Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

HKR : Rakyat Malaysia di Kaherah berhimpun tanda sokongan


KUALA LUMPUR: Kira-kira 500 orang rakyat Malaysia di Kaherah, Mesir berhimpun sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kuala Lumpur semalam.

Perhimpunan itu berjaya diadakan walaupun mendapat ancaman yang tidak profesional daripada pihak kedutaan.

Ancaman itu tidak menghalang semangat anak-anak muda ini untuk menyatakan hasrat mereka melihat negara mereka dipimpin oleh mereka yang amanah, keadilan dan demokrasi.

Anak-anak muda ini tampil dengan menutup muka, membawa sepanduk dan melaungkan seruan kebangkitan rakyat.

Himpunan ini sepatutnya dihadiri oleh pimpinan ikhwan Muslimin Dr. Kamal Helbawi tetapi di minit-minit akhir, beliau mempunyai komitmen yang lain.

Sementara itu, Timbalan Presiden Ikatan Lepasan Mesir Malaysia (Ilmam) Mohd Asri Md Daud ketika dihubungi, menyatakan kekesalan terhadap apa yang dilakukan oleh pihak kedutaan Mesir kepada rakyat dan pelajar Malaysia di sana.

"Bukan persoalannya himpunan atau tidak, tetapi ancaman itu adalah satu unsur tidak profesional dan  menafikan hak demokrasi rakyat Malaysia dan di Mesir," tambah asri.

Ilmam juga akan menghantar memorandum dalam masa terdekat ke Kementerian Luar bagi menyatakan kekesalan terhadap duta dan kedutaannya yang tidak mencerminkan sikap terbuka kerajaan yang membenarkan HKR di Stadium Merdeka.

1 comment :

  1. Anak saudara saya kat sana kata mereka pelajar Mesir dapat duit untuk bergambar. Maklumlah sebab pelajar ne sebenarnya malas nak campur politik sebab Anwar pun tak pernah beri bantuan malah Lim Guan Eng tetap benci Islam dan tak pernah pun beri sokongan kat pelajar Islam..Pelajar ne bergambar sekadar yg ada kerana dapat duit untuk bantu dia berbelanja itu je. Untuk kata sokong tak adalah, jauh api dari panggang. Kalau Anwar tentukan dapat pekerjaan masa depan tak apalah. Sebelum ini pun belum ada sejarah Anwar bagi kat pelajar Mesir. Pelajar pun lebih pentingkan pelajaran dari politik, lebih menyedihkan kata mereka, kenapa TGNA dan Hadi sokong pengunaan Kalimah ALLAH untuk bukan Islam di Malaysia. Ini bermakna PR tak pernah nak perjuangkan Islam hanya sekadar guna untuk menang undi je.

    ReplyDelete