Showing posts with label Faekah. Show all posts

Kemenangan Anwar, Azmin dan PR Selangor Bukti Media Arus Perdana Gagal


faekah purple wacana sinar red wide 03

KUALA SELANGOR : Kegagalan media yang dianggap “arus perdana” dapat dilihat daripada kemaraan Pakatan Rakyat di dalam pilihanraya umum ke-13, yang berjaya menambah bilangan kerusi walaupun diserang bertubi-tubi oleh mereka.
Di dalam PRU-13, Pakatan menang 89 kerusi parlimen berbanding 82 dalam PRU12. Manakala Pakatan Rakyat Selangor mencatat keputusan cemerlang dengan menambah bilangan kerusi DUN dari 36 ke 44.
Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin berkata penyiaran berita fitnah terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, sudah tidak relevan dan tidak diterima rakyat.
“Pada 2008 media arus perdana terlebih memburukkan PR dan rakyat meluat pada media arus perdana. Rakyat tak nak baca suratkabar, rakyat tutup televisyen. Kita jangan perlekehkan kebijaksanaan rakyat.
“Masalah Umno-BN terletak pada laporan dibuat Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3 kerana mereka ‘overkill’ sehingga rakyat menjadi muak,” katanya ketika menjadi panelis dalam wacana bertajuk “Media Arus Perdana : Apa Nasib Pakatan Rakyat?
Wacana anjuran Sinar Harian dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) diadakan di Hotel De Palma di sini hari ini.
Panelis lain ialah Penasihat Editorial Sinar Harian, Datuk Abdul Jalil Ali dan Bekas Ketua Pengarang Bernama, Datuk Seri Azman Ujang manakala moderator adalah Wan Saiful Wan Jan dari Institut Bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas).
Maka dengan itu, Faekah berkata, peranan dimainkan media arus perdana boleh dianggap gagal dalam mempengaruhi rakyat bagi menyokong Umno-BN.
“Kalau berita muka depan media arus perdana itu berperanan, Anwar tidak akan menang dalam PRU13 dan Azmin Ali tidak akan menang juga. Malah Selangor tidak akan menang 44 kerusi DUN,” katanya.
Sementara itu, Abdul Jalil berkata, media arus perdana perlu mencontohi akhbar The Star yang biarpun dikuasai MCA namun memberi ruang kepada parti lawan seperti DAP, PAS dan PKR dalam laporan beritanya.
“Yang salah media dimiliki parti politik tak beri ruang pada pihak lawan. Asyik tampilkan berita politik sendiri maka akan jatuh kredibiliti sendiri,” ujarnya.
Seterusnya >>>

Dr M dibidas kerana gagal bela kepentingan orang Melayu


KUALA LUMPUR, 13 Mac — Setiausaha politik Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini membidas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana rekod yang buruk dalam membela hak orang Melayu dan Bumiputera.
Faekah Husin mempertahankan pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) ekoran kecaman Dr Mahathir yang mengatakan hak keistimewaan orang Melayu dan kedudukan Islam akan terancam jika pembangkang mengekalkan kuasa di Selangor dalam Pilihan Raya 2013.
“Dr Mahathir masih menyanyi lagu lama; lagu perkauman dan menakut-nakutkan orang Melayu serta mahu menyegarkan pertembungan kaum setelah bibit-bibit kebencian terhadap kaum dan penganut agama lain beliau tanam di kalangan rakyat di sepanjang 22 tahun pemerintahannya,” tulis beliau dalam sepucuk surat terbuka kepada Dr Mahathir bertarikh hari ini.
Faekah menekankan terhadap salahguna kuasa semasa memerintah kerajaan negeri Selangor, berkata parti yang dahulunya dipimpin Dr Mahathir memiliki beratus ekar tanah di dalam negeri serta mendakwa mereka hanya membayar premium minimum RM100 bagi setiap ekar.
Beliau berkata kebanyakan tanah ini dijual untuk tujuan pulangan lumayan kepada firma pemaju swasta, sekaligus membuktikan ini adalah sikap hipokrasi Umno tetapi dalam masa sama berkata beliau tidak mempersoalkan pemilikan tanah bukan Bumiputera.
“Kita juga mendapati ketika pemerintahan Umno di Selangor, ribuan ekar Tanah Rezab Melayu yang terletak di bandar telah ditarik keluar dan dijadikan milikan bebas,” kata beliau yang juga mendakwa banyak bahagian Tanah Rezab Melayu telah dipindahkan ke kawasan pendalaman seperti Panchang Bedena, Sabak Bernam dan Hulu Selangor.
Faekah juga membangkitkan kejayaan pentadbiran PR dalam mengutip RM390 juta hutang daripada Talam Corporation dan memulangkan kepada masyarakat miskin di Selangor yang mana kebanyakannya adalah Melayu.
“Mengapa Mahathir senyap sunyi apabila kita dedahkan Talam berhutang RM392 juta kepada rakyat Selangor hampir sedekad lamanya dan gagal dituntut oleh Umno? Tahu atau tidak Dr Mahathir bahawa kerajaan Pakatan Rakyat yang mempunyai kekuatan politik untuk mengutip hutang-hutang tersebut?” soal beliau.
Faekah juga mempertahankan pentadbiran PR di Selangor dengan berkata kerajaan negeri tidak mencampuri hal ehwal agama Islam, serta menegaskan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak diganggu.
Beliau juga menyenaraikan usaha Selangor dalam memelihara kepentingan masyarakat Muslim dengan berkata JAIS menerima dana tahunan berjumlah kira-kira RM130 juta, peruntukkan tertinggi dalam belanjawan negeri yang terkaya di Malaysia.
Beliau turut menambah kerajaan kerajaan negeri Selangor daripada 2008 hingga 2012 telah membelanjakan sejumlah RM405 juta untuk membina masjid dan sekolah agama dan RM46 juta untuk tujuan sama, sebelum menegaskan bahawa elaun Kelas Fardhu Ain (KAFA) kepada guru sekolah telah dipinda daripada RM400 semasa pemerintahan Dr Mahathir kepada RM1300.
Faekah mendakwa semasa pentadbiran Dr Mahathir berlaku banyak ancaman untuk memansuhkan sekolah agama dan menuduh bekas presiden Umno telah mengeluarkan banyak kenyataan menghina, termasuk dengan mengatakan orang Melayu malas belajar kerana letih selepas pergi ke kelas agama pada tengahari.
Masyarakat Melayu - kumpulan pengundi terbesar di Selangor dan Malaysia - yang juga beragama Islam, kedua-dua Umno (BN) dan PAS (PR) dilihat berusaha bersungguh-sungguh untuk memancing undi mereka menjelang Pilihan Raya 2013.
Ahad lepas, Dr Mahathir berkata Selangor perlu diselamatkan daripada PR dengan menegaskan Melayu dan Bumiputera dalam negeri tersebut mendapat faedah lebih baik semasa BN memegang tampuk kuasa.
“Sekiranya pembangkang menang dan tadbir Selangor percayalah kedudukan orang Melayu dan bumiputera akan diketepikan. Sebab itu kita harus bertindak segera untuk yakinkan rakyat di Selangor supaya jatuhkan kerajaan pembangkang dan gantikannya dengan kerajaan BN yang dipimpin oleh Umno.
“Akan sia-sialah pengorbanan kita kalau Selangor tidak diselamatkan,” katanya ketika penutup konvoi ‘Selamatkan Selangor’ anjuran Perkasa Selangor di sini hari ini.
Dr Mahathir juga berkata kelemahan dua parti Melayu dalam pembangkang mengakibatkan kaum lain tidak menghormati mereka dan berhadapan risiko dengan kehilangan hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera jika membiarkannya terus berlalu.
“Kita juga ingin tegaskan bahawa bahasa Melayu dan agama Islam ialah bahasa dan agama rasmi negara kita jadi mereka harus hormati hak kita sepertimana kita hormati hak mereka.
“Tetapi disebabkan kepimpinan Melayu dalam pakatan (pembangkang) amat lemah mereka sering ikut sahaja rakan mereka termasuk bila desak kalimah Allah boleh digunakan (dalam Bible) maka (Presiden PAS Datuk Seri) Abdul Hadi Awang pun tandatangan beri hak itu kepada mereka.
“Bila mereka cadang nak lucut hak istimewa orang Melayu, pembangkang yang kononnya dianggotai dua parti pimpinan Melayu sanggup ikut apa sahaja yang dituntut. Kalau kita tak berjaga-jaga kita akan hilang sama sekali hak kita di bumi kita sendiri dan segala usaha untuk bangunkan orang Melayu dan bumiputera akan dihapuskan oleh mereka (pembangkang),” katanya lagi.
Seterusnya >>>

Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) hanyalah alat Umno

Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) diketuai Hamidzun Khairuddin yang kononnya menentang salah guna kuasa dan wang rakyat sebenarnya ditubuhkan untuk menimbulkan persepsi negatif rakyat Selangor terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR).
Mana perginya GAPS apabila Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar yang didakwa ada kepentingan dalam perniagaan kolam udang dan pemilikan tanah yang luas di Tanjung Karang.
Hamidzun sepatutnya lebih teruja dengan RM40 juta Amangate yang dikatakan sumbangan dermawan kepada UMNO dan menuntut UMNO menjelaskan isu itu.
GAPS hanyalah alat UMNO untuk menjalankan kerja-kerja kotor dengan tujuan mencemarkan imej pemimpin Pakatan Rakyat dengan tohmahan jahat. Mungkin Hamidzun telah menerima budaya UMNO yang menagih duit dari tauke-tauke kaya untuk kepentingan diri dan parti. Hamidzun jangan samakan budaya kotor UMNO dengan budaya politik baharu yang dibawa KEADILAN.
Dalam isu bas yang dibangkitkan Hamidzun, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menyatakan dengan jelas bahawa beliau menggunakan wangnya untuk membayar kos sewa beli bas yang digunakan pemimpin KEADILAN dalam siri Jelajah Rakyat ke seluruh negara.
Dalam sidang media sempena Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Selangor pada 1 Ramadan lalu, Menteri Besar secara terbuka memberitahu kepada media bahawa kos sewa beli bas ini sedikit pun tidak menggunakan wang rakyat atau wang kerajaan negeri.
Menteri Besar juga mengakui bahawa bas dua tingkat yang diubahsuai ini akan digunakan oleh pemimpin KEADILAN untuk berkempen ke seluruh negara.
Ini membuktikan bahawa sejak dari awal lagi Tan Sri Abdul Khalid tidak menyembunyikan perkara ini,malah mengambil sikap terbuka dan telus. Jika Hamidzun meragui perkara ini, beliau sepatutnya memberikan bukti kukuh bukannya membuat tuduhan sewenang-wenangnya.
Hamidzun tidak sepatutnya mempertikaikan kemampuan kewangan orang lain. Sekiranya beliau tidak berkemampuan memiliki sebuah bas, tidak bermakna Hamidzun boleh membuat tohmahan sesuka hati terhadap orang lain yang lebih berkemampuan berbanding beliau.
Adakah Hamidzun iri hati atau sakit hati dengan kemampuan orang lain? Hanya Hamidzun mampu menjawab persoalan ini.
Hamidzun tidak perlu mereka-reka isu yang tiada hujung pangkalnya semata-mata cuba mengalih pandangan orang terhadap beliau yang didakwa ada kaitan dengan kes pecah amanah ketika menjadi peguam panel Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Biarpun Tan Sri Abdul Khalid mengamalkan sikap terbuka kepada siasatan oleh pihak berkuasa tetapi kesabaran beliau juga ada hadnya. Beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya Hamidzun berterusan menjaja fitnah di media tanpa memberikan sebarang bukti.
Malah, pihak media juga sepatutnya berasa bimbang dan berfikir banyak kali sebelum menyiarkan dakwaan Hamidzun jika dakwaan itu tidak disertakan dengan bukti-bukti.
Tan Sri Abdul Abdul Khalid sebelum ini pernah dilemparkan pelbagai tuduhan tetapi selepas disiasat pihak berkuasa, ternyata ia tidak benar. Malah, seorang individu pernah diarah membuat kenyataan mohon maaf di media kerana membuat fitnah. Kejadian ini diharap boleh menjadi pengajaran kepada Hamidzun.

Faekah Husin
Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor
Seterusnya >>>

Noh patut desak Muhyidin letak jawatan

SHAH ALAM: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar  sepatutnya mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan sekiranya rundingan penstrukturan air  di Negeri Selangor gagal diselesaikan selewat-lewatnya September ini.

Ini kerana, Timbalan Perdana Menteri adalah Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Isu-isu Air di Selangor dan jawatankuasa tersebut  baru-baru ini membenarkan penstrukturan air diteruskan oleh Kerajaan Selangor dengan syarat perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA).

Sehubungan itu, Kerajaan Selangor telah menubuhkan Jawatankuasa Khas yang diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Khusrin Munawi untuk menyelesaikan pengambilalihan ini selewat-lewatnya September ini.

Demikian kata Setiausaha Politik MB Selangor, Faekah Husein dalam kenyataan medianya hari ini.

Menurut beliau, proses ini perlu dilakukan dengan berhati-hati oleh mereka yang pakar sahaja.

Noh tiada pengalaman dalam sektor korporat jadi sudah tentu beliau tidak tahu proses ‘step-in’ atau pengambilalihan konsesi.

"Mungkin Noh ingat proses ini dilakukan sama seperti ambil alih kolam ternak udang," sindir beliau merujuk kepada pemilikan tanah projek kolam udang oleh Noh.

Katanya, kerajaan Selangor khususnya Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mematuhi garis panduan WSIA sejak penstrukturan semula ini dicadangkan bagi membolehkan air dikembalikan kepada kerajaan negeri sekali gus menjaga kepentingan rakyat dari kenaikan tariff air tidak munasabah yang dicadangkan pemegang konsesi.

Ini termasuk mengadakan beberapa siri rundingan dengan syarikat konsesi dan rundingan terakhir, Kerajaan Selangor menawarkan pampasan RM9.3 billion atau keuntungan keuntungan 25 peratus kepada syarikat konsesi.

Untung 75%

Namun, katanya, Puncak Niaga dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) yang dimiliki kroni UMNO, Tan Sri Rozali Ismail menolak tawaran ini dan menuntut pampasan yang memberi keuntungan sehingga 75%.

Rundingan dengan syarikat konsesi ini, tambah beliau, juga tidak mendapat sokongan daripada Kerajaan Pusat kerana mereka lebih berminat menyelamatkan syarikat konsesi yakni kroni UMNO berbanding kepentingan rakyat.

Justeru, kenyataan Muhyiddin yang membenarkan penstrukturan diteruskan itu menandakan bahawa Kerajaan Pusat bersetuju dengan rancangan Kerajaan Selangor mengambilalih syarikat konsesi.

"Sekiranya penstrukturan ini diselesaikan September ini, bermakna  Muhyiddin telah gagal menjalankan tugasnya sebagai Pengerusi jawatankuasa itu.

