Kebelakangan ini terdapat ada diantara penyokong-penyokong Umno mula mempertikai dan sangsi dengan dasar dan perjuangan Umno pimpinan Najib, Perdana Menteri 1Malaysia. Mereka sedar dan nampak sedikit demi sedikit perjuangan asal Umno telah lari dari landasannya sehingga merugikan orang Melayu dan negara. Beberapa pekara yang tak sepatutnya berlaku, tetapi telah berlaku akhir-akhir ini dan mereka telah mula tidak menaroh keyakinan dan keupayaan kepada Najib sebagai pemimpin nombor satu mereka.
Beberapa-berapa isu penting kepada orang Umno dan khasnya kepada rakyat Malaysia yang merugikan negara telah terjadi yang sepatutnya tidak akan terjadi jika pemimpinnya berkalibar, berkreadibiliti dan mampu mengurus tadbirkan Malaysia dengan terbaik. Diantara isu-isu penting tersebut ialah :-
1. Penyerahan beberapa blok plantar minyak yang bernilai dan berharga pada kerajaan Brunei. Penyerahan ini menyebabkan negara mengalami kerugian ber bilion Ringgit Malaysia.
2. Ramalan Malaysia akan bankrup sebagaimana Greece pada tahun 2019. Bangkrap ini berlaku bila negara tidak ada wang lagi. Bagaimana wang boleh jadi tidak ada sedangkan selama ini negara mempunyai wang yang cukup. Puncanya rasuah berleluasa, penyelewengan sana sini dan salah tadbir urus negara amat jelas sekali.
3. Penyerahan 40% kouta hak pemilikan tanah orang Melayu di Kampung Baru kepada bukan Melayu. Ini satu bab paling malang dan sedeh sekali kepada orang Melayu. Kg. Baru sudah begitu sinonim di bandar Kuala Lumpur, tak ada nya Kg. Baru di Kuala Lumpur akan hilanglah identiti orang Melayu di sana. Apakah tanah yang sesempit itu pun nak dibahagikan juga kepada bukan Melayu.
4. Kerajaan Umno/BN merestui pertaruhan judi bola sempena Piala Dunia 2010. Malaysia adalah sebuah negara Islam dan selalu dilaungkan menjadi negara islam contoh. Akan tetapi tidak kah pemimpin kita yang beragama islam sedar bahawa judi adalah haram dan berdosa melakukannya. Bukan islam sahaja melarang judi tetapi agama lain juga melarangnya.
5. Penyerahan tanah KTMB pada kerajaan Singapura. Beberapa perdana menteri Malaysia boleh mempertahankan tanah seluas sekangkang kera ini tetapi bila Perdana Menteri Malaysia yang bernama Najib, tanah itu diserahkan kepada Singapura yang sekian lama mengoda Malaysia untuk mendapatkannya. Maka perdana menteri yang sudah memang di ketahui allergic dengan godaan, tanpa fikir panjang pun serahlah tanah itu. Bagi Singapura bergembiralah, mengapa tidak, orang mengantuk di surungkan bantal.
6. Isu GST dan penarikan balik subsidi kerajaan kepada rakyat. Sebagai rakyat mereka berhak menerima subsidi daripada pemerintah. Oleh kerana wang dah tak ada dek disapu dan dirembat sebahagiannya oleh kroni-kroni, ditambah lagi dengan rasuah sana sini maka tak ada cara lain hendak dapatkan semula wang ialah dengan tarik balik subsidi dan juga menaikkan harga barang. Rakyat juga akan menanggung beban nanti bila ini terjadi.
Kembara Jr ..... Kalau dah rasa tak mampu tadbir negara sebaik mungkin baiklah letak jawatan awal-awal biar orang lain yang tadbir. Mana tau orang lain boleh mentadbirnya dengan lebeh baik lagi. Malah jika ditakdirkan tuhan pemimpin baru ini ada idea dan cara yang baik untuk mendapatkan balik mana-mana khazanah yang telah hilang. Itukan baru di namakan pemimpin kerana dapat menambahkan harta negara bukannya menghabiskannya.
Lawannn.....Tetappp.....Lawannn
Najib dah nai pening dah!!!!
ReplyDelete