BARU-BARU
ini politik tanah air digegarkan lagi dengan satu siri skandal ‘projek
rembat tanah rakyat’ oleh UMNO-BN di negeri Selangor.
Pendedahan itu dicetuskan oleh ADUN DAP Sekinchan, Ng Suee Lim ketika
sesi Petrsidangan Dewan Undangan Negeri Selangor yang lalu. Beliau
mendedahkan bahawa terdapat 24 bidang tanah ‘dibeli’ dengan harga murah
oleh parti komponen Barisan Nasional (BN) di Selangor.
Kemudian, Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua, terus
membongkar status tanah yang dijual dengan harga paling murah iaitu RM1
sekaki persegi yang kini dibangunkan dengan kondominium mewah yang
dianggarkan bernilai ratusan juta ringgit.
Kita difahamkan, terdapat banyak lagi bukti membabitkan beberapa lot tanah yang akan didedahkan kepada umum, satu persatu.
Ketika ini UMNO sedang giat bertempik ke hulu ke hilir dengan slogan
membela rakyat, slogan mendukung Islam dan memperjuangkan ekonomi
rakyat. Rupa-rupanya dalam diam UMNO-BN Selangor selama ini membuat
‘onar’ kepada rakyat.
Keinginan UMNO nak berubah, nampaknya hanya omong kosong. Perangai
salahguna kuasa, culas pada tanggungjawab dan tidak amanah masih menjadi
amalan harian mereka.
Skandal ini ibarat petunjuk jelas kepada rakyat bahawa UMNO itu
..dulu..kini dan selamanya akan terus bergelumang dengan rasuah dan
salahguna kuasa.
Persoalan yang menarik di sini ialah;
Bagaimana boleh tanah negeri (baca;rakyat) boleh diagih antara UMNO,
MIC, MCA dan Gerakan sebegitu murah dan mudah? Mana pejabat tanah? Mana
pejabat daerah? Adakah mereka juga bersengkongkol? atau terpaksa
mengikut kehendak dan arahan UMNO-BN?
Selepas diagih tanah berkenaan, ia dibangunkan (baca; jual kembali)
dengan harga berlipat-lipat-lipat kali ganda. Siapa sebenarnya yang buat
duit dengan projek itu?
Sudah berapa ratus juta mereka ‘meratah’ wang daripada hak rakyat ini?
Dan, ada berapa banyak tanahkan (projek sebegini) dikerjakan sejak UMNO-BN memerintah Selangor?
‘Projek rembat tanah rakyat’ UMNO-BN Selangor itu juga merupakan satu
lagi bukti bagaimana kek ekonomi diagih megikut dasar politik UMNO. Ia
juga menjadi indikasi bagaimana kek ekonomi negara dibahagikan kepada
kroni masing-masing .
Menurut laporan, daripada 24 bidang tanah yang dirembat UMNO-BN
Selangor itu, 15 bidang tanah dimiliki UMNO Selangor, MCA (lima), MIC
(tiga) dan Gerakan (satu).
Inilah contoh dasar UMNO baik di peringkat negeri mahupun pusat.
Beginilah UMNO memimpin parti komponen yang menjadi barua mereka selama
ini dengan ‘merasuah’ MCA, MIC dan Gerakan. Itu belum kita lihat
bagaimana UMNO merasuah parti di Sabah dan Sarawak.
Tanah yang dibeli oleh UMNO Subang contohnya, ia membeli dengan harga
premium RM1 sekaki persegi dan kini tanah berkenaan bernilai tidak
kurang daripada RM200 sekaki persegi, dan kini ia juga dibangunkan
menjadi kondominium mewah.
Ini perniagaan apa ya? Adakah Donald Trump, usahawan hartanah di Amerika itu mampu membuat projek sebegini ‘masyuk’?
Tak lain tak bukan, inilah perniagaan yang dirintis UMNO. Inilah cara
UMNO buat duit selama ini. Inilah cara Tun M menswastakan harta rakyat
(negara). Inilah cara UMNO bernafas selama ini. UMNO memang semua boleh,
duit haram boleh projek haram pun tak salah.
Laporan Transpatrency International – Malaysia yang melaporkan
baru-baru ini, ranking Malaysia sedikit meningkat tidak lain hanya
membuktikan bahawa kerajaan BN sememangnya rasuah. Tidak ada apa-apa
makna jika ranking naik tidak seberapa, bertempik pula ia hebat
sedangkan tanah rakyat Selangor habis dirembat.
Rupa-rupanya dalam diam, UMNO menjadi dalang menghisap darah rakyat.
Mereka melalaikan orang Melayu dengan slogan perkauman dan menipu umat
Islam dengan memperalatkan Islam menggunakan slogan agama yang syumul.
Beginilah modus operandi mereka selama UMNO BN memerintah.
Siang bertempik nak membela nasib orang Melayu dan nak menegakkan
Islam, tetapi ketika malam, habis diligannya semua harta dan hak rakyat.
Inilah UMNO, dulu kini dan selamanya rasuah!
Tidak tahulah masih adakah rakyat yang boleh menerima perangai
UMNO-BN macam itu dan sanggup lagi mengundi parti itu untuk terus
memerintah negasra pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.
Kalau ada pun mungkin kalangan ahli UMNO-BN yang mendapat bahagian
sama ‘merembat’ hak rakyat terutama kroni yang mendapat projek mewah
daripada kerajaan BN.
-/ Roketkini.com
0 Komen pengunjong :