KUALA LUMPUR:
MCA bahagian Gelang Patah, Wangsa Maju, Serdang dan Kuantan sudahpun
melenting berikutan berita Umno cuba merampas kerusi mereka.
Semalam
Malaysiakini melaporkan MCA bahagian Gelang Patah mengisytiharkan
berhenti kerja selepas mendapat ura-ura bahawa Pengerusi MCA Gelang
Patah Jason Teoh bakal tidak dicalonkan.
Arahan itu dikeluarkan sejurus selepas pertemuan dengan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek semalam.
Menteri
Besar Johor Datuk Seri Abdul Ghani Othman yang ditendang dari kerusi
DUN Johor dikatakan bakal berentap situ untuk berdepan dengan penasihat
DAP Lim Kit Siang.
MCA bahagian Serdang pula memberontak setelah
mendapat maklumat bahawa seorang pembelot dalaman bakal dicalonkan
sebagai calon parlimen Serdang.
Liew Yuen Keong, Ketua MCA
Serdang yang enggan mendedahkan nama pembelot itu berkata rahsia
pembelot ini memang diketahui umum di kawasannya.
Ini tidak
ditambah lagi dengan pemberontakan di MCA Wangsa Maju dan Kuantan.
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob melenting apabila akhbar
The Star melaporkan bahawa kerusi Kuantan akan digantikan dengan kerusi
Temerloh. Akhirnya The Star terpaksa membuat permohonan maaf dan
pembetulan terhadap berita tersebut.
Kerusi Wangsa Maju pula
hampir pasti hilang dari tangan MCA apabila Setiausaha Agong Umno Datuk
Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata kerusi itu adalah kerusi pinjam
dari Umno ke MCA.
Berita perebutan kerusi Umno pula tertutup
sehingga kini. Tapi insiden di Putrajaya di mana satu laporan polis
dibuat ke atas Tengku Adnan kerana menampar seorang pemimpin Umno
tempatan yang datang berjumpa beliau. Ura-ura menyatakan bahawa ia
berpunca daripada agihan kerusi.
Ramai yang mengunakan pemimpin
veteran parti yang disegani Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak untuk
melobi bagi pihak mereka. Kes paling klasik ialah apabila seorang
menteri penggal lalu telah mengguna khidmat isteri sendiri untuk melobi
supaya beliau dikekalkan.
Dalam pertemuan 10 April, Najib membuat
seruan terakhir kepada pemimpin akar umbi BN supaya menerima senarai
calon yang bakal diumumkan kelak.
Harakahdaily sempat menelefon
sumber Umno untuk bertanyakan mengenai perkembangan calon-calon BN
sejurus berita melaporkan bahawa Najib bakal menyerahkan surat tauliah
pemilihan calon Barisan Nasional (BN) kepada pengerusi-pengerusi negeri
di ibu negara.
“Masalah terbesar calon BN ialah perkataan
‘winnable’ itu. Tiada kriteria pada perkataan ‘winnable’. Bukan tengok
track record, bukan nilai prestasi dan bukan nilai peluang menang. Ia
dinilai siapa yang Kak Ros suka dan Tun Mahathir suka. Di samping itu
juga ada percaturan nak pastikan kem masing-masing mendapat calon
parlimen yang paling banyak menang.
"Sebab itu baru timbul rasa
tidak puas hati melampau. Sekarang buat apa pun silap. Hanya harap
Tingkat 2 B4 jangan rumitkan keadaan. Umno tak boleh bentuk kerajaan
sendiri sepertimana PAS dulu. Apa yang mereka buat kini ialah biar Umno
jalan seorang tanpa rakan-rakannya,” kata sumber Umno itu.
Sumber Umno menambah penentuan calon kali ini juga berkait rapat dengan pemilihan parti Umno yang bakal berlaku selepas PRU13.
“Ini
yang merumitkan keadaan. Dalam percaturan ada percaturan. Jika ramai
memberontak dan situasi dalaman tidak terkawal, tunggu sahaja video
fitnah akan keluar lagi untuk mengalih perhatian rakyat. Just be
prepared,” nasihat sumber Umno itu lagi.
Ketika ditanya samada
beliau bakal menjadi calon di PRU13, sumber Umno itu berkata,
“Insha-Allah, kalau Kak Ros tak membantah, ya. Saya pernah tersilap kata
benda tak baik pada dia dan perkara itu sampai padanya. Kalau Kak Ros
masih berdendam, tak ada harapanlah.”
0 Komen pengunjong :