan undang-undang mengikut syariat Islam bagi menangani masalah jenayah terutama membabitkan pembunuhan bayi.

Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Abu Bakar Abdullah berkata, biarpun ada usaha menyiasat kes pembuangan bayi di bawah tuduhan membunuh atau cubaan membunuh, beliau yakin ia tidak mampu mengatasi jenayah dan masalah moral yang berlaku dalam negara.

Menurutnya, undang-undang terhadap pembunuhan perlu digubal mengikut Kanun Keseksaan Islam di bawah qisas yang boleh membela agama, nyawa, akal, keturunan dan maruah serta harta benda.

“Kerajaan mesti jaga kelima-lima asas ini dengan mengguna pakai undang-undang mengikut Islam bagi mengatasi masalah tersebut, termasuk mereka yang terlibat perlu didakwa mengikut kehendak agama,” katanya kepada :Sinar Harian: ketika dihubungi, semalam.

Abu Bakar menegaskan, faktor berlakunya jenayah tersebut menunjukkan kegagalan akibat tidak merujuk kepada undang-undang Islam, sambil menekankan faktor pendidikan perlu diberi perhatian serius dalam meningkatkan kesedaran beragama.

“Apabila tiada kesedaran berhubung dosa dan pahala, undang-undang sedia ada tidak mampu mengatasi masalah ini, penguatkuasaan yang ada bertujuan mendidik masyarakat tetapi undang-undang yang diambil bukan setakat menghukum sahaja, malah perlu bersifat mendidik dan mencegah.

“Jadi, dari semasa ke semasa, kita akan mendesak dan mencadangkan kerajaan untuk melaksanakan syariat Islam kerana ia adalah tanggungjawab semua pihak untuk menyelamatkan manusia di dunia dan akhirat,” katanya.

0 Komen pengunjong :