Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Mampat sokong MB Terengganu bercuti panjang

KUALA TERENGGANU: Penasihat Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Ibrahim Sultan Ismail menyokong cadangan Persatuan Anak Terengganu Di Perantauan (Perantau) yang meminta Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bercuti panjang sementara dakwaan ke atasnya disiasat.

"Sudah lama kita ingin mencadangkan Ahmad Said 'bercuti' dari tugas sebagai Menteri Besar setelah berbagai dakwaan 'salah laku' dihadapkan kepada pentabirannya.

“Jika beliau berdegil, saya akan membuat siri-siri pendedahan salah lakunya untuk diketahui rakyat umum," kata bapa saudara kepada Sultan Terengganu itu ketika dikunjungi Harakahdaily.

Beliau yang mengesahkan untuk hadir dalam Himpunan Anak-anak Terengganu di Perantauan 2013 (HAT13) pada 3 Mac ini di Shah Alam akan mencadangkan sebuah sekretariat rakyat prihatin untuk menerima aduan dan menyiasat salah laku Ahmad segera dibentuk untuk membincangkan isu berkenaan dan lain-lain berkaitan serta prestasi pentadbiran Menteri Besar itu.

Setiausaha Perantau, Shuhaimi Embong dalam satu kenyataan mencadangkan Ahmad bercuti panjang ekoran pendedahan Dr Syed Azman Syed Ahmad, Penolong Setiausaha Agung PAS dan Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR berhubung dakwaan penganugerahan balak kepada 12 syarikat baru-baru ini yang perlu disiasat.

Sementara itu, Dr Syed Azman yang juga Adun Batu Burok memaklumkan satu laporan dan serahan dokumen kes 'rasuah dan salah laku' pentadbiran Menteri Besar Terengganu dalam pengurusan pembalakan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan diadakan di Kuala Terengganu hari ini.

0 Komen pengunjong :