Dalil BN akan tewas terlalu banyak. Kali ini kita sebut sebahagiannya
sahaja. Yang paling menonjol ialah tiga Presiden parti-parti dalam BN
tidak bertanding, iaitu Chua Soi Lek dari MCA, Peter Chin dari SUPP dan
Koh Tsu Koon dari Gerakan. Kita tidak perlu bersusah payah untuk mencari
jawapannya kerana kepada siapa yang memahami keadaan sebenar dalam BN
itu mereka akan mudah mengetahuinya.
Sebenarnya BN itu hanyalah UMNO dan saya telah menyebutnya setahun
yang lalu. Pilihanraya kali ini adalah di antara UMNO dengan Pakatan
Rakyat kerana parti-parti dalam BN sudah boleh dianggap tidak wujud
lagi...MCA, Gerakan, MIC dan PPP boleh kita anggap hanya tinggal pada
namanya sahaja.
Parti-parti komponen dalam BN ini hanya membebankan UMNO yang
mempunyai masalah besarnya sendiri. UMNO sedang berhadapan dengan krisis
keyakinan dari orang Melayu yang paling ketara. Tetapi dalam politik
UMNO terpaksa juga mencari jalan untuk ‘survival’nya sendiri. Tindakan
UMNO mengambil kembali banyak kerusi yang sebelum ini diagihkan kepada
parti-parti komponen itu membuktikan yang UMNO sendiri menganggap rakan
komponen mereka itu sebagai beban besar kepada BN.
Kawasan Kuantan dan Gerik telah pasti kembali ke tangan UMNO dan UMNO
sedang berusaha mengambil kembali Gelang Patah dan Wangsa Maju.
Semuanya ini tidak sepatutnya dilakukan oleh UMNO jika BN mengambil
berat tentang setiakawanan dalam BN itu. Tetapi apa lagi yang UMNO perlu
lakukan jika tidak mengambil kembali kawasan ini? Pendeknya BN sedang
berhadapan masalah yang paling besar dalam sejarah
kewujudannya.Mengambil kembali kerusi yang telah diagihkan kepada MCA
dan Gerakan itu merupakan 'vote of no confindence' UMNO terhadap rakan
komponennya sendiri.
Semuanya ini membuatkan rakyat tidak lagi berkeyakinan kerana
sesebuah parti atau ‘coalition’ yang bermasalah sampai ke tahap ini
secara ‘natural’ nya akan tidak diyakini oleh rakyat yang mengundi itu.
Acapkali saya menyebut tentang isu ‘legitimacy’ dalam blog ini. Ramai di
antara pimpinan UMNO sendiri tidak mangambil kira isu ‘legitimacy’ ini
dengan serius. Mereka mengutamakan kedudukan sahaja dan mereka lakukan
dengan berbagai-bagai cara untuk menaiki tangga kepimpinan melalui cara
dan kaedah yang tidak menjamin ‘legitimacy’ itu.
Saya sudah lama menyedari yang memilih Perdana Menteri secara
‘convention’ sekarang ini tidak memberikan ‘legitimacy’ terhadap
kepimpinan negara. Seseorang Presiden UMNO itu secara automatik menjadi
PM yang diamalkan hari ini tidak lagi berkesan untuk kestabilan negara
ini dalam jangka panjang. Selama ini dengan otot yang ada kepada
seseorang PM itu digunakan sepenuhnya untuk menguasai perwakilan UMNO
yang tidak melebihi dari lima ribu orang.
Seorang Presiden UMNO hanya memerlukan undi 51 peratus dari lima ribu
orang ini untuk menjadi Perdana Menteri, iaitu lebih kurang 2,600 orang
sahaja. Oleh itu nasib negara hanya ditentukan oleh 2,600 orang Melayu
yang boleh dibeli dengan wang ringgit dan janji untuk jawatan-jawatan
penting dalam kerajaan. Rakyat negara yang berjumlah hampir 30 juta
orang ini tidak mempunyai peranan untuk melakukan pemilihan terhadap
seorang Perdana Menteri itu.
Itulah masalah hiliran politik memilih Perdana Menteri secara
‘convention’ ini. Peruntukan perlembagaan untuk memilih seorang Perdana
Menteri secara betul itu ada tetapi tidak pernah dilakukan. Dalam
Perlembagaan kita, telah diperuntukkan yang sesiapa di kalangan ahli
Parlimen yang mendapat sokongan majoriti itulah yang sepatutnya menjadi
Perdana Menteri. Peruntukan itu ada tetapi tidak pernah terpakai dan
dipakai. Perdana Menteri sekarang ini sesungguhnya tidak mempunyai
'legitimcy' yang kuat untuk mengaku sebagai PM pilihan rakyat.