"Maka Noh yang tiada mengena dan tiada pengetahuan mendalam dalam isu air perlu mendesak Muhyiddin meletak jawatan bukan Menteri Besar," katanya.

"Kita tidak menolak kemungkinan Noh sebenarnya mahu mengenakan Muhyiddin dalam isu air ini sebagaimana beliau meletakkan sepenuhnya kesalahan penyelewengan projek NFC ke bahu Muhyiddin," tambah Faekah.

Sebagai menteri penuh, Noh sepatutnya memajukan industri pertanian dan membela nasib petani seluruh negara yang masih jauh ketinggalan berbanding Thailand, Indonesia malah Vietnam pun semakin meninggalkan negara ini.

Bagi Faekah, sejak beliau memegang portfolio itu, Noh tidak memberi apa-apa sumbangan dalam bidang pertanian.

Sebaliknya beliau yang membuat untung dengan melibatkan diri dalam penternakan udang sehingga menjejaskan pendapatan nelayan.

"Kita nasihatkan Noh supaya tumpukan perhatian kepada isu-isu pertanian dan penternakan serta selesaikan isu kolam udang dan pemilikan tanah 30 ekar di Kuala Selangor. Isu air di Selangor, biarkan mereka yang pakar dan berpengetahuan selesaikan," sindirnya.
.
Seterusnya >>>

Khir Toyo: Jangan hina penjawat awam lagi

SHAH ALAM: Dakwaan Dr Khir Toyo bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkuasa sepenuhnya meluluskan kontrak menggunakan dana Geran Selangorku demi memperkukuh kedudukan politik diSelangor merupakan tuduhan jahat melampau.

Demikian kata Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin ketika menjawab tuduhan Khir kononnya projek Geran Selangorku membelakangkan Pegawai Kewangan Negeri.

Menurut Faekah, Dr Khir sepatutnya berasa malu kepada rakyat Selangor kerana kegagalan beliau mengutip hutang yang dimilikirakyat Selangor.

Kata beliau, Geran Selangorku adalah hasil kebijaksanaan kerajaan Pakatan Rakyat mengutip hutang lapuk yang sengaja dilupakan Dr Khir semasa pemerintahannya atas sebab-sebab yang beliau dan seluruh kepimpinannya sahaja yang maklum.

"Setelah kita berjaya mengutiphutang tersebut dan mahu mengembalikan kembali kepada rakyat Selangor melalui Geran Selangorku, sekonyong-konyong Dr Khir mahu mengambil bahagian," katanya.

Malangnya Dr Khir terlupa membuat kajian tentang prosedur sebenar penggunaan dana Geran Selangorku yang berjumlah RM300 juta ini, tambah beliau.

Mengkritik sekadar mahu menunjukkan beliau masih lagi pemikir utama Umno Selangor.

"Apa-apapun, kita tidak hairan Dr Khir boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana kita maklum pengalaman cetek beliau di dalam pentadbiran," jelasnya.

Beliau dilantik menjadi Menteri Besar pada penggal pertama dipilih sebagai ADUN. Pastinya beliau tiada pengalaman langsung dalam pentadbiran sama ada di negeri mahupun di peringkat Persekutuan sebelumitu.

Namun, beliau nasihatkan Dr Khir, kekurangan pengalaman tersebut tidak menghalalkan beliau membuat kenyataan bodoh dan berniat jahat.

Kata Faekah, untuk pengetahuan Dr Khir geran ini tidak termasuk dalam perbendaharaan negeri. Justeru, penggunaannya tidak memerlukan kelulusan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.

Perkara yang sama dilakukan di peringkat Kerajaan Persekutuan di mana terdapat peruntukan yang dikelola terus dari Jabatan Perdana Menteri di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (Implementation Coordination Unit - ICU) dan tidak melalui KSN mahupun Perbendaharaan.

Di bawah projek ICU, semua permohonan cadangan dari ADUN dikemukakan kepada Pegawai Pembangunan Negeri (PPN ) untuk dipanjangkan kepada ICU.

Senarai projek dibincang bersama diantara pegawai ICU dan PPN dan keputusan dilakukan oleh pegawai ICU. Senarai projek yang telah diluluskan dipanjangkan semula kepada PPN untuk dikemukakan ke Pejabat Daerah berserta waran pelaksanaan.

Geran Selangorku pula diterajui oleh Jawatankuasa Pemandu yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor.

Jawatankuasa ini dianggotai oleh Ketua Pentadbir Perbadanan Menteri Besar (MBI), Jurutera dan Jurunilai dari Jabatan Kerja Raya, Pegawai Unit Perancang Ekonomi Negeri, akauntan dan jurutera bebas serta pegawai-pegawai dari Pejabat Menteri Besar.

Kesemua projek yang dikemukakan kepada Jawatankuasa ini diunjurkan oleh ADUN, Pejabat Tanah dan Daerah (PTD),Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

PBT dan PTD diberi tanggung jawab mengeluarkan tender terbuka. Melalui Geran ini juga Kerajaan Negeri telah berusaha menghidupkan semula Geng Jalan (Road Gang) di PBT bagi melaksanakan projek yang mudah dengan cepat seperti penurapan semula jalan-jalan.

Road Gang di PBT ini telah lama mati apabila kerajaan BN menswastakan semua projek pembaikan jalan.

Tidak seperti projek ICU, di bawah Geran Selangorku kelulusan projek dan sebut harga dilakukan oleh Jawatankuasa Pemandu yang tidak ada kepentingan.

Manakala pemberian kontrak pula dibuat olehPBT/PTD masing-masing dan pelaksanaan projek diaudit oleh badan bebas termasuk JKR sebelum bayaran boleh dibuat oleh MBI.

Tidak ada satu projek infrastruktur yang ditentukan oleh Menteri Besar sebaliknya diluluskan oleh Jawatankuasa yangdianggotai pegawai tinggi kerajaan.

"Adakah Dr Khir mahu menidakkan keupayaandan kepakaran pegawai kerajaan dalam membuat keputusan tentang keutamaan projek?" tanya Faekah.

Nampaknya beliau masih tidak insaf dengan penghinaan yang beliau lakukan dengan memberi hadiah penyapu kepada pegawai kerajaan dansekarang mahu mengulanginya dengan tuduhan melulu.

Bagi Faekah, lebih baik Dr Khir tutup mulut kerana beliau hanya akan membuka pekung di dada. Segala kesilapan dan kelemahan sepanjang dua penggal menjadi Menteri Besar akan habis terburai.

Kerana beliaulah, ratusan juta hutang syarikat pemaju kepada kerajaan negeri tidak dikutip dan ribuan ekar tanah di Bestari Jaya, Bukit Beruntung dan Bukit Jalil jatuh ke tangan pemaju dan tauke-tauke kaya.

"Kita faham ramai yang dengki dengan Geran Selangorku diurus secara telus dan teratur, sekali gus menutup ruangmana-mana pihak mengaut keuntungan atas angin sebagai orang tengah. Setiapprojek diberikan terus kepada kontraktor tanpa perlu ada pelobi," dakwanya.

Ini berbeza dengan zaman Dr Khirapabila projek-projek diberikan secara terus kepada kaum keluarga, biras, iparduai, suku sakat dan kroni.

Prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban langsungtiada, yang ada hanyalah prinsip mengkayakan diri, keluarga dan saudara mara. Amalan hina ini telah berkubur bersama terkuburnya pemerintahan UMNO pada 2008.
.
Seterusnya >>>

Air Selangor buat kroni Umno kenyang


PETALING JAYA: Kenyataan seorang pemimpin Umno Selangor bahawa jika Barisan Nasional (BN) berjaya menawan semula negeri itu maka masalah air akan diselesaikan adalah muslihatnya untuk memberi ’makan’ kepada kroni dan dirinya sendiri. Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Faekah Husin berkata, kenyataan ini merupakan amaran awal BN akan meneruskan projek pembinaan loji Langat 2.
Beliau merujuk kepada kenyataan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor dan juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berhubung masalah bekalan air yang bakal dihadapi negeri itu menjelang tahun 2014.
“Rakyat akan tahu bahawa projek ini sebenarnya untuk kepentingan kroni dan Umno malah Noh sendiri, bukannya untuk kesenangan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.
Beliau menegaskan, “jika Noh gagal memahami isu ini, kita tidak hairan bagaimana kementerian beliau gagal menangani isu penyelewengan dana NFC (National Feedlot Corporation) yang memalukan seluruh menteri kabinet.
“Kita telah tegaskan masalah air di Selangor berpunca dari pengurusan yang lemah dan pengetahuan yang cetek.  Disebabkan kelemahan-kelemahan ini, rakyat terpaksa menanggung kos pembinaan Langat 2 yang sangat mahal.
‘Sedia payung sebelum hujan’ Jika ini berlaku katanya, tiada guna rakyat menyesal kerana nasi sudah menjadi bubur. Adalah lebih baik rakyat ‘menyediakan payung sebelum hujan’ dengan menolak Umno-BN yang jelas hanya berjuang untuk menambah kekayaan keluarga dan kroni.
“Kos RM12 bilion untuk membina Langat 2 mungkin ditanggung rakyat Selangor hingga ke cucu cicit dengan kenaikan tarif air yang melampau dan membebankan,” tegas beliau.
Faekah menempelak cabaran Noh menyarankan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya minum air empangan sebagai benar-benar kurang bijak yang hanya menggambarkan betapa ceteknya akal beliau.
“Air empangan hanya selamat diminum selepas dirawat di loji pembersihan. Di negara-negara maju, air paip selamat diminum terus dari paip tetapi di Selangor sebaliknya berlaku.
“Pengguna terpaksa mengeluarkan lagi perbelanjaan untuk membeli penapis air kerana air berkeladak dan berbau klorin.
Ujar beliau, “inilah hasilnya apabila pengurusan air diberikan kepada syarikat kroni yang tidak mengutamakan kualiti tetapi mengejar keuntungan semata-mata untuk menambah kekayaan kroni dan keluarga.
“Oleh sebab itu, kerajaan negeri akan membina loji pembersihan sendiri tanpa perlu menebuk Banjaran Tiiwangsa yang kosnya dianggarkan RM12 billion.
Seterusnya >>>

Pilihan raya berasingan kerana kelemahan SPR


PETALING JAYA: Kerajaan negeri Selangor membayangkan kemungkinan mengadakan pilihan raya negeri yang berasingan ekoran kegagalan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) membersihkan senarai daftar pemilih yang meningkat secara mendadak di negeri itu.
Setiausaha Politik Menteri Besar negeri itu, Faekah Husin berkata, hak mengadakan pilihan raya umum (PRU) bersama atau berasingan adalah terletak sepenuhnya pada kerajaan negeri.
“SPR tidak boleh menggunakan alasan belanja RM30 juta untuk menyekat hak tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau menegaskan mereka harus sedar tindakan mengadakan pilihan raya berasingan adalah akibat dari kegagalan SPR membersihkan dan mengambil langkah berkesan sebagaimana unjuran Bersih 2.0.
“Jika kita mahu berbicara soal wang rakyat, bagaimana pula dengan RM250 juta wang rakyat yang disalahguna NFC (National Feedlot Corporation) dan RM589 juta hutang (bekas pengerusi MAS) Tan Sri Tajuddin Ramli yang dilupuskan oleh kerajaan?
“Bagaimana pula dengan urusniaga penjualan Lebuh Raya MEX? Adakah geran kerajaan yakni duit rakyat yang diberikan kepada Maju Holdings berjumlah lebih RM900 juta telah dikembalikan? Bukankah ini semua melibatkan pembaziran wang rakyat?,” soal beliau.

‘Seperti lembu dicucuk hidung’


Isu pilihan raya berasingan katanya, tidak akan timbul sekiranya SPR bersungguh-sungguh membersihkan senarai daftar pemilih yang meningkat mendadak.
“Walaupun telah banyak bukti yang dikemukakan namun SPR masih gagal bertindak sewajarnya sebaliknya memberikan alasan yang pelik dan tidak munasabah.
Ujar beliau, “kita mahu SPR melaksanakan tanggungjawab secara bebas dan jangan mengikut telunjuk Barisan Nasional (BN) atau mana -mana parti politik seperti lembu dicucuk hidung.
“Kita amat kecewa apabila SPR tanpa berselindung menunjukkan sokongan kepada BN. Jika ada pegawai tertinggi SPR mahu berpolitik, sila letak jawatan dan bertanding sebagai calon BN.
“Kita mendesak SPR berhenti menjadi jurucakap BN. Jika SPR mahu dihormati seluruh masyarakat Malaysia, laksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan jujur kerana setiap perbuatan kita pasti akan mendapat balasan dariNYA,” tambahnya.
Seterusnya >>>

Khir Toyo, tak tahu tanya! Jangan bodoh sombong!

Tindakan Khir Toyo yang menuduh Khalid berbohong benar-benar tidak melambangkan sifat seorang mantan Menteri Besar.  Beliau yang mengulas berkenaan pelaksanaan Geran Selangorku kononnya beliau hairan mengapa geran digunakan untuk projek infrastruktur bukan bantuan kepada peniaga kecil.

Khir Toyo (gambar kanan) sepatutnya menjadi orang terakhir yang boleh komen pasal Geran Selangorku.  Dua sebab saya katakan sedemikian;

1. Geran Selangorku adalah wang yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat hasil dari kutipan hutang yang gagal beliau kutip semasa pentadbirannya.  Hutang Talam yang kesemuanya lebih 400 juta berjaya dikutip kerajaan hari ini melalui pembayaran tunai dan perolehan aset.  Wang itu jugalah yang kita salurkan semula kepada rakyat melalui 17 program utama.  Kegagalan Khir yang dengan sengaja tidak mengutip hutang tersebut sepatutnya menjadikan beliau malu untuk menyebut apa-apa yang berkenaan Geran ini, apatah lagi mencela pelaksanaannya.

2. Sebab kedua ialah kerana Khir gagal menghadirkan diri semasa Dewan bersidang.  Malah upacara pembukaan Dewan oleh DYMM Tuanku juga sanggup dikesampingkannya.  Khir Toyo tidak ubah umpama orang buta takutkan tongkat.  Lebih tepat lagi, bodoh sombong.  Lain kali elok bertanya jika rasa ragu bukan sekonyong-konyong menuduh orang lain menipu.  Sikap Khir yang suka ponteng Dewan, menjadikannya begitu naif dengan program-program yang berada dalam ruang lingkup Geran Selangorku.Sepanjang yang saya lihat hanya separuh hari sahaja Khir datang ke Dewan itupun bagi menutup malu kerana ditempelak ADUN Sekinchan beliau memohon cuti sakit tetapi aktif mengeluarkan kenyataan di blog; laman sosialnya.  Meskipun hebat di dalam Blog namun semasa hadir selama separuh hari tersebut, tidak ada satu patah perkataan pun yang dikeluarkannya di dalam Dewan, jauh sekali untuk berbahas ataupun memberi pandangan bernas.  Malang sekali rakyat Sungai Panjang bila ADUNnya hanya mampu bermonolog di blog.

