Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Liwat ll : Tangguh Ke 14 Jun

Mahkamah mula bersidang pada jam 9:54 pagi dengan Pendakwaraya, Datuk Mohd. Yusof memohon kebenaran mahkamah memanggil saksi, doktor pakar bedah am HKL, Dr. Mohd. Razali Ibrahim ke kandang saksi untuk mengangkat sumpah. Angkat sumpah dilakukan dalam bahasa Inggeris kerana prosiding hari ini dibuat dalam bahasa inggeris..
Dr. Mohd. Razali menerangkan kepada mahkamah bidang tugasnya ialah yang membabitkan bahagian tuboh dari leher ke bawah. Semua peralatan yang digunakan untuk tujuan pemeriksaan Mohd. Saiful telah dinyah kuman. Beliau mengulangi kenyataan semalam, peralatan yang dimasukkan melalui dubur Mohd. Saiful untuk tujuan pemeriksaan, disapu dengan K.Y gel terlebih dahulu bagi melicinkan. Razali berkata sesetengah cecair mungkin akan membawa sedikit kemudaratan di bahagian yang di sapu. Pendakwaraya turut bertanyakan adakah dubur Saifol disumbat dengan plastik? Dr Mohd Razali menyatakan tidak.

Tiba giliran Karpal menyoal balas Dr. Mohd. Razali, sebagaimana dijangkakan Karpal telah memohon untuk menangguhkan perbicaraan sehinggalah semua dokumen tambahan mengenai nota klinikal, laporan, bahan dan spesimen yang di perlukan di berikan kepada pihak pembela. Ketiadaan dokumen tersebut maka amat sukar bagi pihak peguambela membuat rumusan. Menurutnya, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa pihak pembela boleh memohon untuk mendapatkan dokumen-dokumen tersebut pada mana-mana tahap prosiding, dan kerana itulah pihak pembela melakukannya sekarang.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin membenarkan soal balas terhadap Dr Mohd Razali ditunda kepada 14 Jun untuk mendengar permohonan tersebut.


Kembara Jr ..... Apakah yang kita ikuti sekarang ini perbicaraan atau hanya lakunan. Kalau betul-betul perbicaraan kenapakah dokumen-dokumen yang diperlukan oleh pehak pembela tidak diberikan. Apa yang ditakutkan. Kalau sistem kehakiman kita telus sebagaimana yang diwar-warkan bicaralah secara telus dan adil. Barulah telus sebagaimana dikatakan.

Tanpa dokumen yang diperlukan oleh pehak peguam bela samalah membelasah seseorang dengan tangannya terikat dibelakang. Bagaimanakah dia hendak mempertahankan dirinya sedangkan tangannya terikat. Samalah dengan kes Anwar, tanpa dokumen macammana nak mempertahan diri.

Jangan hanya hendak menang wahai pendakwa budiman.Bertarunglah secara orang jantan.....kalah menang sudah menjadi lumrah alam jika ada pertandingan.

Lawannn.....Tetappp.....Lawannn

1 comment :

  1. Semakin hari semakin bercelaru perbicaraan ini. Maklumlah skrip yang dibuat, pelakon pula jenis mudah lupa skrip. Tunggang terbalik lah jadinya

    ReplyDelete