Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Najib dicabar debat dengan Anwar, buktikan manifesto BN realistik

najib penakut-debat

PETALING JAYA : Jawatankuasa Manifesto Pakatan Rakyat mencabar Datuk Seri Najib Razak berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai manifesto yang ditawar kerajaan masing-masing.
“Kami mencabar Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan untuk berdebat dengan Ketua Umum KEADILAN berhubung manifesto kami dalam masa terdekat, selepas BN keluarkan manifesto mereka.
“Kami juga bersedia, sebagai Ahli Jawatankuasa Manifesto Pakatan Harapan Rakyat untuk berdebat dengan wakil daripada BN, (dan bahaskan) setiap isu dan peruntukan (manifesto).
“Debat ini bagi pertahankan setiap perangkaan (dalam manifesto) yang kononnya akan bankrapkan negara,” kata Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.
Sebaik sahaja Pakatan membentang Manifesto Rakyat di Konvensyen Pakatan Rakyat Isnin lalu, pimpinan Umno BN menuduh kononnya manifesto itu tidak realistik.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong menggesa Perbendaharaan Malaysia supaya adil memberikan maklumat kepada kedua-dua pihak.
“Perbendaharaan perlu beri kami semua maklumat yang diperlukan, bagi membolehkan debat dijalankan dengan adil.
“Perbendaharaan perlu bersikap tidak berpihak, seperti mana di negara demokratik lain,” katanya lagi.

0 Komen pengunjong :