Untuk pengetahuan Khir, infrastruktur adalah sebahagian dari program Geran Selangorku dan hanya melibatkan 50 juta, selebihnya adalah untuk belia, wanita termasuklah program keusahawanan.  Kalau Khir boleh memaparkan carta geran, ini bermakna Khir boleh mendapat maklumat tepat tentang Geran.  Nampaknya Khir sengaja menulis di blog sekadar untuk mengadu domba dan berniat jahat.

Geran Selangorku mempunyai Jawatan Kuasa Pemandu yang terdiri daripada pegawai kerajaan dan golongan professional termasuk Timbalan Pengarah JKR, Jurutera JKR dan QS JKR.  Mengatakan ianya diterajui pegawai MB memang tersimpang sekali.  Apatah lagi, Menteri Besar langsung tidak terlibat di dalam pemilihan projek mahupun pemilihan kontraktor.  Perlaksanaan geran ini pula dikendalikan oleh Pejabat Tanah Dan Daerah dan PBT yang menjalankan proses tender.  Tidak ada satupun projek yang dilakukan secara runding terus.  Sekali lagi Khir cuba memperlekeh kewibawaan pegawai kerajaan yang cuba menjalankan tugas dengan telus.

Nampaknya Khir sukar mempercayainya dan begitu janggal sekali.  Masakan tidak, semasa pentadbirannya ratusan juta projek dilaksanakan secara runding terus dan lebih hebat lagi projek diberikan kepada pemaju dan kontraktor yang sama.  Inilah yang dikatakan orang, jika seseorang itu biasa mencuri, maka dia selalu menyangka orang lain juga akan mencuri sepertinya.

Khir juga sanggup berbohong apabila berkata semasa menjadi MB, tiada projek kerajaan yang tidak melibatkan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan.  Baru 4 tahun tidak menjadi MB, beliau lupa bahawa projek di bawah ICU langsung tiada jawatankuasa.  Semua projek dilaksana setelah mendapat unjuran dari ADUN melalui Pengarah Pembangunan Negeri untuk disampaikan kepada ICU untuk dipilih dan pengeluaran waran peruntukan.  Ianya langsung tidak melibatkan Pegawai Kewangan mahupun Setiausaha Kerajaan Negeri.

Kerajaan Selangor terpaksa menyediakan Geran untuk infra kerana setelah PR mengambil alih negeri, banyak peruntukan untuk infra tidak disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan.  Malah tuntutan Jabatan Pengairandan Saliran (JPS) bagi Rancangan Malaysia Ke-10, sejumlah 1 bilion juga tidak diutamakan.  Apabila banjir berlaku semua pemimpin UMNO-BN Selangor bertempik kononnya pegawai kerajaan tidak cekap mengawal banjir.  Bagaimana JPS mahu melaksanakan tugas mereka dengan berkesan jika wang peruntukan penyelenggaraan sungai dan tebatan banjir tidak disalurkan.

Butiran Geran Selangorku telah dibentang pada EXCO dan semua data diberikan kepada ADUN semasa Dewan.  Hanya ADUN yang benar-benar prihatin kepada kebajikan rakyat akan ambil pusing perkara ini.  Bagi ADUN yang suka ponteng, pasti tiada maklumat.  Barang pasti golongan ini akan malu bertanya tetapi mahu menunjuk pandai.  Golongan inilah yang dikatakan sebagai bodoh sombong, umpama si buta bencikan tongkat.
Seterusnya >>>

Najib: Telunjuk lurus kelingking berkait


SHAH ALAM, 27 Mac: Tuduhan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di Selangor menipu rakyat kerana gagal menunaikan janji pilihan raya dibuat tanpa kajian, penuh emosi dan berniat jahat.

"Berdasarkan kajian kita lakukan, rakyat tidak terlalu menekankan pada janji berupa habuan wang ringgit tetapi lebih kepada tuntutan untuk sebuah pentadbiran yang telus, efisien, bertanggungjawab dan melaksanakan amanah rakyat dengan jujur," kata Faekah Husin, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor.

Bagi beliau, Perdana Menteri usah buat-buat lupa pada pilihan raya umum 2008, UMNO-Barisan Nasional juga banyak menabur janji kepada rakyat yang sehingga kini belum dilaksana malah belum ada tanda-tanda janji-janji ini akan dilaksanakan.
Program transformasi yang dijanjikan beliau kini jauh dari mencapai sasaran, tambahnya.

"Perbuatan Najib ini seumpama telunjuk lurus kelingking berkait-hipokrit dan penuh kepura-puraan," dakwa Faekah dalam kenyataannya.

Rakyat di Negara ini, katanya, terutama negeri maju seperti Selangor memahami bukan semua janji berupa imbuhan seperti penurunan cukai pintu dapat dilaksanakan dengan serta merta.

Rakyat faham semuanya bergantung kepada hasil negeri dan kutipan cukai.

Namun apa yang dituntut rakyat tanpa kompromi ialah sebuah kerajaan negeri yang ditadbir dengan baik dengan pemimpin yang tidak merompak harta rakyat untuk kesenangan diri dan kroni.

Manakala sebuah kerajaan yang menipu rakyat ialah apabila pemimpin-pemimpinnya tidak jujur.

Menyeru rakyat berjimat namun mereka sendiri bermewah dan berparti ratusan ringgit tanpa rasa belas terhadap rakyat yang terpaksa berhempas pulas untuk meneruskan hidup.

Bagi Faekah, sebuah kerajaan yang menipu ialah apabila pemimpinnya salah guna wang rakyat seperti dana Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) sebanyak RM250 juta.

Menipu wang rakyat ialah apabila pemimpin mendapat komisen lebih RM500 juta hasil pembelian kapal selam scorpene.

Menipu wang rakyat ialah apabila pemimpin memutuskan untuk melupuskan hutang kroni terhadap kerajaan, mengutamakan keuntungan kroni berbanding kebajikan rakyat dalam pemberian kontrak kepada Puncak Niaga.

Menipu rakyat juga ialah apabila pemimpin berpura-pura menjaga harta Bumiputera tetapi secara senyap, sanggup menjual tanah kuota Bumiputera kepada bukan Bumiputera, tegas beliau.

Katanya, rakyat Selangor ingin mengingatkan Najib, pemimpin-pemimpin beginilah yang sebenarnya menipu rakyat.
Justeru, katanya, rakyat Selangor tidak lagi percaya dengan Najib dan pemimpin UMNO-BN sebab pada sepanjang pemerintahan mereka di Selangor, watak-watak pemimpin hipokrit sebegitulah yang berjaya dipamerkan oleh mereka.
Seterusnya >>>

Kenapa Noh saman kalau nak rampas Selangor


SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor sedia berhadapan dang saman RM10 juta oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berhubung artikel dalam akhbar rasmi Selangor Kini yang didakwa memfitnah dirinya.

Setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin berkata, dengan saman itu juga kerajaan negeri akan membuat pendedahan lanjut di mahkamah.

"Saya melihat ini tindakan yang tepat kerana ia dibawa ke mahkamah dan kita akan terus membuat pendedahan selebihnya di mahkamah nanti," jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima notis saman itu di sini hari ini.

Dalam saman itu, Noh menamakan Mohd Ezli Mashut sebagai defenden pertama, Arfa'eza Abdul Aziz kedua, Najib Hashim ketiga, Risudah Salim keempat dan Faekah Husin sebagai defenden kelima.

