Anwar kecam AS, Obama main "politik dolak-dalih"

Anwar kecam AS, Obama main "politik dolak-dalih": Amaran sentimen anti-AS meningkatKetua Pembangkang Malaysia Anwar Ibrahim telah mengecam Amerika Syarikat dan Presiden Barack Obama kerana memainkan "politik berdolak-dalih", lalu menggesa Washington untuk menggugurkan pendirian pro-Israel yang "agresif" dan cuba membantu negara-negara Timur Tengah mencari penyelesaian atas isu persengketaan yang berlarutan di Palestin, kerana ini menjadi faktor utama sentimen anti-AS sedang meningkat di seluruh dunia Islam.
"Orang ramai tidak membenci rakyat Amerika kerana hak mereka atau mereka semata-mata rakyat Amerika tetapi kerana sikap berdolak dalih dan tidak adil. Bagaimanakah seorang wanita atau lelaki yang telah hidup dalam era menegakkan hak asasi manusia menerima jenayah yang dilakukan di Gaza," Anwar berkata semasa temu bual selama sejam dengan Al Mayadeen TV dari Beirut yang dirakam di Kuala Lumpur pada 20 November dan disiarkan pada 12 Disember
http://almayadeen.net/ar/Programs/Episode/udV3cAbf6kqr76ElAWpQyw/2012-12-12-
"Adalah penting bagi AS untuk tidak berpandangan sempit. [Sebagai contoh] mereka boleh memilih untuk tidak bersetuju dengan Iran tetapi mereka mesti memahami Iran ... kita bercakap mengenai keupayaan nuklear, dunia Islam hairan mengapa ‘tidak’ untuk Iran dan 'ya' kepada Israel. Mengapa 'ya' kepada India dan 'tidak' untuk Pakistan?
"[Ini adalah] politik berdolak dalih. Anda bercakap tentang demokrasi tetapi pada pada masa yang sama anda bekerjasama dengan orang seperti Mubarak, Ben Ali dan Gaddaffi. Terdapat percanggahan yang amat ketara ... AS dilihat seperti membiarkan perbuatan yang melampau ini berterusan.
"Anda mesti mempunyai dasar yang koheren dan konsisten supaya rakyat percaya pada anda.

Obama lebih baik daripada Mitt tetapi kurang berjaya dalam dasar Timur Tengahnya

Anwar, seorang tokoh yang amat disegani dan kerap mengadakan lawatan serta memberi ceramah di negara-negra Islam, dengan terang-terangan mempersoalkan bagaimana AS yang mendakwa dirinya sebagai jaguh demokrasi dan kebebasan" boleh menutup mata kepada pembunuhan beramai-ramai dan nasib rakyat yang tidak bersalah, terutama sekali wanita dan kanak-kanak, di semenanjung Gaza.
Beliau menggesa Obama, yang pada hematnya "lebih baik daripada Mitt Romney", untuk melakukan pembaharuan dalam dasar luar AS dengan memaksa Israel untuk lebih bertanggungjawab agar mengadakan rundingan dengan negara-negara Timur Tengah dengan terma yang lebih adil.
"Pendirian saya adalah dia lebih baik daripada Mitt Romney dari segi retorik dalam ucapannya tetapi bukan dalam tindakannya, tidak juga dalam dasar asingnya, tidak juga dalam jawapannya berikutan pembunuhan wanita dan kanak-kanak di Gaza. Ini sama sekali tidak boleh diterima."

Kemaraan Israel boleh dikawal oleh Amerika Syarikat

Apabila ditanya jika Obama atau AS boleh mengekang pentadbiran Netanyahu, yang telah dituduh lebih suka kepada tindakan ketenteraan berbanding mengadakan dialog, Anwar menegaskan bahawa AS membekalkan sebahagian besar bantuan kewangan kepada Israel.
"Sudah tentu mereka (AS) boleh, melakukan demikian, mereka telah lakukannya di Afghanistan, mereka boleh melakukannya di Iraq. Saya bukanlah mencadangkan mereka untuk menakluk Iraq kerana saya menentang peperangan di Iraq. Tetapi AS mempunyai banyak pengaruh dan Israel adalah penerima bantuan terbesar dari Amerika Syarikat, dan yang kedua, jauh lebih rendah adalah Mesir. Jadi bolehkah kita menolak kemungkinan tiada pengaruh? Kami tidak meminta [AS] untuk menyokong apa adalah tidak wajar, "katanya.
"Tanpa AS, Israel tidak akan dapat bergerak."
Sebagai seorang yang mengamalkan Islam, Anwar juga mempersoalakan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta beberapa negara Islam yang lain termasuk kerajaan Malaysia kerana gagal untuk mengambil langkah-langkah yang lebih kukuh bagi menyumbang kepada penyelesaian yang lebih mampan untuk Palestin kerana khuatir akan menyinggung perasaan AS.
"Kedudukan Israel boleh dianggap sebagai melampaui batas kerana telah melanggar undang-undang antarabangsa, perbuatannya merampas termasuk menduduki Palestin seolah-olah dibiarkan dan diterima menjadikan ia begitu kontroversi bukan sahaja di dunia Islam tetapi negara-negara yang percaya kepada kebebasan dan keadilan. Ia seolah-olah masalah yang tiada jalan penyelesaian. Ramai rakan-rakan saya yang masih lagi dan sudah bersara dari pentadbiran di Amerika Syarikat memberitahu saya, “Anwar, anda boleh berdebat dengan mereka, berhujah dengan mereka, tidak bersependapat dengan mereka tentang apa saja isu kecuali isu Israel-Palestin," katanya.
"Saya fikir Israel tidak faham akan isu ini akibat keangkuhannya kerana memiliki kuasa tetapi saya juga mengkritik sikap kerajaan Malaysia yang tidak melakukan apa-apa kecuali meluluskan resolusi demi resolusi seolah-olah tidak tahu apa yang dilakukan oleh Amerika Syarikat. Jadi, kita mesti meminta kerjasama Majlis Keselamatan dan Amerika Syarikat kerana tanpa bantuan AS, Israel tidak akan bertindak demikian (menyerang Palestin).

