Majlis
Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) berpandangan bahawa
Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang bakal diadakan pada 12 Januari
2013 ini adalah “Malaysian Spring” yang boleh mencetus era baru bagi
negara ini.
Sentuhan bersemangat dari pempinan rakyat bakal menjadikan kebangkitan rakyat yang boleh melakar sejarah penting di Malaysia.
Walaupun kami berpendapat terlalu banyak kebangkitan dalam bentuk
lain harus dijalankan serentak seperti kebangkitan sosial-budaya,
kebangkitan rohani, kebangkitan pemikiran dan kebangkitan intelektual,
namun perhimpunan yang akan disemangati oleh keinganan menganjakkan
negara dari era kroni, salahguna kuasa dan rasuah kepada negara yang
bersih dari kepincangan uruskelola harta negara , sangat penting.
Pasca HKR akan menjadi lebih mencabar kerana jika ia tidak dituruti
menggerakkan kebangkitan yang menyeluruh maka ia tidak akan membawa
sebarang makna dan tidak boleh bertahan lama.
Kami
percaya dengan kehadiran jutaan rakyat yang akan datang sendiri tanpa
sebarang sogokan dan bayaran , ia pasti akan menjadi kebangkitan rakyat
di negara ini menjadi Malaysian Spring yang unik seperti yang
ditunjukkan oleh Arab Spring .
Rakyat harus menunjukkan kesungguhan untuk bersama dalam HRK. Tidak
harus terpengaruh dengan cara yang sedemikian lama diamal oleh
pemerintah ini iaitu semua dikerah untuk wajib hadhir , semua agensi
diwajib menghantar kakitangan masing-masing, semua institusi dimestikan
memghadhirkan para pelatih. Malah ratusan ribu diwajibkan hadir.
Kehadiran dan penyertaan penuh semangat dari rakyat adalah penting
untuk mencetuskan rasa tanggungjawab yang tinggi terhadap masa depan
negara.
Bagi kami, tuntutan adalah jelas, iaitu perubahan politik Negara ke
arah yang lebih beramanah, menjaga kepentingan khazanah rakyat,
memperbetulkan sistem uruskelola pemerintahan dan mendapatkan sistem
pilihanraya yang bersih.
Lantaran itu Perhimpunan harus disambut dengan terbuka oleh pihak
kerajaan dan kami menuntut jangan menyusahkan rakyat. Kali ini ia ingin
diadakan di Stadium Merdeka dan sudah tentu ia jauh lebih terkawal,
tersusun dan memenuhi syarat seperti yang dikehendakki oleh pihak
keselamatan.
Malah ia is adalah hak rakyat untuk berhimpun dengan aman seperti
yang dibenarkan oleh Perlembagaan Negara. Pengumuman bahawa
undang-undang telah dipinda untuk membenarkan rakyat berhimpun secara
aman telah diistiharkan oleh PM sendiri.
Oleh itu tidak ada sebab untuk pihak pengurusan Stadium Merdeka atau
Menteri yang berkenaan untuk mencari alasan tidak membenarkan is
diadakan ditempat yang di pileh.
“Malaysian Spring” yang kami maksudkan adalah lonjakkan kesedaran
rakyat untuk membentaras kemungkaran dalam budaya politik yang sudah
sedemikian lama diamalkan di Negara ini sejak Merdeka. Sistem politik
feudal yang membawa kepada politik wang, politik fitnah, politik samseng
dan politik perkauman sempit, yang akhirnya telah mengakibatkan
politik menjadi sangat kotor, perlu ditamatkan.
Politik perdebatan yang sihat dan konstruktif perlu diketengahkan
dalam lonjakkan kali ini. Keengganan pemerintah sekarang yang masih.
Kami mahu suara yang akan dikumandangkan dalam HKR nanti adalah suara
murni dari rakyat , untuk rakyat dan demi rakyat. Ia harus menjadi
lonjakkan tulin untuk rakyat kembali diperkasakan sebagai penentu kuasa
untuk dimandatkan kepada mereka yang benar-benar beramanah dan komited
kepada kebenaran dan keadilan.
Ini adalah saat penting untuk melakarkan sejarah Negara untuk 50
tahun ke hadapan. Sebarang pernyataan perlu berhemat untuk menghormati
sensitiviti rakyat dalam hal agama dan bangsa .
Sesungguhnya tamadun Islam yang menjadi kekuatan tanah air ini
dibangunkan perlu diserlahkan semula untuk menterjemahkan erti Islam
sebagai Rahmat untuk semua semestinya menjadi roh yang perlu menjadi
asas kepada kebangkitan rakyat
Kami mengharapkan HKR adalah Malaysian Spring yang murni dan tulus
untuk membangunkan Malaysia yang lebih bermaruah dan berintegriti demi
Negara yang layak dihormati dan diteladani.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausha Agung Mapim
0 Komen pengunjong :