Manakala Angkatan Edaran Enterprise dan Kerajaan Negeri Selangor masing-masing dinamakan sebagai defenden keenam dan ketujuh.

Saman tersebut dikeluarkan berhubung artikel akhbar Selangor Kini bertarikh 25 November hingga 2 Disember itu telah menyiarkan artikel bertajuk ‘Pesawah tuntut Noh Omar letak jawatan’, ‘Noh Omar khianat petani’ dan ‘Noh Omar lesap RM110 juta dan khianati petani’ yang disifatkan beliau sebagai fitnah dan menjatuhkan kredibilitinya sebagai Adun.

Saman tesebut telah difailkan melalui Tetuan Hafarizan Wan & Aisha Mubarak.

Mengulas lanjut, Faekah berkata, tindakan Noh menamakan Kerajaan Selangor sebagai salah satu defenden dalam saman itu, bercanggah dengan hasrat BN khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk merampas negeri itu.

Ini kerana, jika Noh mahu menawan Selangor bermakna beliau sedang menyaman kerajaan negeri dia mahu kuasai nanti.

"Jika saya ingin merampas balik Selangor sudah pasti saya tidak akan menyaman kerajaan negeri, tetapi tidak kepada Noh kerana beliau meletakkan kerajaan negeri sebagai defenden ketujuh dalam saman tersebut.

"Saman ini akan kita telitikan dan dalam masa yang sama kita akan memutuskan siapa peguam yang bertindak mewakili kerajaan negeri nanti," katanya.
Seterusnya >>>

Khir Toyo Tinggalkan Beban Besar Di Selangor

SHAH ALAM,7 FEB : Kenyataan bekas Menteri Besar, Dr Khir Koyo bahawa beliau tidak terlibat dalam penyerahan konsesi air kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) membuktikan beliau sebenarnya tidak layak dan gagal selaku Menteri Besar Selangor.
Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar,Faekah Husin,sebagai bekas pemimpin nombor satu di Negeri Selangor, Khir sepatutnya mengambil tanggungjawab penuh atas kegagalan Syabas menguruskan perkhidmatan pembekalan air dengan baik seperti yang dipersetujui dalam perjanjian bersama.
"Sesungguhnya Tun Dr Mahathir Mohamad yang memilih Khir turut bertanggungjawab di atas kegagalan ini. Sungguh memeranjatkan apabila seorang pemimpin yang diberi tanggungjawab menjaga kepentingan rakyat tiba-tiba menuding jari ke arah orang lain bagi melepaskan dirinya yang kini dianggap sebagai kera sumbang oleh partinya sendiri," tegas Faekah dalam kenyataan medianya.
Menurut Faekah, Khir sepatutnya mengambil tanggungjawab penuh atas kegagalan Syabas menguruskan perkhidmatan pembekalan air dengan baik seperti yang dipersetujui dalam perjanjian bersama.
Khir terlupa perjanjian yang ditandatangani pada 2004 adalah perjanjian tiga pihak dan Kerajaan Negeri turut terlibat dalam perjanjian tersebut bersama Kerajaan Pusat dan Puncak Niaga selaku syarikat induk kepada Syabas.
Khir juga tidak boleh menafikan hakikat bahawa Puncak Niaga mempunyai kaitan rapat dengan Umno; Tan sri Rozali Ismail yang merupakan Bendahari Umno Selangor ketika itu.
"Syabas gagal mematuhi terma-terma perjanjian khususnya dalam meningkatkan mutu perkhidmatan bekalan air bersih kepada pengguna di Lembah Klang termasuk gagal mengurangkan peratusan air tidak berhasil (NRW) tetapi Kerajaan Negeri ketika itu di bawah pimpinan Khir, gagal bertindak sewajarnya," katanya.

Tambah Faekah, di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN), masalah-masalah perkhidmatan air yang gagal ditangani Syabas amat jarang sekali diberi tumpuan biarpun rungutan serta aduan pengguna diterima setiap hari tetapi tidak endahkan hanya kerana Syabas adalah syarikat kroni Umno.
Hal ini membuktikan kegagalan penswastaan; meskipun penswastaan asalnya untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat dengan sedikit tanggungan kepada kerajaan negeri namun apabila penswastaan dikhianati dengan memberi kontrak kepada kroni dan syarikat yang tiada kepakaran maka inilah akibatnya. Rakyat terpaksa menanggung beban yang tinggi.
Khir tidak perlu berlagak naïf kerana di bawah pentadbirannya, memberi kontrak kepada syarikat-syarikat kroni telah menjadi budaya dan kemestian; matlamatnya satu- untuk mengkayakan kaum kerabat dan sahabat handai bagi kesinambungan parti kononnya.
Khir tidak boleh menafikan, ketika zamannya sebagai Menteri Besar beliau telah memberikan kontrak-kontrak kepada syarikat yang berkait rapat dengan dirinya antaranya syarikat Lebar Daun Sdn Bhd (Lebar Daun); syarikat pembangunan hartanah yang kaya raya hasil pemberian kontrak secara terus, perjanjian usahasama dengan syarikat kerajaan negeri yang berat sebelah serta penganugerahan tanah berlokasi strategik.
Kontrak pembinaan asrama Universiti Selangor (Unisel) di Bestari Jaya adalah contoh nyata hinggakan Unisel berhutang ratusan juta yang terpaksa ditanggung kerajaan hari ini. Lebih malang lagi, sehingga hari ini asrama tersebut masih mempunyai kecacatan akibat dari mutu binaan yang jelek dan tidak mengikut spesifikasi selamat.
Malahan banyak projek perumahan kos rendah terbengkalai kerana syarikat yang mendapat kontrak ini gagal menyiapkan projek dan telah menghilangkan diri.
"Atas nama pembangunan banyak tanah peneroka diserahkan kepada syarikat yang kebanyakannya adalah milik kroni Umno dan BN sedangkan hakikatnya tiada pengalaman dalam projek pembinaan.
Akibatnya tanah-tanah tersebut tergadai kepada bank. Bukan sahaja peneroka kehilangan tanah, malah pembeli juga terpaksa menanggung hutang dan ramai di antara mereka telah diistiharkan muflis," ujar Faekah.
Faekah turut menjelaskan,beberapa projek sekadar contoh termasuklah projek Alam Perdana di Kuala Selangor, projek Bukit Botak di Selayang, Kampung Berembang di Ampang dan projek perumahan di PJS1 yang kesemuanya berjaya diselesaikan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.
Rakyat jugs masih menunggu apakah kesudahan kes Khir Toyo menggunakan dana Kerajaan Negeri untuk bercuti bersama keluarga termasuk orang gaji ke Disneyland yang masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Mungkin menjadi amalan di dalam UMNO, tindakan hanya dikenakan ke atas seteru politik dan tindakan Khir menganggkat tangan adalah sebagai tanda tidak akan melawan lagi, namun bagi pembayar cukai dan seluruh rakyat Selangor , Khir harus bertanggungjawab ke atas dosanya yang mengkhianati amanah yang diberikan," ujar Faekah.
Seterusnya >>>

NFC: Noh Omar Gagal Jelas Dakwaan Salah Guna Dana

SHAH ALAM : Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar diseru melupakan cita-cita menjadi jaguh di Selangor ataupun terpilih semula di dalam PRU13 kerana bimbang negara ini bakal menjadi kucar-kacir seperti yang berlaku terhadap projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang melibatkan dana RM250 juta.
Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata beliau kecewa apabila Noh Omar gagal untuk mempamerkan kredibiliti dan integriti beliau sebagai pemimpin yang baik untuk menjelaskan sebaliknya telah membongkar betapa dangkalnya pemahaman beliau selaku menteri yang dipertanggungjawabkan terhadap isu mega tersebut.
Beliau menggunakan alasan-alasan teknikal untuk mengatakan projek RM250juta NFC ini tidak gagal - meskipun begitu beliau tidak berani pula untuk mengatakan ianya berjaya, memadai dengan "tidak gagal".

