Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

‘Nasha merupakan jurucakap Umno dalam Pakatan’


PETALING JAYA: Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPP) berkata bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa merupakan jurucakap Umno yang berada dalam Pakatan Rakyat.
Ketua DHPP, Hu Pang Chow berkata, sepatutnya ahli Parlimen Bachok itu menyertai Umno.
“Adakah kenyataan ini ada agenda tersembunyi? Kalau dia (Nasha) nak pertahankan Islam, nak tunjuk alim, dia sepatutnya dia perbetulkan orang Umno,” kata Hu.
Nasharudin petang kelmarin dilaporkan berkata, dalam menghadapi PRU13 mengingatkan parti itu agar tidak mengutamakan kuasa semata-mata dan sehingga sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua.
Beliau yang juga ahli Majlis Syura PAS berkata, dalam konteks politik hari ini, masalah perpecahan umat sering dilupakan sedangkan ia adalah masalah utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.
Kata Nasharudin, beliau turut hairan mengapa usaha untuk membincangkan masalah umat Islam terutamanya melibatkan dua parti terbesar orang Melayu Islam iaitu parti Umno dan PAS sering dilihat ‘taboo’.
Beliau berkata demikian pada seminar dakwah Islamiyyah sebagai tunggak kekuatan umah di PWTC, semalam.
Menang sendiri
Katanya lagi, kemenangan Islam terletak di tangan umatnya sendiri tanpa bantuan dari bukan Islam. PAS berada dalam Pakatan Rakyat (PR) yang turut dianggotai DAP.
Bagaimanapun, Hu menegaskan jika PAS bergabung dengan Umno ini bermakna parti Islam itu bersekongkol dengan penyalahguna kuasa, rasuah dan kezaliman yang dilakukan oleh Umno.
“Orang Melayu banyak yang miskin, terlibat dengan jenayah dan gejala sosial. Adakah Nasharuddin mahu PAS terbabit sama?” tanya Hu.
Dalam perkembangan lain, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din  dilaporkan mempersoalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadiri  pelancaran buku bertajuk Tinderbox: The Past and Future of Pakistan yang ditulis oleh bekas ahli Parlimen  India, Mobashar Jawed Akbar yang dikatakan pernah menghina Islam.Sementara bekas ahli Parlimen PAS Sik, Datuk Shahnon juga mempersoalkan hubungan PAS dengan DAP.
.

0 Komen pengunjong :