Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Tentera Filipina sanggah Zahid Hamidi

interaksyon

MANILA : Angkatan Tentera Filipina (AFP) menolak dakwaan Menteri Pertahanan Malaysia bahawa pasukan keselamatan membunuh 35 tentera Sulu yang kononnya cuba memasuki Sabah untuk mengganggu PRU 13.
“Kita semak dengan Tentera Laut Filipina dan Estearn Mindanao Command dan mereka tidak menerima laporan sedemikian,” kata jurucakap AFP, Colonel Arnulfo.
Aravelo bercakap dengan Komander Pasukan Petugas Tentera Laut berpangkalan di Tawi-Tawi pada 2.25 petang dan tidak menerima pengesahan berkaitan insiden yang didakwa Zahid Hamidi.
Beliau berkata demikian kepada InterAksyon, sebuah portal berita terkenal negara itu.
Hal sama turut disuarakan Colonel Edgard Arevalo, jurucakap Tentera Laut tentang hal ehwal Laut Filipina Barat.
Pemangku jurucakap Tentera Laut, Lieutenant Komander Gregory Fabic pula berkata, Western Command dan Pasukan Petugas Tentera Laut 62 yang berkuasa ke atas lokasi insiden itu, turut menafi dakwaan Zahid.
Kedua-dua pegawai Tentera Laut itu enggan mengulas mengapa Zahid membuat dakwaan itu.
Zahid sebelum ini mendakwa tentera Sulu ditembak selepas enggan berpatah balik walaupun amaran diberi agar tidak menyeberangi perairan Malaysia.
Pada Februari, lebih 200 pengikut Kesultanan Sulu ke Sabah untuk membuat tuntutan mereka terhadap wilayah itu.

0 Komen pengunjong :