Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

PKR cabar SPR, KDN buktikan pendatang asing pengundi sah

sivarasa-pengundi-spr

PETALING JAYA 3 MEI: KEADILAN mencabar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menunjukkan bukti rasmi berhubung pendatang asing yang diterbangkan BN ke Semenanjung merupakan pengundi sah.

Ini berikutan pengakuan Setiausaha Agung BN, Datuk Tengku Adnan Mansor bahawa pendatang asing terbabit adalah pengundi yang sah dan pesawat sewa khas yang menerbangkan mereka itu dibayar oleh “rakan-rakan BN”.
Penyandang Parlimen Subang, R Sivarasa berkata, KEADILAN memandang serius pendedahan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa terdapat 40,000 pengundi ragu diterbangkan dari Sabah dan Sarawak sejak 25 April lalu.
“Kita juga risau dengan jumlah besar pengundi pos pada 30 April lalu yang melibatkan sehingga 250,000 pengundi,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.
“Siapa mereka? Adakah mereka ini rakyat Malaysia? Kita desak dan cabar SPR serta KDN tunjukkan bukti rasmi tentang pengundi asing serta anggota keselamatan yang terlibat dalam pilihan raya kali ini,” tegasnya.
Sivarasa berkata, penipuan dalam pilihan raya merupakan kesalahan besar dan jika terbukti SPR terlibat, tindakan undang-undang akan diambil.
“Jika kami (Pakatan) dapati SPR terlibat dalam konspirasi penipuan pilihan raya ini, tindakan undang-undang akan diambil, kerana ini adalah kesalahan yang sangat serius.
“Kamu (kerajaan) mempermainkan sistem demokrasi dan kepercayaan rakyat Malaysia,” tempelaknya.
Tambah Sivarasa, KEADILAN mempunyai banyak lagi maklumat dan akan mendedahkannya pada sidang media esok.

0 Komen pengunjong :