Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Gantung saman: Bukti Pakatan Rakyat halang AES betul

Gantung saman: Bukti Pakatan halang AES betulGEORGE TOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, penggantungan dakwaan ke atas pemandu yang dikenakan dengan 300,000 saman trafik di bawah AES membuktikan keputusan kerajaan negeri menjadi negeri pertama di Malaysia yang menghalang pemasangan AES adalah wajar dan benar.
Justeru, ujarnya Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail seharusnya tidak hanya menarik balik dakwaan terhadap individu yang telah dihukum melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tetapi memulangkan semua wang yang telah dibayar oleh mereka yang sudah menyelesaikan saman tersebut.
Hampir 300,000 saman telah dikeluarkan sejak kamera AES 1Malaysia dipasang di 14 lokasi pada 23 September 2012.
Lebih banyak saman akan dikeluarkan apabila baki 817 lokasi dipasang tahun depan, menjadikan jumlah keseluruhannya 831 kamera di seluruh negara.
Guan Eng menambah, walaupun Abdul Gani cuba untuk mengurangkan tamparan hebat kepada BN dan kredibilti Kerajaan Persekutuan dengan mendakwa bahawa langkah itu berpunca daripada kebimbangan orang ramai ke atas ‘undang-undang dan ciri-ciri teknikal lain’ yang berkaitan dengan sistem, ia jelas menunjukkan bahawa AES telah hilang kredibilti awam.
“Seharusnya skim kotor ini, yang membenarkan 2 syarikat kroni BN untuk mengaut keuntungan berdasarkan komisen daripada setiap saman trafik, dan yang kononnya adalah untuk mengurangkan kemalangan, dihentikan tanpa melengahkan masa.
“Kenyataan Abdul Gani di sisi undang-undang adalah betul bahawa saman AES yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan masih sah,” ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Oleh itu, katanya Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha harus menggunakan kuasanya untuk membatalkan saman JPJ bagi menebus kembali sokongan beliau terhadap AES.
“Sekiranya Kong tidak berbuat demikian, beliau harus meletakkan jawatan kerana menjadi penyokong AES, dengan cuba merosakkan nama baik Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang kononnya menggalakkan kemalangan berlaku,” katanya.
Justeru, ujarnya Kerajaan BN seharusnya tidak hanya menarik balik tuntutan saman di bawah Sistem Penguatkuasa Automatik (AES) tetapi mengaku bahawa PR adalah betul dalam memansuhkan AES dan membayar balik semua saman yang telah dibayar atas kemarahan rakyat terhadap projek kroni.

1 comment :

  1. tetapi yg paling sedih, bila orang Melayu dimurtadkan oleh bukan Islam, PKR dan PAS tak pula bangun membantah atau mempertahankan Islam. Ini yg lebih kekal sehingga akhirat bukannya AES. Begitupun bila karpal dan Lim bantah HUDUD, PAS kata tak apa.....apa ne..
    Perjuangkanlah Islam setelusnya bukan sekadar kerana politik..

    ReplyDelete