Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

HKR simbolik peralihan kuasa secara aman – Mat Sabu


KUALA LUMPUR 9 Jan: Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) bakal menjadi momen bersejarah sebelum pilihan raya umum, sebagai signal kepada kerajaan Umno BN bahawa peralihan kuasa boleh berlaku secara aman, kata Pengarahnya, Mohamad Sabu.
“Himpunan ini akan menjadi contoh kepada negara dunia ketiga yang lain, dan menjadi simbolik peralihan kuasa secara aman.
“Ia juga signal kepada kerajaan Umno BN dan pengamal media, bahawa kita boleh mengambil alih (pentadbiran negara) dengan tenteram tanpa ada pertumpahan darah seperti negara dunia ketiga lain,” kata Mohamad atau dikenali Mat Sabu.
Beliau berkata pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, selepas Jawatankuasa Panitia HKR bermesyuarat susulan kebenaran penggunaan Stadium Merdeka Sabtu ini oleh pengurusan stadium petang tadi.
Makluman mengenai kebenaran tersebut diperoleh pada 2.30 petang.
Berikutan itu, menurut Mat Sabu, Jawatankuasa HKR akan menghantar delegasi mereka untuk mengadakan perbincangan dengan penyelaras stadium pada 10.30 pagi esok berhubung perkara yang dibenar dan tidak dibenarkan semasa himpunan.
“Dengan kebenaran ini, kita berharap Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar akan mengarahkan anggotanya memberi kerjasama penuh supaya himpunan dapat dijalankan aman dan teratur,” katanya.
Turut hadir dalam mesyuarat, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua; Setiausaha Antarabangsa DAP, Liew Chin Tong; Setiausaha Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arulchelvan dan Jawatankuasa Pemandu HKR, Hishamuddin Rais.
Tian berkata, walaupun kebenaran yang diberikan agak lambat, namun Pakatan sentiasa bersedia awal untuk berhadapan sebarang kesulitan.
“Ini merupakan sejarah baru dalam politik negara. Buat pertama kalinya Stadium Merdeka kembali menjadi milik rakyat untuk membawa isu dan tuntutan yang disuarakan rakyat.
“Inilah waktunya rakyat menunjukkan negara kita adalah negara bertamadun.
“Kita juga berharap, walaupun tiada sebarang larangan dari polis, pihak mereka akan menjalankan tugas dengan baik. Kekecohan tidak akan tercetus jika mereka boleh bekerjasama dengan kita,” tegas Ahli Parlimen Batu itu.

0 Komen pengunjong :