Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pendakwaan lemah sebabkan kes Bersih ditangguh – Chegu Bard


KUALA LUMPUR : Pendakwaan kes Bersih 3.0 oleh Umno BN terhadap tiga pemimpin KEADILAN – Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamed Azmin Ali dan Badrul Hisham Shaharin lemah menyebabkan seringkali ditangguh.
“Kes ini ada banyak kelemahan dari segi teknikal dan pendakwaan. Sebab itu ia banyak kali ditangguh. Walhal kes ini untuk menakut-nakutkan rakyat,” kata Badrul Hisham atau Chegu Bard.
Majistret, Datuk Mahmud Abdullah dalam keputusannya pagi tadi menolak permohonan ketiga-tiga pemimpin tersebut untuk mengenepi pertuduhan kes itu dengan alasan mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan perbicaraan kes pada 28 Februari.
“Kita yakin akan menang. Cuma ia sengaja dilambatkan sebab jika kes berjalan dan keputusan memihak kepada kita, ia akan membuktikan Akta Perhimpunan Aman banyak kelemahan,” jelasnya ketika ditemui selepas mendengar keputusan mahkamah.
Ekoran itu, peguam Ram Karpal yang hadir mewakili Anwar mahu memfailkan rayuan untuk mengenepi keputusan itu dan menyemak perintah majistret yang melarang sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka.
Pada 22 Mei lalu, Ketua Umum, Timbalan Presiden serta Ketua Cabang Rembau itu didakwa di Mahkamah Sesyen kerana dituduh menyertai protes jalanan yang kononnya menimbulkan kekecohan di ibu negara.
Mereka mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyertai protes jalanan kononnya bagi maksud membantah perintah Majistret Zaki Ashraf Zubir yang melarang sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka serta amaran supaya orang awam tidak hadir, berada atau mengambil apa-apa bahagian dalam apa-apa perhimpunan, antara 28 April hingga 1 Mei 2012.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sepanjang Jalan Tun Perak di sini antara 2.30 petang dan 3 petang pada 28 April lepas mengikut Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang membawa hukuman maksimum denda RM10,000 jika sabit kesalahan.
Ketiga-tiga pimpinan itu merupakan kumpulan individu pertama didakwa mengikut Akta Perhimpunan Aman, yang berkuat kuasa tahun ini.

0 Komen pengunjong :