Berbagai-bagai kejadian buruk dilaporkan berlaku dalam
dunia politik negara kita ke belakangan ini. Kejadian-kejadian ini
seperti satu strategi pula oleh pihak tertentu untuk mendapatkan kuasa.
Walaupun perbuatan jahat dan keji itu dilarang agama tetapi ia tidak
dipedulikan. Cara mereka mengolahkan kejahatan ini seakan mereka sudah
tidak mempunyai adat dan nilai-nilai kemanusiaan beragama lagi yang
mementingkan soal hormat menghormati di antara satu sama lain.
Apakah kerana keadaan begitu terdesak maka cara tidak halal itu digunakan?
Barang kali tidak disenangi kalau dikatakan yang acap melakukan
kejahatan ini adalah di pihak parti kerajaan sendiri. Maksudnya parti
Umno dan sekutunya dalam BN. Sesuatu yang menghairankan kenapa sampai
begitu sekali. Tidakkah parti kerajaan mempunyai berbagai kemudahan
untuk membantu mereka mengekalkan kuasa. Jadi kejahatan dan kekejaman
langsung dari mereka tidak diperlukan lagi dan jika dilakukan juga
memburukkan parti pemerintah sendiri. Kejahatan dan kekejaman
menjatuhkan marudah bukannya menaikkan martabat parti itu sebagai parti
pemerintah.
Parti kerajaan ada tentera, ada polis hatta Rela,
yang menjaga keselamatan parti itu. Walaupun tugas pasukan keselamatan
ini untuk umum tetapi dalam tindak tanduk pasukan-pasukan keselamatan
ini mereka seolah-olah bekerja untuk parti pemerintahan. Apakah tidak
cukup dengan polis dan tentera maka Umno terpaksa menggunakan samseng?
Kejadian-kejadian buruk dan keji yang dilaporkan setiap hari tidak
dapat dipisahkan dari perbuatan parti pemerintah UBN. Penglibatan ini
tidak boleh disembunyikan lagi. UBN khasnya Umno menjelama dalam
pelbagai rupa untuk melakukan pengkhinatan-pengkhianatan itu.
Dalam masa terdekat ini dua kejadian yang sangat keji dan tidak beradat.
Satu kejadian menyerang bas dua tingkat PKR di Kelantan dan satu lagi
menyerang masjid di kampung Pumpong Kedah. Ini adalah kesenimbungan
kejahatan yang dilakukan ke atas pembangkang sejak zaman berzaman.
Sebelum ini bermacam-macam kejahatan telah berlaku dan dilaporkan.
Makin hari nampaknya makin banyak dan kerap kejahatan dengan menyerang
pihak Pakatan Rakyat. Apakah UBN sudah benar-benar terdesak sehingga
hilang akal meninggalkan politik secara sihat dan berfikiran terbuka dan
diambilnya politik mafia?
Di sini saya hendak menarik
perharian para pemimpin UBN berhubung siri-siri kejahatan yang mereka
cita dan lakukan dengan bersembunyi di sebalik puak-puak atau individu
tertentu. Bahawa kejahatan tidak pernah memberi kemenangan kepada
sesiapa atau mana-mana puak sekali pun. Atas apa juga tindakan jahat,
kejahatan tidak akan disokong sebaliknya akan dikutuk.
Apakah
Umno fikir dengan melakukan kejahatan, ugutan, tekanan itu mereka akan
menang? Silap kalau itulah anggapan dan kepecayaan yang ada kepada Umno.
Saya ambil contoh yang berlaku di hadapan mata saya sendiri bagaimana
kejahatan dan kekejaman tidak membantu memenangkan Umno. Politik jahat
tidak pernah menjanjikan kemenangan.
Di Kelantan Umno berlaku
sadis dan kejam ke atas orang Pas sejak tahun 60-an lagi. Apa yang tidak
dilakukan oleh Umno menerusi pemuda tahan lasak atau kumpulan samseng
yang diupahnya terhadap ahli dan penyokong Pas. Apa yang dilakukan
Israel ke atas rakyat Palestin semuanya dilakukan oleh di Kelantan.
Ugut, tangkap, penjara pemimpin Pas, pukul, tampar, sepak, teranjang dan
segala macam dilakukan. Lebih dahsayat dari itu ada pemimpion Pas
dibunuh. Ini menggambarkan akan kebobrokan politik negara ini.
Permis parti Pas dirobohkan dan dibakar. Orang Umno bertindak lebih
kejam dari tentera Jepun yang menakluk Kelantan tahun 1942 dulu. Tetapi
apakah hasil dari kejahatan dan kesadisan itu. Umno tidak menang rakyat
tidak pernah takut dengan kejahatan sebalik kerja-kerja jahat itu
dimurkai rakyat. Rakyat membalas kejahatan itu dengan tidak memangkah
Umno. Kekalahan dan kegagalan Umno untuk menguasai Kelantan sejak 22
tahun lampau adalah disebabkan Umno mengamalkan politik jahat dan kejam.
Hari ini kejahatan yang berlaku dan dilakukan di hampir seluruh negara
oleh Umno menerusi berbagai agensi samseng itu hampir menyamai kejahatan
dilakukan di Kelantan dulu. Nampaknya kejahatan ini menjadi permainan
dan senjata utama Umno dalam mempertahankan kuasa. Ingatalah dengan
menoleh kepada apa yang berlaku di Kelantan Umno sepatutnya insaf;
bahawa kejahatan tidak akan membawa kemenangan.
UBN harus
kembali kepada politik secara sihat. Politik yang menyenangkan jiwa
rakyat. Betapa pun Umno menabur wang dan berjasa kepada rakyat tetapi
dalam masa sama kejam terhadap lawan dilakukan, rakyat akan marah dan
tidak akan bersama Umno. Sebagai parti unggul menjadi kerajaan Umno
sepatutnya mempelopori politik harmonis dan profesional bukannya
menyuburkan bibit-bibit kejahatan.
Hari ini dunia semakin maju
dan generasi semakin cerdik dan bebas berfikir dan memikir. Apa yang
dicari oleh rakyat dan ana-anak muda kini ialah sesuatu yang logik pada
akal mereka. Mereka mahukan kepada fakta di dalam politik bukan retorik.
Kejahatan sama sekali mereka akan tolak. Kejahatan fizikal tidak pernah
ada dalam minda politik moden. Kejahatan fizikal hanya akan laku
sekiranya negara ini masih belum tamadun.
Makanya kalau Umno
ingin mengekalkan kuasa serta dihormati rakyat jelata mereka harus
hentikan politik jahat menggunakan fizikal yang merugikan semua pihak
dan menjatuhkan martabat negara. Kejadian serang masjid, serang bas,
serang rumah terbuka ataupun melemparkan kata-kata keji dan perbuatan
jahat kencing gambar pemimpin, hendaklah dihentikan segera.
Ingin ditegaskan bahawa kejahatan tidak akan menjamin dan membawa kemenangan melainkan ianya dibenci sampai ke dalam hati. [wm.kl.9:11 am 05/09/12]
-/ http://www.msomelayu.blogspot.com
.
Pihak BN tidak akan berhenti setakat itu sahaja. ... UMNO akan mengilang cerita-cerita yang tidak wujud dan fitnah, tetapi .... M. Bakri Musa ...
ReplyDelete