SHAH ALAM : Kejadian samseng politik yang semakin berleluasa
di Malaysia adalah kerana pihak berkuasa tidak mengambil tindakan tegas
terhadap penyokong Umno-BN yang melanggar batasan undang-undang.
Penasihat Undang-undang PAS, Hanipa Maidin berkata, banyak aduan yang
dilaporkan kepada polis oleh Pakatan Rakyat (PR) berkenaan kejadian
samseng politik yang didakwa dilakukan oleh penyokong Umno-BN.
Akan tetapi tiada tindakan daripada Polis terhadap aduan-aduan
tersebut. Sebaliknya tindakan yang cepat dan tegas diambil oleh Polis
terhadap penyokong PR.
Hanipa merujuk kepada insiden membaling cat ke Bas milik PKR semasa
Jelajah Merdeka Rakyat di Melaka, di mana seorang pemuda di rakam dalam
perbuatan itu.
Begitu juga dengan insiden “senaman punggung” di hadapan rumah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan.
Sebaliknya tindakan pula diambil terhadap mereka yang menyertai siri
perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur sehingga diburu dan ditahan oleh
Polis.
Begitu juga dengan beberapa pemuda yang diburu sehingga terpaksa
meminta maaf secara terbuka kerana memijak gambar Perdana Menteri, Datuk
Seri Mohd Najib Razak pada satu perhimpunan Ogos lalu.
Ujar Hanipa, politik samseng adalah satu keadaan di mana mereka yang
terlibat tidak bersedia dengan kepelbagaian idea dan akhir sekali
mencetuskan pertembungan fizikal.
“Sewajarnya politik adalah pertukaran idea dan kebebasan serta diberi ruang untuk melontar pendapat.
“Pihak yang terlibat dengan samseng ini apabila idea mereka ditolak oleh golongan masyarakat,” katanya.
“Apabila idea mereka tidak boleh diterima dan ditolak oleh masyarakat
maka (mereka) tidak senang dengan keadaan ini serta iri hati dengan
idea-idea yang dikemukan sesuatu pihak maka di situ timbulnya politik
samseng,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Wacana Sinar kali ke-16 yang mengetengahkan topik ‘Politik Samseng Di Mana Maruah Kita’.
Kira-kira 500 hadirin hadir dalam wacana itu yang diadakan di
Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di Seksyen 15 di sini.
Turut tampil dalam wacana ini, Presiden Institut Integriti Malaysia,
Datuk Dr Mohd Tap Salleh, Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan
dan Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
polis....aku dari dulu kini memang tak percaya 75% ..ada juga yang baik..akhirat nanti senang la sikit nak jawab ..yang jahat jahat nanti hangpa jawab la nanti...
ReplyDeletewahai polis ...hangpa ingat uniform yang agong bagi tu duit umno ka...
tu duit agong tu....polis DI RAJA malaysia. Ingat sama ye.duit agong tu duit rakyat tau..duit aku sama...kalau urus tak amanah seduit pun aku tuntut kat akhirat nanti...la hangpa lepaih la...tunggu....kalau umur hangpa 40...lagi 14 tahun hangpa pencen..lepaih tu lagi 8 tahun hangpa mati juga...
hangpa tak perasan ka ...mana mana polis yang jahat... masa mati dia .macam mana keadaan depa...orang kampung pun meluat...
insaf la polis oi...insaf la polis oi...hangpa tak baca sejarah islam sebab tu hati hangpa buta....
undang undang hangpa ikut nafsu aja..
undang undang untuk marhaen saja...
undang.undang hangpa untuk gaji saja...
insaf la..
taubat la...
takut lah..
fikir lah...
dunia ini sementara...
jangan redha sifat jahat..
jangan redha perbuatan jahat..
jangan buat jahat...
jangan aniaya..
adil lah..
bertanggungjawab la...
Ini lah akibat nya kena doa 50 ribu orang yang berdoa dikelantan tempoh hari.Jadi mereka meroyan ,meracau dan dah dekat nak masuk liang lahat.Baik orang nya mau pun parti nya.Untuk ini kita buat lagi doa dan sembahyang hajat beramai ramai dan juga disusuli dengan sembahyang jenazah untuk orang orang yang meroyan digombak tempoh hari.
ReplyDelete