Itulah Mahathir Mohamad kalau sudah usang dan
kehebatan sudah semakin menipis, dia terpaksa bercakap atas apa juga
isu untuk menarik perhatian media PB. Mahathir samalah dengan seekor
serigala tua yang sudah tidak dapat memburu, akan memakan apa saja yang
terjatuh di depannya. Kalau lipas mati terjatuh didepannya dingap, kalau
bangkai biawak di tohok di depannya, pun dingap. Baginya asal boleh
bercakap dan boleh makan.
Sebagai
seorang yang sudah tua, tidak banyak kudrat dan populariti sudah
menipis, maka dia akan berbuat apa saja yang terlintas di dalam
kepadanya termasuk memberi ulasan atas perkara yang tidak dalam
bidangnya, ataupun dia faham benar apa dibicarakan. Sebab itulah
pandangan Mahathir terhadap agama ada kalanya songsang.
Memalukan apabila dia sendiri berbuat salah, tiba-tiba tumpang semangkuk dua untuk mengecam orang lain.
Itulah Mahathir. Sepatutnya dia tidak ikut memberi
komen ke atas Nurul Izzah dengan mengatakan Naib Presiden PKR itu sudah
melampau apabila memberi pandangan umum berhubung kebebasan beragama.
Apakah Mahathir sengaja membodohkan dirinya dalam
mentafsir apa yang Nurul Izzah katakan kerana politik semata-mata? Tidak
pernahkah Mahathir membaca firman Tuhan itu? Kalau Mahathir seorang
bapak politik yang baik di negara ini dia tidak akan mengulas dalam
farsa demikian, tetapi menasihat puteri reformasi itu. Beliau tidak akan
menambahkan kekeliruan tetapi menghentikan kekeliruan. Itulah sifat
mualim.
Dia boleh kata Nurul Izzah harus berhati-hati jangan
sampai terkeluar ulasan dan pandangan yang mengelirukan wartawan yang
jahil mengenai agama Islam, kerana bila orang jahil mengulas dan
didengari pula si jahil lagi maka jahil akan berganda-ganda. Sepatutnya
selaku orang tua yang sudah dipersarakan Mahathir mendapat maklumat
terperinci sebelum mengutuk Nurul Izzah sebagai melampau. Nurul Izzah
tidak wajar dijadikan musuhnya sebaliknya perlu dilayan sebagai anak
atau cucu.
Mahathir sepatutnya menjadi ikon semua orang. Dia
tidak sepatutnya menjadi penjaga garisan dalam politik negara ini lagi.
Mental dan fizikalnya sudah tidak membenarkan. Mahathir jangan cuba-cuba
melawan takdir. Dia boleh menonton politik ini menerusi tv di rumahnya
dan boleh mengulas di depan tv tanpa didengari oleh orang lain. Di situ
katalah apa pun ia tidak merosakan pandangan orang lain sebab orang
tidak mendengarnya. Politik Malaysia ini lepaslah kepada budak-budak,
berikan kesempatan untuk mereka belajar, memperkuatkan minda politik
kerana negara ini akhirnya akan jatuh ke tangan mereka juga.
Enak Mahathir mengatakan Nurul Izzah melampau dengan
pandangan itu. Orang yang tidak mudah lupa akan mentertawakan Mahathir
ha ha ha... Boleh kita tanya apakah Mahathir tidak merasakan demikian
dengan kata-katanya sebelum ini yang berbunyi; kita lebih baik berkawan dengan syaitan dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali?
Apakah kata-kata itu tidak melampau dan boleh menjejaskan akidah?
Rasanya kata-kata itu menjadikan Mahathir seperti dulang mengatakan paku
yang serpih.
Oh, kalau Mahathir mudah... ditafsirkan bahawa
Mahathir bermaksud lain, bukan seperti mana difahamkan itu. Dan mudah
saja mengatakan pembangkang berniat jahat. Apakah mengenai Nurul Izzah
itu tidak bermnaksud demikian? Kenapa harus spin kata-kata Nurul Izzah
itu?
Sebenarnya kata-kata Mahathir dari farsa yang
difahamkan itu juga melampau dan membimbangkan. Ia boleh mengelirukan
dan boleh menyebabkan orang akan menganggap berkawan dengan syaitan
tidak menjadi masalah. Orang akan beranggapan berdasarkan kata-kata
Mahathir itu bahawa syaitan sebenarnya ada juga yang baik. Oh
Mahathir....harus bertaubat atas kesilapan itu.
Jadi secara peribadi saya tidak menerima kutukan
Mahathir kepada Nurul Izzah itu selagi beliau tidak mengutuk dirinya
sendiri dengan apa yang beliau katakan itu. Kemelampauan Nurul Izzah
dalam konteks agama bukan sebanyak dan sedahsyat Mahathir. Izzah hanya
melakukan sekali kesilapan (kalau ia memang silap dan niatnya begitu),
tetapi Mahathir sudah banyak kali. Dah banyak dah...
Kata-kata dan pandangan Mahathir terhadap agama
Islam banyak yang meragukan dan ada yang sehingga boleh menjatuhkan
sesat dan rosak pegangan (akidah). Misalnya tanggapan beliau Nabi
Muhammad s.a.w. simpan janggut disebabkan tidak ada gillatte
adalah satu tanggapan yang menghina sunah Rasulullah. Tahulah sendiri
apakah hukum dan bahananya orang menghina Rusulullah.Saya ingin sangat
Mahathir mengulangi ayat-ayat itu di Iran, Syaria, Pakistan, Afghanistan
dan Madinah.
Mahathir
juga pernah mempersendakan hukum hudud, cuba menolak hukum hudud dengan
mengatakan ia adalah hukum hudud Pas. Ironisnya beliau sendiri tidak
pernah membentangkan, usahkan anekmen hukum hudud, deraf hukum hudud pun
tidak. Tidak mahu menerima hudud mungkin boleh dimaafkan atas maslahat
agama, tetapi menolak dan mempersendakan hudud satu yang berat dari sisi
agama, berdosa dan celaka.
Hasil ajaran dan didikan Mahathir mengenai hudud
maka lahirnya seorang murid mutabar yang menolak hudud bernama Chua Soi
Lek. Itulah hasil dan kesannya dari perbuatan lisan Mahathir. Soi Lek
tidak akan berani mempertikaikan hudud kalau Mahathir bukan gurunya.
Chua Soi Lek akan mempertahankan dirinya dengan bersandarkan kepada
Mahathir. Sebab itu pemimpin Umno tidak menghentam Soi Lek bila Cina itu
menghina hudud sebab, pemimpin Umno tidak mahu memalukan Mahathir.
Hentam Soi Lek bermakna memansuhkan pandangan Mahathir mengenai hudud.
Woww...
Mahathir cukuplah dengan apa yang sudah anda lakukan selama 22 tahun
lalu. Negara ini banyak rosak kerana anda dan orang Melayu hidup
bercemperaian ini pun adalah kerana anda juga. Apakah anda akan berhenti
selepas Umno hancur dan tidak akan menjadi penguasa lagi? Nampaknya
Mahathir akan berkubur bersama Umno Baru yang diilhamkan.
Mat, Mat mana lagi kalau bukan Mat Maslan, sihatkah, katanya saham Felda terus merudum. Betulkah?
-/ http://msomelayu.blogspot.com
0 Komen pengunjong :