Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Tuntutan Royalti; Perjuangan Hidup atau Mati!

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita12/IMG_8553.jpg

KUALA LUMPUR - PAS menegaskan perjuangan menuntut hak royalti adalah perjuangan samada 'hidup atau mati' dan akan meneruskan perjuangan itu,sehinggalah haktersebut dikembalikan kepada rakyat.

Tindakan kerajaan persekutuan yang dikuasai Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak memberikan royalti minyak kepada kerajaan dan rakyat Terengganu dan Kelantan disifatkan sebagai tidak 'berhati perut'.

Dalam pada kerajaan meletakkan slogan 'rakyat diutamakan' sebaliknya Ahli Jawatankuasa PAS Puat, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik berkata tindakan itu sebenarnya tidak membela rakyat.

"sesungguhnya Allah menyaksikan, bahawa bumi Terengganu dan laut Terengganu telah diberikan kurniaan oleh Allah  rezeki daripada Allah S.W.T untuk rakyat dan untuk ummat Islam dan untuk manusia seluruhnya,

"tetapi mereka si zalim ini menafikan hak ini, bukanlah  diberikan hak sebenarnya bahkan yang lima persen (peratus) itupun telah ditarik balik,

"tidak lain dan tidak bukan kerana mereka tidak berhati perut untuk melihat rakyat dibela dan manusia diberikan keamanan dan kehidupan yang baik di negeri Terengganu,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Himpunan Aman Menuntut Royalti di masjid as-Syakirin berhampiran KLCC di sini selepas solat Jumaat, 11 Januari, sebelum wakil-wakil dari 'R' Terengganu dan 'R' Kelantan menghantar memorandum kepada pihak Petronas.

Dalam Himpunan yang sama, Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu  Ustaz satiful Bahri Mamat berkata, Terengganu diberikan jolokan sebagai 'Kuwait Malaysia' kerana hasil petroleum.

Namun begitu, negeri yang sepatutnya 'kaya raya' dengan hasil minyak itu menjadi negeri yang kedua termiskin di Malaysia.

Beliau berkata, pemimpin Umno-BN yang mentadbir negara bukan sahaja merompak hasil royalti minyak Terengganu bahkan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak menjadi 'pembohong' berhubung kedudukan medan minyak Bertam PM307.

"Sudahlah harta royalti dirompak dan juga pemimpin pemimpin yang rasuah, hari ini hak yang berada di hadapan mata cuba dinafikan oleh Perdana Menteri sendiri.

"macam mana soal Perdana Menteri boleh bersikap pembohong dalam meletakkan hak dan juga menjadi milik kepada negeri Terengganu dan juga rakyat negeri Terengganu,"tegasnya.

Beliau berkata rakyat Terengganu tidak akan berhenti memperjuangan hak mendapat royalti itu, sehinggalah hak tersebut diberikan kembali.

"Insyaa Allah dan kami tidak akan berhenti melainkan hak kami ini dikembalikan..... bendera terengganu adalah putih dan hitam, yang hanya kalau tidak hidup (adalah) mati sahaja.....

"dan kami tidak akan berhenti daripada pejuangan ini melainkan kami dikembalikan hak kami semula......,"tegasnya.

0 Komen pengunjong :