Tak mustahil insiden letupan sandiwara pihak yang takut kalah

letupan

KUALA LUMPUR 26 APRIL: Calon KEADILAN Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh, Badrul Hisham Shaharin tidak menolak kemungkinan, letupan bom di bilik Gerakan BN di Nibong Tebal, 23 April lalu dicipta untuk mengganggu mood rakyat yang bersemangat memberi sokongan luar biasa kepada Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pentadbiran Kerajaan Pusat.
Beliau yang dikenali Chegu Bard berkata, kewujudan bahan letupan pada musim pilihan raya bukan perkara baru.
“Kita patut imbau ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh yang menyaksikan kononnya bom dijumpai dalam bilik Gerakan BN. Ketika itu terdapat cubaan untuk mengaitkan Pakatan dengan keganasan bagi tujuan meraih simpati.
“Kita juga patut ingat bagaimana wujud letupan bom bagi merencatkan pesta sambutan rakyat ketika pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim tempohari, dan saya anggap inilah kemahiran ‘mereka’,” katanya pada kenyataan.
Justeru, beliau menggesa polis segera menyiasat dan menghukum pihak yang terlibat serta menyeru rakyat supaya bertenang.
Dalam kejadian itu, seorang pengawal keselamatan tercedera di kaki kanan akibat terkena bahan letupan, dikejar ke Hospital Sungai Bakap untuk rawatan lanjut dan keadaannya stabil.

1 comment :

  1. rasanya orang yang pasang bom tu tak sempat lari,pas tu bom meletup dan cederalah orang tu,so......sape orang yang pasang bom tu aaaa?????

    ReplyDelete