Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Permohonan SPRM kepada AG bukti kes RM40juta perlu dibuka semula


KUALA LUMPUR, 9 Dis — Rafizi Ramli berkata pengumuman Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menghantar permohonan kepada Peguam Negara (AG) untuk menyemak semula keputusannya berhubung kes RM40 juta hari ini membuktikan dakwaan mereka selama ini adalah berasas.
Pengarah Strategi PKR yang dihubungi The Malaysian Insider semalam menyambut baik pengumuman tersebut dan berharap kali ini tiada lagi halangan daripada Tan Sri Abdul Gani Patail ataupun campur tangan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak.
“Ini sesuatu yang mengejutkan. Saya gembira dan sambut baik pengumuman ini.
“Cuma saya harap kali ini tiada lagi halangan daripada mana-mana pihak atasan,” kata Rafizi yang merujuk kepada Abdul Gani dan Najib.
Dalam satu forum anjuran Majlis Peguam hari ini, SPRM menerusi salah seorang pegawainya yang juga ahli panel memberitahu bahawa Panel Semakan Operasi sudah menulis kepada AG untuk mengkaji semula keputusannya.
“SPRM telah menulis kepada peguam negara untuk mengkaji semula keputusannya,” jawab Timbalan Pengarah Kanan bahagian Penyiasatan, Han Chee, dipetik dari Malaysiakini.
Rafizi yang dianggap sebagai paling lantang membangkitkan isu ini juga menggesa PM dan AG supaya tidak lagi menangguhkan kes RM40 juta tersebut.
“Ia adalah isyarat kepada Najib dan Gani untuk tidak melengahkan kes ini.
“Malahan saya juga mengetahui terdapat sumber dalaman yang mengatakan ada pihak atasan yang campur tangan,” tambah beliau lagi.
Dalam pada itu, Rafizi juga berkata kenyataan SPRM itu membuktikan mereka sudah memiliki bukti cukup untuk membuat pendakwaan ke atas Michael Chia dan Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman.
“Ini bukti mereka (SPRM) sudah memiliki bukti, cuma halangan kini adalah AG sendiri yang enggan mengemukakan pertuduhan ke atas dua individu tersebut,” terang beliau lagi.
Malahan, Rafizi memberikan amaran kepada Najib supaya bersikap telus dalam isu ini kerana ia akan memberikan implikasi buruk kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum ke-13 akan datang.
“Ia akan memberikan implikasi buruk kepada imej kerajaan terutamanya Umno.
“Lagipun jika kes ini dibuka di Hong Kong semula, ia pasti akan lebih memburukkan imej pentadbiran beliau (Najib),” kata Rafizi.
Pada 21 November lalu, sekumpulan empat orang delegasi dari PKR terbang ke Hong Kong bagi bertemu dengan Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah (ICAC) untuk menggesa pihak berkuasa tersebut membuka semula kes tersebut.
Semasa di Hong Kong, delegasi PKR tersebut menyerahkan beberapa bukti baru kepada ICAC berhubung kes dakwaan rasuah RM40 juta yang dikaitkan dengan Musa.
Isu dana RM40juta tersebut kembali dipersoalkan selepas menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Seri Nazri Aziz memberitahu Parlimen bahawa Musa telah dibersihkan daripada rasuah dalam perkara itu selepas SPRM dan ICAC mendapati bahawa wang itu adalah “derma politik” untuk Umno Sabah dan tidak bermaksud untuk kegunaan peribadi Musa.
Tetapi dalam perbahasan berikutnya mengenai isu itu, ahli parlimen Pakatan Rakyat (PR) menegur Nazri kerana mengisytiharkan Musa tidak bersalah tanpa menyediakan bukti ICAC Hong Kong membersihkan ketua menteri dengan kehendaknya sendiri.
Menurut Nazri, bagaimanapun, ICAC telah menutup kes itu selepas SPRM menemui dalam siasatan bahawa wang ditangan Chia bertujuan untuk Umno Sabah dan bukan bagi kegunaan Musa.

0 Komen pengunjong :