"Sebagai Menteri, mustahil beliau tidak memahami isu sebenar NFC. Kalau pakcik-pakcik tua di kedai-kedai kopi pun faham isu pengkhianatan wang rakyat ini masakan Noh Omar selaku menteri tega buat-buat bodoh dengan menyimpang dari isu sebenar.
Hujah yang beliau bangkitkan gagal menjawab isu pokok iaitu salah guna dana dan pertanggungjawaban dalam menggunakan dana RM250 juta menggunakan wang
rakyat untuk projek ini," kata Faekah dalam kenyataan medianya.

Menurut Faekah, Jika Noh mahukan publisiti dengan menjawab isu berkaitan NFC ini selaku Menteri, beliau seharusnya menjelaskan secara terperinci siapakah dan untuk apakah harta mewah itu dibeli.
"Apakah relevan pembelian kereta Mercedez Benz menggunakan dana NFC dan apa kaitannya pembayaran bil-bil untuk ahli keluarga seorang Menteri menggunakan dana NFC ?
"Jika Noh mahu bermain politik selamat, seeloknya Noh berdiam diri sebagaimana yang dilakukan bosnya Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia," ujar Faekah.

Tambah Faekah, rakyat jelas melihat Noh sebagai seorang menteri yang tiada kredibiliti dan integriti.

"Beliau mendabik dada kononnya sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat tetapi membiarkan pembaziran dan salah guna kuasa yang berlaku di bawah portfolio pertaniannya - cakap tak serupa bikin.
"Beliau seolah-olah menghalalkan perkara jahat ini berlaku - kurang berteladan. Beliau tidak mempunyai kekuatan diri untuk secara berani membicarakan isu rasuah dan salah guna kuasa dan seterusnya mengambil langkah-langkah perlu bagi mengatasinya - lemah iltizam," katanya.
Justeru Faekah, mencadangkan agar Noh Omar kembali meminta nasihat daripada Institut Integriti Negara apakah elemen yang perlu ada untuk menyelenggara dana amanah rakyat.
"Lebih elok lagi jika beliau mengambil kursus perjawatan mahupun peperiksaan integriti kelolaan institut tersebut agar tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan matlamat institut tersebut ditubuhkan," tegas Faekah.
Seterusnya >>>

Ibrahim Ali Tak Patut Persenda Keputusan Sultan

SHAH ALAM, 23 JAN : Tindakan kurang bermoral Datuk Ibrahim Ali yang cuba mencampuri urusan pentadbiran Kerajaan Selangor dalam isu pelantikan exco kerajaan negeri baru-baru ini amat tidak wajar kerana mempersenda keputusan baginda Sultan Selangor.
Sebaliknya tindakan tersebut membuktikan beliau adalah seorang ahli politik yang kehabisan modal, kata Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin.
Faekah dalam kenyataan medianya turut menyatakan Ibrahim Ali kini sedang mencuba sedaya upaya untuk menjadikan dirinya masih relevan di arena politik tanahair.
Malah menurut Faekah, beliau juga hairan dengan percubaan Ibrahim Ali untuk melaga-lagakan PAS dengan Kerajaan Selangor sedangkan Ibrahim sebelum ini mempunyai sejarah tersendiri dengan PAS.
"Siapa yang dapat melupakan bagaimana beliau mengkhianati PAS umpama parasit setelah parti itu memberi beliau tiket bertanding pada 2008. Hari ini beliau terhegeh-hegeh pula dengan UMNO sedangkan parti yang bakal tumbang ini pun melihatnya sebagai liabiliti dan tidak mempunyai sebarang kredibiliti.

Kita tidak mempersoal tindakan Ibrahim Ali yang kini begitu akrab dan bersekongkol dengan mantan Exco Agama, Datuk Dr Hasan Ali, namun keceluparan Ibrahim mempertikaikan kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Exco Hal Ehwal Islam merupakan satu penghinaan kepada DYMM Sultan Selangor yang sesungguhnya adalah Ketua Agama Islam di Selangor," tegasnya.
Faekah berkata, keputusan Abdul Khalid memegang portfolio ini dibuat setelah mengadakan perbincangan dan mendapat perkenan DYMM Sultan memandangkan pentadbiran di Selangor mengamalkan amalan konsultasi berterusan dengan pihak istana dalam pelbagai hal.

Tambahnya, tuduhan Ibrahim Ali bahawa pelantikan Abdul Khalid untuk memegang portfolio Hal Ehwal Islam hanya akan menyemarakkan rumah maksiat di Selangor juga disifatkan sebagai amat keterlaluan.
"Kita ingatkan Ibrahim Ali bahawa keutuhan dan kesucian agama Islam di Selangor, pengawalan kegiatan tidak bermoral, termasuk perjudian dan rumah-rumah maksiat adalah di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang kedua-duanya dalam pemerhatian rapat Baginda Tuanku.
Menuduh bahawa Tan Sri Khalid akan merelakan kegiatan tidak bermoral atas perkiraan politik seolah-olah mempersenda kedua-dua institusi agama tersebut termasuk baginda Sultan. Pada perkiraan Ibrahim semua ahli politik akan menggadai maruah demi undi sebagaimana dirinya yang sanggup mengkhianati PAS walaupun parti tersebut mengutipnya setelah dicampak oleh Umno," katanya lagi.

Beliau berkata, selaku umat Islam, Ibrahim Ali seharusnya mendoakan setiap pemimpin berkhidmat dengan ikhlas, mentaati hukum dan menggalas jawatan sebagai amanah Allah supaya negeri menjadi aman sejahtera dan bukannya menuduh bahawa Selangor akan menjadi negeri peliwat.
Menurutnya, kenyataan itu sekaligus menggambarkan betapa kotornya pemikiran 'politikus' tua Ibrahim Ali yang bercakap tanpa iman, penuh dendam dan nafsu serakah.
Tegasnya, dakwaan itu merupakan satu penghinaan kepada seluruh rakyat Selangor dan Ibrahim Ali seharusnya dihalang dari menjejakkan kaki di negeri berdaulat ini.

"Menteri Besar amat memandang serius tohmahan jahat ini dan akan membincangkan isu ini dengan semua agensi terbabit dan Kamar Penasihat Undang-undang Negeri termasuk juga pihak Istana. Kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap Ibrahim Ali kerana keceluparan melampau beliau semata-mata mendapatkan publisiti murahan," jelasnya.
Seterusnya >>>

Faekah: Gelagat Najib tidak ubah bagai hero filem Tamil

Gelagat Perdana Menteri, Najib Razak ketika melawat Shah Alam semalam mengingatkan saya kepada hero filem Tamil tahun 1960-an yang masuk ke sebuah kampung untuk menyelamatkan gadis dalam kesusahan.

Gadis di sini merujuk kepada segelintir penyewa-penyewa di Kompleks PKNS yang keresahan susulan keputusan PKNS untuk menaikkan kadar sewa.

Tidakkah Najib (gambar kanan) tahu bahawa 70% penyewa terbabit setuju dengan kenaikan ini?  Tidakkah beliau tahu bahawa penyewa-penyewa ini telah menikmati kadar sewa 70% lebih murah berbanding pasaran semasa di ShahAlam?

