KOTA MARUDU, — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa
kerajaan sengaja mendedahkan siapa yang bertanggungjawab dalam
menjadikan “pendatang yang mengundi” dengan melindungi orang-orang
tertentu.
Ketua pembangkang (gambar) itu berkata suruhanjaya diraja itu telah
gagal dari awal kerana tidak ada langkah seperti mencari siapa yang
bertanggungjawab dan menghukum orang-orang yang terlibat.
“Ini adalah jenayah yang besar, terutamanya melibatkan rasuah,
penipuan dan pemalsuan dokumen. Tetapi, tidak ada dalam terma untuk
menghukum pesalah dalam RCI ini,” beliau memberitahu wartawan selepas
majlis pengumuman kemasukan seorang bekas anggota Barisan Nasional (BN)
ke Pakatan Rakyat (PR) hari ini.
RCI yang ditubuhkan bagi menyiasat pendatang tanpa izin di Sabah bagi
menyiasat jika adanya kesalahan memberi kad pengenalan kepada warga
asing dan diletakkan dalam daftar pemilih.
Tetapi dalam terma panel yang diumumkan di Kota Kinabalu semalam oleh
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tidak termasuk mendedahkan
identiti mereka yang terlibat dalam memberi kad pengenalan kepada warga
asing ini.
Pembangkang sering menyalahkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad dalam peningkatan pendatang asing dalam negeri itu dengan
mendakwa beliau terlibat dengan projek yang dikenali sebagai “Projek M”
atau “Projek IC”.
“Projek IC” dikatakan bermula pada 1980an ketika Dr Mahathir
berkuasa, dimana kad pengenalan Malaysia diberikan kepada warga asing di
Sabah untuk mengekalkan BN dalam pemerintahan.
“Ya, nampaknya Dr Mahathir gementar dengan RCI,” kata Anwar di sini.
“Tetapi BN mesti memberi jaminan bahawa mereka tidak memilih bulu,
dalam mencari siapa yang menerima rasuah dan memalsukan dokumen, jika
tidak seluruh RCI akan gagal,” katanya lagi.
Anwar menambah bahawa pengundi Sabah mungkin ada yang meragui RCI,
kerana keengganan kerajaan selama bertahun-tahun untuk mewujudkan panel.
Dia menerangkan masalah berdekad ini tidak mampu diselesaikan dalam
masa enam bulan untuk panel ini memberi cadangan kepada kerajaan.
Ketua umum PKR itu berkata ini cuma permainan politik, kerana
penubuhannya hampir dengan pilihan raya akan datang, dan menambah bahawa
Jawatankuasa Pemilihan Parlimen (PSC) dalam membaiki pilihan raya, akan
gagal untuk menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin di Sabah.
"Ini semua cuma gimik. Mereka (kerajaan) tidak serius. Saya percaya
ramai rakyat Sabah tidak percaya dengan RCI kerana sudah beberapa kali
permintaan mereka untuk panel ini tidak diterima," katanya lagi.
Najib semalam mengumumkan terma dalam RCI selepas dua minggu dua ahli
politik Sabah — ahli parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Mojilip
Bumburing dan ahli parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin keluar parti.
Mereka berdua tidak berpuas hati dengan kerajaan melengah-lengahkan
RCI, walaupun Kabinet telah bersetuju untuk mewujudkannya pada 8
Februari tahun ini.
Di Sabah, topik pendatang tanpa izin ini sudah menguasai isu pilihan
raya sejak 1970 dengan kebanyakan penduduk asal percaya pendatang ini
mencipta masalah sosial, ekonomi dan keselamatan.
Kira-kira 27 peratus dari 3.12 juta penduduk Sabah dikatakan adalah dari pendatang.
.
Lelaki tular tampar isteri ditahan pagi tadi
4 weeks ago
0 Komen pengunjong :