SHAH ALAM:
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar
sepatutnya mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan sekiranya
rundingan penstrukturan air di Negeri Selangor gagal diselesaikan
selewat-lewatnya September ini.
Ini kerana, Timbalan Perdana
Menteri adalah Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Isu-isu Air di
Selangor dan jawatankuasa tersebut baru-baru ini membenarkan
penstrukturan air diteruskan oleh Kerajaan Selangor dengan syarat perlu
mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam Akta Industri Perkhidmatan Air
2006 (WSIA).
Sehubungan itu, Kerajaan Selangor telah menubuhkan
Jawatankuasa Khas yang diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk
Mohamad Khusrin Munawi untuk menyelesaikan pengambilalihan ini
selewat-lewatnya September ini.
Demikian kata Setiausaha Politik MB Selangor, Faekah Husein dalam kenyataan medianya hari ini.
Menurut beliau, proses ini perlu dilakukan dengan berhati-hati oleh mereka yang pakar sahaja.
Noh tiada pengalaman dalam sektor korporat jadi sudah tentu beliau tidak tahu proses ‘step-in’ atau pengambilalihan konsesi.
"Mungkin
Noh ingat proses ini dilakukan sama seperti ambil alih kolam ternak
udang," sindir beliau merujuk kepada pemilikan tanah projek kolam udang
oleh Noh.
Katanya, kerajaan Selangor khususnya Menteri Besar, Tan
Sri Abdul Khalid Ibrahim mematuhi garis panduan WSIA sejak
penstrukturan semula ini dicadangkan bagi membolehkan air dikembalikan
kepada kerajaan negeri sekali gus menjaga kepentingan rakyat dari
kenaikan tariff air tidak munasabah yang dicadangkan pemegang konsesi.
Ini
termasuk mengadakan beberapa siri rundingan dengan syarikat konsesi dan
rundingan terakhir, Kerajaan Selangor menawarkan pampasan RM9.3 billion
atau keuntungan keuntungan 25 peratus kepada syarikat konsesi.
Untung 75%
Namun,
katanya, Puncak Niaga dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd
(SYABAS) yang dimiliki kroni UMNO, Tan Sri Rozali Ismail menolak tawaran ini dan menuntut pampasan yang memberi keuntungan sehingga 75%.
Rundingan
dengan syarikat konsesi ini, tambah beliau, juga tidak mendapat
sokongan daripada Kerajaan Pusat kerana mereka lebih berminat
menyelamatkan syarikat konsesi yakni kroni UMNO berbanding kepentingan
rakyat.
Justeru, kenyataan Muhyiddin yang membenarkan
penstrukturan diteruskan itu menandakan bahawa Kerajaan Pusat bersetuju
dengan rancangan Kerajaan Selangor mengambilalih syarikat konsesi.
"Sekiranya
penstrukturan ini diselesaikan September ini, bermakna Muhyiddin telah
gagal menjalankan tugasnya sebagai Pengerusi jawatankuasa itu.
"Maka
Noh yang tiada mengena dan tiada pengetahuan mendalam dalam isu air
perlu mendesak Muhyiddin meletak jawatan bukan Menteri Besar," katanya.
"Kita
tidak menolak kemungkinan Noh sebenarnya mahu mengenakan Muhyiddin
dalam isu air ini sebagaimana beliau meletakkan sepenuhnya kesalahan
penyelewengan projek NFC ke bahu Muhyiddin," tambah Faekah.
Sebagai
menteri penuh, Noh sepatutnya memajukan industri pertanian dan membela
nasib petani seluruh negara yang masih jauh ketinggalan berbanding
Thailand, Indonesia malah Vietnam pun semakin meninggalkan negara ini.
Bagi Faekah, sejak beliau memegang portfolio itu, Noh tidak memberi apa-apa sumbangan dalam bidang pertanian.
Sebaliknya beliau yang membuat untung dengan melibatkan diri dalam penternakan udang sehingga menjejaskan pendapatan nelayan.
"Kita
nasihatkan Noh supaya tumpukan perhatian kepada isu-isu pertanian dan
penternakan serta selesaikan isu kolam udang dan pemilikan tanah 30 ekar
di Kuala Selangor. Isu air di Selangor, biarkan mereka yang pakar dan
berpengetahuan selesaikan," sindirnya.
.
0 Komen pengunjong :