PETALING JAYA, 20 DIS: Laporan aliran wang haram oleh Global
Financial Integrity(GFI) 2010 yang meletakan Malaysia di tangga ke dua
paling teruk membuktikan era pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak dibebani dengan rasuah.
Meskipun diduga, namun jumlah besar wang haram yang dipindahkan
keluar dari Malaysia ini diantara tahun 2000 hingga 2010 tetap
mengejutkan negara, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam
satu sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR di sini.
“Malaysia adalah sebuah negara yang ekonominya bergantung kepada
perdagangan antarabangsa. Kegiatan eksport dan import melibatkan aliran
wang keluar masuk dan perpindahan dana pelaburan yang saban hari menjadi
lebih rumit.
“Oleh itu dapatan kajian GFI ini memberikan gambaran besarnya
ketirisan ekonomi dalam negara dipindahkan ke luar negara yang akhirnya
merugikan rakyat,” katanya.
Jelas Anwar, kegagalan Najib menguruskan ekonomi negara dibuktikan
melalui jumlah aliran keluar wang haram yang meningkat 111 peratus dari
angka US$30.41 bilion (bersamaan RM94.27 bilion) pada tahun 2009 kepada
US$64.38 (bersamaan RM199.58 bilion) dalam tahun 2010.
Berbanding negara lain, Malaysia adalah satu-satunya negara yang
menyaksikan jumlah aliran keluar wang haram meingkat satu kali ganda
dalam tempoh 2009 hingga 2010.
Negara lain yang dimaksudkan termasuklah China, Mexico dan Arab Saudi.
“Tempoh 2009 dan 2012 ini adalah tempoh kritikal pentadbiran Najib
yang menggambarkan dasar dan pendekatan ekonomi yang beliau laksanakan.
“Justeru peningkatan ini membuktikan bahawa dasar pendekatan ekonomi
beliau gagal membenteras rasuah, gagal menyekat aktiviti jenayah yang
menjadi dalang ekonomi haram dan gagal memperkuat institusi negara untuk
membudayakan tata kelola yang baik,” katanya lagi.
Sehubungan itu, Anwar akan menulis surat kepada Gabenor Bank Negara,
Tan Sri Zeti Akhtar, GFI dan semua Menteri Besar Pakatan Rakyat untuk
mejemput mereka menganggotai wacana membenteras aliran keluar wang haram
yang dijanka diadakan dalam bulan Januari 2013.
Perbincangan di meja rundingan ini untuk mendalami masalah ini
sekaligus memuktamadkan penlan tindakan membenteras aliran keluar wang
haram.
0 Komen pengunjong :