Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Najib jadi PM bukan rakyat yang pilih

NAJIB Tun Razak ada masa sekitar 90 hari untuk mempersiapkan diri dan menentukan untung nasibnya, baik sebagai Perdana Menteri Malaysia atau Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN).
Jika seorang ibu yang baru bersalin, tempoh pantang ini dianggap sangat penting, baik untuk dirinya mahupun bayinya. Jika tak jaga pantang, bayi atau ibu akan mudah dapat penyakit. Ini bahaya untuk ibu dan anak.
Jadi, dalam tempoh ini juga Najib sendiri menghadapi saat paling kritikal dalam sejarah hidupnya berkecimpung dalam arena politik Malaysia.
Jika salah langkah, masa sekitar 90 hari ini adalah tempoh terakhir beliau menjadi PM atau Presiden UMNO. Jika nasibnya baik, tempoh itu digunakan untuk muhasabah dirinya untuk menjadi pemimpin yang baik.
Katanya, Najib sudah tidak banyak pilihan. Pertama, tarikh pilihan raya sudah semakin pendek, ini memberi kesan terhadap strategi BN pada PRU-13. Orang UMNO sendiri sudah semakin jemu dengan penangguhan Najib. Malah sesetengahnya berpendapat, masa terbaik untuk Najib memanggil PRU-13 sudah berlalu, kini hanya menunggu keadaan dengan harapan ‘keadaan’ (suasana ekonomi) menyebelahi Najib. Ibarat menyerahkan nasib pada takdir.
Katanya lagi, kredibaliti Najib juga semakin merudum, bukan kerana kerja atau slogannya yang klise, tetapi kerana watak yang mengelilingi beliau.
Pertama – Wanita Pertama beliau. Watak ini bukan saja menjengkelkan rakyat malah orang UMNO sendiri sudah menyampah dengan gelagat dan gaya hidupnya. Sudah menjadi rahsia umum bahawa wanita ini memberi imej buruk pada UMNO. Mereka yang baik di dalam UMNO juga terkena palitan kekotoran imej yang dibawa Rosmah.
Tetapi apakan daya, itulah juga gaya hidup pemimpin UMNO lain. Bak kata pepatah, mengata dulang paku serpih, mengata Rosmah, menteri lain pun lebih.
Kedua – Tun Mahathir. Watak ini cuba menyaingi watak Anwar Ibrahim yang mana calon PM Pakatan Rakyat ini rupa-rupanya masih releven dalam politik Malaysia. Walaupun Anwar cuba ditanam hidup-hidup oleh Mahathir, tetapi nampaknya – gagal.
Kini Tun M juga mahu dilihat releven seperti Anwar. Tetapi, nampak gayanya rancangan itu bukan saja gagal tetapi memberi impak buruk pada Najib sendiri.
Peranan Tun M sudah pastinya untuk memenangkan Najib dan UMNO. Jadi, selagi ada peluang, maka Tun M akan main peranan hentam PR, DAP, PAS, Anwar, Bersih dan segala isu yang difikirkan boleh memberi manfaat kepada Najib dan UMNO-BN.
Tetapi sedarkah kita, melalui kenyataan dan tindakan Tun M sejak Najib jadi PM, seolah-olah memberi gambaran bahawa Najib perlukan pembelaan, dalam maksud lain, ia menggambarkan seolah-olah Najib itu lemah, ia juga menunjukan seolah-olah Najib tidak ada kuasa menentukan hala tuju UMNO dan BN.
Ini amat berbeza semasa Tun M menjadi PM. Beliau bertindak cukup rakus dan agresif secara solo ketika baru menjawat jawatan berkenaan.
Katanya, kini rakyat sudah mampu membaca strategi politik UMNO-BN. Setiap langkah Najib serta dasar yang diperkenalkan, semakin dipersoal rakyat malah dijadikan jenaka oleh anak muda seperti isu AUKU, akta AMAN, PTPTN termasuk yang terbaru isu rebat RM200 telefon pintar.
Maka, strategi menggunakan Tun M untuk memenangkan UMNO boleh mengundang padah pada diri sendiri. Ini pastinya memberi kesan kepada Najib yang mana, beliau sendiri belum mendapat mandat rasmi daripada rakyat sebagai Perdana Menteri.
Ingat, Najib dilantik oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai PM. Bukan oleh Tun M, bukan juga oleh rakyat Malaysia, malah orang UMNO sendiri tak semuanya setuju Najib naik jadi PM. Ini fakta.

-Roketkini.com

0 Komen pengunjong :