Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

KEADILAN: Propaganda jahat Umno tidak jejas HKR Sabtu ini

KUALA LUMPUR 9 Jan: Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) Sabtu ini tidak akan terjejas ekoran propaganda jahat Umno yang turut sama menganjurkan himpunan pada hari yang sama, tegas Pengarah Guaman KEADILAN, Latheefa Koya.
Bercakap dalam kenyataan, Latheefa dari firma Daim & Gamany mewakili Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara ‘terang-terangan berbohong’ apabila mengaitkan HKR dengan kes mahkamah yang dihadapinya.
Beliau merujuk kenyataan Muhyiddin semalam mengatakan Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari bertujuan untuk mempengaruhi keputusan mahkamah dalam kes melibatkan Anwar.
“Bukan hal yang aneh sekiranya berita bohong ini diulas oleh Nallakaruppan kerana beliau memang terkenal dengan pembohongannya. Malangnya isu ini turut diulas Muhyiddin yang secara jelas berbohong dan bercakap sesuatu tanpa sandaran fakta,” kata Latheefa ketika dihubungi.
Muhyiddin bersama akhbar milik Umno, Utusan Malaysia melabelkan perhimpunan yang dirancang diadakan di ibu negara itu sebagai ‘Himpunan Shamsidar’.
Isu ini dicetuskan Datuk S Nallakaruppan yang memfitnah himpunan itu sebagai usaha untuk mendesak mahkamah agar Shamsidar tidak menjadi saksi dalam kes perbicaraan Anwar.
Menjelaskan perkara itu, Latheefa berkata, Shamsidar Taharin yang merupakan isteri kepada Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali, tidak pernah dipanggil atau disenaraikan sebagai saksi dalam mana-mana kes tertangguh membabitkan Anwar.
“Hanya kes saman Anwar terhadap Utusan Malaysia berkenaan temubual BBC sahaja yang sedang berjalan ketika ini dan keputusannya akan diputuskan pada 21 Januari nanti. Manakala kes saman terhadap Nallakaruppan hanya ditetapkan untuk pengurusan kes sahaja dan ia tidak melibatkan Shamsidar sama sekali,” katanya.
“Kita percaya Himpunan Kebangkitan Rakyat tidak akan tergugat oleh propaganda Umno ini,” sambung Latheefa.

0 Komen pengunjong :