Dalam keadaan terdesak sekarang ini, UMNO telah menggunakan media
massa perdana untuk mencari kesalahan pihak pembangkang seperti orang
mencari kutu. Media massa diperguna untuk memberikan ruang kepada orang
yang tidak mempunyai ‘purity of mind’ seperti memberikan ruang kepada
Tunku Aziz, seorang ‘political novice’ yang telah meninggalkan DAP oleh
kerana perselisihan peribadi yang kecil dalam parti itu.Tunku Aziz telah
memilih untuk melayani ego beliau yang besar dan tidak lagi bertindak
seperti seorang yang kanan yang mempunyai 'wisdom' kepimpinan.
Tunku Aziz pula mengambil kesempatan untuk membelasah DAP seolah-olah
parti itu tidak pernah ada jasa membawa beliau dikenali ramai seperti
sekarang ini. UMNO menggunakan isu Tunku Aziz untuk membelasah DAP
sedangkan DAP tidak memberikan apa-apa reaksi terhadap beliau kerana
memberikan reaksi terhadap tuduhan Tunku Aziz itu adalah tindakan yang
membuang masa sahaja. Masalah beliau (Tunku Aziz) itu merupakan masalah
peribadi dan tidak ada kena-mengena dengan perjuangan parti.
Isu perkauman yang dimainkan oleh Dr Mahathir sekarang ini adalah
tanda-tanda dan dalil awal yang UMNO itu akan gugur dalam pilihanraya
ini. Kini rakyat mahukan perpaduan kaum dan tidak mahu lagi hidup
bermusuh-musuhan. Pilihanraya kali ini merupakan titik tolak untuk
penentuan sama ada ‘ultimate’ kita untuk mencapai perpaduan kaum itu
tercapai.
Jika kita mendengar hasutan Dr Mahathir maka kita akan menghadapi
masalah perkauman yang berpanjangan. Jika rakyat mengambil dan menerima
nasihat pihak lain yang mengutamakan perpaduan kaum dengan lebih tekun
itu maka berbahagialah kita hidup dalam suasana muhibbah.
UMNO sudah tidak lagi mempunyai nilai-nilai untuk kerukunan hidup
bersama dalam masyarakat majmuk negara ini. Mereka sanggup membeli hati
rakyat dengan berbagai-bagai cara dan membeli pimpinan yang tidak stabil
pemikiran seperti Tunku Aziz dan lain-lain lagi.
Hidup mereka sentiasa hendak bergaduh dan tidak lagi tunduk kepada
tuntutan agama dan adat yang sentiasa melarang kita bergaduh sesama
sendiri. Kali ini, kita lakukan apa yang perlu dalam pilihanraya yang
akan sampai hanya beberapa hari sahaja lagi.
Pastikan permuafakatan diantara kaum ini kita perkayakan dan tidak
lagi terkongkong dengan ‘communal politics’ yang tidak berpenghujungan
itu.
Pilihlah di antara kemahuan UMNO dengan kemahuan rakyat
-
http://aspanaliasnet.blogspot.com/
SOLLY LA. INI KALI GUA RASA BN AKAN AMIK KEDAH MAAAA. GUA OLANG KEDAH. SOLLLY AAAA. LAIN NEGELI GUA TATAU.
ReplyDeleterasanya, org yg tulis artikel ni syok sendiri kot!!!
ReplyDeleteAtau masih dalam kepompong kebodohan sebab hari hari baca harakah dan keadilan daily...
Hoi, pakatan lah yg dah nak bungkus!!!!
- PAS lawan PKR dlm 7 kawasan ...ni apa cerita?
- kalimah Allah- dewan ulamak PAS kata haram org bukan islam guna, tapi org atas PAS dan pakatn lain setuju...ni apa cerita?
- Setiausaha PAS Stopa..berzina!! ..ni apa cerita??
- Pemimpin pakatan rakyat iaitu Anwar : sokong LGBT, sokong negara yahudi, terlibat masalah moral yg teruk, gadai kalimah allah, dapat bantuan dana dari pihak luar,amal pleuralisma (kata semua agama sama, tak boleh kata satu agama tu lebih baik dari yg lain)...dan byk lagi... ni apa cerita?
- Kenapa kat kampung PAS kata nak tegak islam, tapi dlm buku jingay tak sebut negara islam dan hudud???..nak tipu org kampung ke?? ni apa cerita?
- kenapa nak biar DAP guna tiket PAS??? Dlm PRU 12, jumlah kerusi parlimen yg ditanding oleh PAS dan PKR jauh lebih byk dari DAP. Tapi DAP yg paling ramai menang dan jadi majoriti pembangkang di parlimen. Kalau DAP yg guna lambang PAS lebih byk yg menang dari org PAS sendiri. Ini bermakna DAP akan menguasai PAS...inilah yg dikatakan, DAP akal panjang tapi PAS akal pendek atau tak guna akal langsung....ni apa cerita ni?
- byk lagi....nanti aku sambung
Cuba jawab sikit!!! (kepada penulis artikel diatas)