Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

PAS teguh bersama gagasan Pakatan Rakyat hadapi BN


KUALA LUMPUR 13 JAN: PAS dengan tegas menyatakan pendiriannya sekali lagi untuk terus bersama Pakatan Rakyat (PR) sebagai satu gagasan mantap menghadapi BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kami berpegang kepada di atas resolusi PR yang telah dipersetujui bersama pada konvensyen yang diadakan di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah termasuk semua NGO yang bersama kita yang menerima hakikat yang ada dalam perlembagaan.
Katanya, ini memberi tamparan hebat kepada UMNO-BN yang berterusan cuba memecahbelahkan PR dengan pelbagai fitnah jahat dan isu yang sering diputarbelitikan media kawalan mereka.
Rasional kenyataan Abdul Hadi itu dijelaskan kerana kegagalan BN menghormati semangat demokrasi dan federalisme negara ini yang melakukan pelbagai pencabulan dan kezaliman terhadap hak rakyat seperti rampasan kuasa di Kelantan pada 1978 dan Perak pada 2008.
Justeru kejahatan UMNO-BN terhadap lawan mereka dan rakyat selama ini menyebabkan PAS berikrar menyatakan komitmennya bersama dengan parti politik yang turut dizalimi dan dianiaya seperti PKR dan DAP.
“Hari ini kita ada satu gagasan. Gagasan Pakatan Rakyat yang berpakat, bersatu dalam perkara yang sama dan saling mengerti dalam perkara berbeza,”
“Kita bersatu dalam menegakkan keadilan, menentang kezaliman dan meraikan perkara yang berbeza di antara satu sama lain,” jelasnya.
Abdul Hadi berkata, UMNO-BN juga gagal memperkasakan Islam, Melayu dan Bumiputera seperti yang dilaungkannya.
“Pemimpin UMNO tidak menunjukkan wajah Islam yang sebenar. Yang ada hanyalah wajah perasuah, wajah penyelewengan, wajah penipu diikuti MCA, MIC dan Gerakan yang “bermakmumkan” UMNO.
“Kekayaann negara ini cuma dimonopoli segelintir pemimpin mereka melalui ketua-ketua kaum yang dilantik,” katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.-

- Roketkini.com

0 Komen pengunjong :