Tulisan bos AirAsia X buat PERKASA berang

NONEKetua pegawai eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani menjadi sasaran cemuhan balas dari pelbagai penjuru hari ini ekoran tulisannya di laman sosial yang didakwa memperlekehkan pertubuhan pro-Melayu PERKASA dan akhbar Utusan Malaysia.

Dalam reaksi balas, akhbar milik Umno itu hari ini menyiarkan kenyataan dari pemimpin PERKASA, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan juga kenyataan aktivis anti-PKR yang antara lainnya menyelar sikap “bongkak” dan “lupa diri” Azran.
Berang dengan tulisan Azran, pemangku presiden PERKASA Datuk Abdul Rahman Bakar dalam laporan Utusan berkata eksekutif tersebut  “angkuh” kerana lupa bahawa beliau mungkin tidak mampu berada di kedudukan tersebut tanpa “kuasa Melayu yang diperjuang Utusan Malaysia”.

"Tidakkah Azran terfikir lesen yang dikeluarkan kerajaan kepada Air Asia adalah kerana pada peringkat awalnya syarikat penerbangan itu dimiliki orang Melayu?

"Dia menuduh kerana fikiran sempit Perkasa menyebabkan orang Melayu ketinggalan, tetapi tidakkah dia tahu dengan kuasa politik di tangan orang Melayu sahaja segala agenda dan kepentingan Melayu dapat direalisasikan sehingga kita mampu memiliki syarikat penerbangan yang sama sekali tidak terfikir boleh berlaku?," kata Abdul Rahman seperti dipetik Utusan.

Menurut laporan berkenaan, Azran menulis di Twitter dan Facebook bahawa beliau meluat dengan Utusan Malaysia dan menyalahkan akhbar tersebut kerana menyiarkan laporan muka depan bertajuk 'Apa lagi Cina mahu?'.
Turut dibariskan dalam laporan Utusan hari ini ialah ketua aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan yang menyifatkan Azran sebagai individu yang "lupa asal usul" kerana mengecam peranan akhbar tersebut.
"Dalam konteks ini tidak kira setinggi mana pendidikan dan taraf kehidupan seseorang Melayu itu, tetapi dia tidak berhak sama sekali mengkritik suara Utusan Malaysia dalam mempertahankan hak orang Melayu," katanya.
Sementara itu, seorang aktivis anti-PKR Abdul Ghani Haroon pula dalam laporan di halaman sama menyebut, tindakan Azran tidak mencerminkan pemikiran moden seorang tokoh korporat kerana turut menarik balik iklan AirAsia X di akhbar berkenaan.
"Orang seperti ini adalah mereka yang lupa daratan dan lupa sejarah tentang perjuangan memartabatkan anak bangsa sendiri di bumi Malaysia," katanya.

3 comments :

  1. Perkasa, ppim dan anti pkr, pertubuhan yg diterajuai oleh manusia BODOH SOMBONG - cerdik tak blh diikut, bodoh tak blh diajar. apa yg ditulis oleh Azran itu mempunyai asas. mentang2lah MELAYU kalau salah pun tak blh ditegur, bila ditegur untuk kebaikan melayu mulalah melenting macam babi gila. patutlah melayu (umno) sekarang bodoh semacam aje tak blh terima kenyataan terutamanya media arus perdana.
    Jika kenyataan perkauman masih dimainkan jgn harap pd pru akan dtg bangsa cina dan india akan kembali pd bn. Cuba waraskan fikiran jgn terlalu emosonal, ingatkan Allah dan baginda Rasullulah saw. Fikirkan bersama.

    ReplyDelete
  2. ini puak melayu dah kelabu dengan slogan melayu- berapa ramai melayu yang dah lupa asal usul dia orang dari ciptaan Allah dan berapa ramai pula yang berani menyanggah kebenaran ayat ayat Quran.jauhi dari puak puak ni jangan bersama mereka lagi

    ReplyDelete
  3. kalau bn tu bagus, tak rasuah, tak salahguna kuasa dan tak ambil kesempatan keatas rakyat kenapa rakyat tak undi bn? sekarang zaman teknologi dihujung jari, semua maklumat dapat diketahuai dgn mudah. rakyat sekarang bknnya rakyat zaman 60an, Bacian rambang yg dibuat kebanyakan melayu yg mengundi bn adalah golongan yg tiada kemudahan teknologi maklumat dirumah mereka. minda mereka tak berkembang sebagaimana berkembangnya teknologi. mereka hari2 disogok dgn maklumat dari arus perdana.

    ReplyDelete