Jangan putus asa: Penglibatan dengan AS penting bagi Timur Tengah

Anwar yang memakai kaca mata, seorang bekas timbalan perdana menteri Malaysia yang dikatakan pemerhati mempunyai peluang yang lebih baik sebagai Perdana Menteri yang seterusnya juga menggesa negara Timur Tengah untuk tidak berputus asa tetapi sentiasa berusaha mencari jalan penyelesaian bersama AS walaupun "kepura-puraan" dan keengganan mereka untuk mengekang Israel begitu ketara.
"Pendirian saya tentang AS adalah kita perlu bekerjasama dengan AS. Saya berjumpa dengan mereka, saya bercakap dengan mereka tetapi saya juga tahu hipokrasi disebalik beberapa polisi mereka. Di Malaysia, mereka [BN kerajaan persekutuan yang memerintah] boleh menipu dalam pilihan raya dan mereka [AS] boleh disenyapkan.
"[Tetapi] AS kekal negara antarabangsa yang berperanan penting. Ia mempunyai ideal didukung oleh ramai mengenai demokrasi, kebebasan serta keadilan dan jika anda mempunyai kepimpinan yang boleh menerima ini dan mempunyai dasar yang konsisten dan koheren, umat Islam tidak akan teragak-agak untuk menerimanya.
"Hentikan pembunuhan, kenapa ia begitu sukar untuk negara yang mencanangkan dirinya sebagai jaguh demokrasi dan kebebasan untuk bertegas, tidak kira apa jua alasan, hentikan pembunuhan wanita dan kanak-kanak'. Anda mengaku sebagai jaguh tetapi pada masa yang sama membiarkan pembunuhan dilakukan atas alasan melindungi diri sendiri [Israel].

Bertemu pemimpin Hamas: Isu keselamatan Israel diputar belit media Malaysia

Anwar, yang dituduh menyokong tindakan Israel melindungi diri sendiri, mengecam media kawalan kerajaan Malaysia kerana memutar belitkan kenyataan beliau di luar konteks dan memainkan isu itu untuk memburuk-burukkan dirinya dihadapan pengundi Islam menjelang pilihan raya umum yang akan datang.
"Tiada kontroversi sebenarnya. Saya berjumpa Khaled Mashal, pemimpin Hamas dan dia sekalipun tidak meminta saya untuk memberi sebarang penjelasan," kata Anwar, yang telah memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap akhbar Utusan yang dimiliki oleh parti pemerintah Umno .
"Saya tidak mempunyai masalah dengan kontingen Israel dengan syarat mereka mengeluarkan tentera mereka daripada Wilayah yang diduduki ... mengiktiraf Masjid al-AQSA (masjid terbesar di Jerusalem) dan al-Quds (Baitul Maqdis) dan menghentikan pembunuhan, merampas kawasan dan penganiayaan terhadap rakyat Palestin. Apa yang dilakukan oleh media Malaysia pula adalah memadamkan semua itu dan melaporkan bahawa saya tidak mempunyai masalah dengan tindakan Israel mempertahankan diri."

-/ Malaysia Chronicle

3 comments :

  1. Syabas kepada DSAI. Yakinlah bahawa IMAN mengatasi segala-galanya dan meletakan martabat hamba yang tinggi disisi Pencipta.
    Perjuangan yang berteraskan IMAN dan ISLAM pasti mendapat tentangan dan anggaplah ianya sebagai ujian ALLAH SWT kepada hambaNya.
    Ku doakan dengan penuh keimanan agar DSAI berjaya dalam perjuangan...Amin Ya Rabbal Alamin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-samalah kita doakan agar perjuangan DSAI diberi kejayaan oleh Allah. Amin............

      Delete
  2. Ini lah betul punya prinsip tak bodek US. Kalau pemerintah buat salah tetapi menipu asal 'yes' dengan US dapat lah memerintah 55 tahun. Hai rakyat Malaysia sekarang baru kita tahu siapa yang berani.

    ReplyDelete