Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Keputusan PRU13 adalah ‘tsunami Malaysia’


KUALA LUMPUR — Keputusan pilihan raya umum ke 13 semalam yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang 133 kerusi Parlimen dan 274 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara lebih mirip kepada “tsunami Malaysia” berbanding “tsunami Cina”, kata bekas Ketua Pengarang Akhbar berbahasa Inggeris milik Umno New Straits Times, Datuk A Kadir Jasin.
Dalam sidang akhbar awal pagi tadi, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kemenangan BN akan tetapi mengakui gabungan tersebut tidak menyangka “tsunami Cina” yang menyaksikan kehilangan undi komuniti tersebut dengan drastik.
“Adakah tidak mungkin bahawa ini bukan tsunami Cina atau cauvinisme kaum, tetapi tsunami Malaysia yang berpaksikan aspirasi dan realiti baru, khasnya di kalangan pengundi muda?” soal Kadir dalam tulisan di blognya yang bertajuk, “Keputusan PRU13-Tsunami Cina atau Tsunami Malaysia?”.
“Buat kali pertama sejak PRU 1969, undi popular BN lebih kecil daripada pembangkang. Setuju dengan pembahas yang ini bukan “tsunami Cina” kerana di negeri majoriti Melayu pun prestasi BN merosot misalnya Terengganu,” tambah beliau lagi.
Menurut Kadir, terdapat juga kemungkinan keputusan Pilihan Raya 2013 bermaksud sesuatu yang lebih besar dan menyeluruh iaitu ramai pengundi sudah tidak lagi menerima BN dan cara kerajaan BN.
Pencapaian BN dalam Pilihan Raya 2013, lebih buruk daipada 2008. Kerusi di Parlimen jatuh daripada 140 kepada 133. Manakala bagi kerusi DUN, BN merosot daripada 306 kepada 274 walaupun dapat menawan semula Kedah dan mengesahkan penguasan ke atas Perak.
Sementara Pakatan Rakyat (PR) dapat meningkatkan pengusaan mereka di Parlimen apabila mendapat 89 kerusi berbanding 82 dalam Pilihan Raya 2008. Akan tetapi, negeri Kedah yang dimenangi mereka pada 2008 gagal dipertahankan.
Selain itu, PR turut gagal untuk merampas semula negeri Perak yang mereka menangi pada tahun 2008 akan tetapi kembali dikuasai oleh BN selepas tiga ADUN PR membelot.
“Barisan Nasional tidaklah boleh berbangga apatah lagi keras kepala dengan prestasinya kerana ia sebelum ini ia menguar-uarkan akan menang besar dan memperoleh semula kelebihan dua pertiga dalam Dewan Rakyat serta menawan semula negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat,” tulis beliau lagi.
“Sebaliknya, pencapaiannya lebih buruk daripada 2008 kerana PR berjaya menembusi Johor dan memperoleh lebih banyak kerusi di Sarawak, dua negeri simpanan tetap BN serta berjaya mengusai lebih banyak kerusi DUN di seluruh negara.”

0 Komen pengunjong :