Adakah Najib tahu bahawa mereka yang menentang kenaikan kadar sewa ini adalah golongan rentir bukannya penyewa lot-lot kedai di komplek situ?  Ini jelas menunjukkan golongan rentir inilah yang dalam kesusahan.  Sedarkah Najib bahawa di rumah mereka berderetan kereta mewah hasil dari aktiviti sebegini?

Saya tidak fikir hanya saya yang beranggapan tindakan lagak hero Najib ini sebagai pelik.  Tambah pula, lakonan beliau sehingga kononnya akan mengeluarkan air mata telah memualkan banyak pihak.  Kerajaan BN telah merompak kekayaan Selangor sejak 50 tahun lalu dan perbuataan ini terhenti apabila hero sebenar iaitu Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor.

Najib berkata beliau mahu menitis air mata mendengar keluhan peniaga-peniaga di Kompleks PKNS tetapi saya berkata Najib tidak ada hak untuk menangis.  Sebaliknya, Najib sepatutnya menitiskan air mata apabila bekas Menteri Besar, Khir Toyo menggunakan hampir RM2 juta duit rakyat untuk lawatan ke Disneyland.

Najib sepatutnya menitiskan air mata apabila melihat pemimpin UMNO yang tamak haloba dengan tersenarainya nama mereka dalam senarai pemiliki tanah Felda dan Felcra yang sepatutnya menjadi milik peneroka.  Najib juga sepatutnya menangis apabila seorang wakil rakyat Melayu menjual tanah rezab Melayu kepada tauke Cina dan tanah yang diwartakan untuk pembinaan surau dijual bagi memberi laluan kepada projek pembangunan.

Najib seharusnya melihat tangisan kegembiraan pakcik dan makcik UMNO menerima baucer RM100 untuk menyertai program Jom Shopping dan melihat seorang pakcik Cina menerima geran tanah bagi pihak isterinya yang meninggal dunia yang telah memohon geran tanah sejak 10 tahun lalu.

Apa-apapun kita tiada halangan jika Najib mahu terus menangis …
Seterusnya >>>

Noh Pandai Berpolitik Tapi Penuh Skandal - Faekah

SHAH ALAM: "Noh Omar memang seorang yang pandai berpolitik berbanding Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetapi kementerian beliau penuh dengan skandal yang membabitkan penyelewengan dana untuk golongan petani.
"Tan Sri Khalid pula bukan seorang yang pandai berpolitik sebaliknya jujur dan pandai mentadbir negeri dengan memberikan khidmat terbaik kepada Rakyat Selangor," kata Setiausaha Politik, Menteri Besar Selangor, Faekah Husin.
Kenyataan Faekah tersebut ekoran kenyataan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berhubung tindakan kerajaan negeri yang hanya akan membubarkan DUN Selangor sekiranya Pilihan Raya Umum dilakukan selepas Jun 2012.
Menurut Faekah,Noh gagal memahami prinsip utama pilihan raya dan amalan demokrasi.

 "DUN Selangor mempunyai mandat sehingga Mac 2013 dan Kerajaan Pakatan mahu memaksimakan mandat yang diberikan rakyat agar Belanjawan 2012 dapat dimanfaatkan sekurang-kurangnya selama 6 bulan pada 2012. Justeru, YAB Dato Menteri Besar hanya mempertimbangkan pembubaran DUN selepas bun tahun depan." ujar beliau
Katanya jika Dewan Rakyat dibubarkan selepas Jun 2012, Selangor tiada masalah untuk menyertainya.
"Sukar sangatkah Noh memahami dua duduk perkara yang berbeza tersebut.
"Apa yang lebih penting ialah setidak-tidaknya Pakatan Rakyat Selangor mengamalkan prinsip keadilan dalam sistem demokrasi ketika menjadi pemerintah apabila dengan terbuka memaklumkan kepada rakyat dan semua parti politik akan kemungkinan tarikh pilihan raya negeri.
"Berbeza dengan Kerajaan Pusat yang masih mengamalkan demokrasi pengecut bilamana tarikh pilihan raya hanya berada didalam saku Perdana Menteri dan mungkin isteri serta peramal profesionalnya." jelas Faekah.

Hari ini lebih 100 petani dan pesawah di Skinchan mengadakan demontrasi menggesa Noh meletak jawatan ekoran  laporan Ketua Audit Negara 2010 yang mendapati berlaku ketirisan wang RM110 juta oleh kementerian dibawah jagaan Noh.
Wang tersebut sepatutnya diberi kepada pesawah untuk skim peningkatan hasil padi.
Seterusnya >>>

Tak bubar DUN Selangor, Umno kini gusar, kata Faekah


Pengumuman kerajaan negeri Selangor untuk hanya membubarkan Dewan Undangan Negeri selepas Jun tahun depan mengundang kegusaran pelbagai pihak, terutamanya di kalangan BN dan Umno, kata setiausaha politik, menteri besar, Faekah Husin.

Katanya, ramai daripada mereka itu melenting dan pelbagai tuduhan pula dilemparkan.

Menurutnya, kerajaan negeri melihat tiada sebab pilihan raya awal diadakan kerana mandat yang diberikan rakyat kepada kerajaan negeri sekarang hanya akan tamat selepas Mac 2013.

“Alasan yang diberikan oleh menteri besar amat jelas bahawa kita tidak mahu mencontohi amalan Umno-BN pada 2008 bila mana pilihan raya diadakan pada Mac 2008 semua peruntukan ADUN Umno-BN pada tahun tersebut telah habis digunakan walaupun bajet baharu sahaja dibentangkan pada November tahun sebelumnya.

“Menteri besar juga menegaskan kerajaan negeri mahu memastikan peruntukan dalam Belanjawan 2012 benar-benar memberi manfaat kepada rakyat, sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan akan datang,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut Faekah, seperti dijangka, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar yang juga adalah timbalan pengerusi perhubungan Umno Selangor mempertikai keputusan berkenaan.

Malah, katanya, Noh juga menuduh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai cuba tunjuk dan gila kuasa dan takut menghadapi pilihan raya.

“Sejak isu penyalahgunaan dana untuk projek menternak lembu dibongkar, Noh menjadi tidak keruan. Jawapan-jawapan yang diberikan oleh beliau langsung tidak menunjukkan pemikiran seorang menteri.
Ghairah main politik

“Noh tiada kredibiliti untuk mempertikaikan keputusan kerajaan negeri Selangor ini. Selaku menteri kabinet, beliau telah gagal melaksanakan tugas malah terlalu banyak isu kontroversi yang gagal ditanganinya.

“Isu lembu-NFC misalnya, sebagai anak syarikat yang diletak di bawah kementeriannya, Noh bertanggungjawab untuk menjelaskan bagaimana geran RM250 juta dibelanjakan termasuk untuk membeli kondomonium,” katanya.

Menurut Faekah, agenda sebenar Noh adalah untuk menonjolkan dirinya di mata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya beliau dilantik menerajui Selangor.

“Noh telah membuktikan dirinya gagal selaku menteri malah cetek ilmu dalam pengurusan kewangan. Noh nampaknya lebih ghairah bermain politik untuk menonjol diri dengan harapan dapat menerajui Umno Selangor.

“Noh begitu ghairah untuk menonjol di mata perdana menteri serta cuba untuk menenggelamkan peranan Datuk Satim Diman selaku ketua pembangkang, apatah lagi ketua pembangkang itu sendiri turut bergelumang dengan skandal,” katanya.

Faekah berkata, dengan tidak semena-mena pula Noh turut menuduh kerajaan negeri tidak mahu bekerja sama dengan pusat dan berpolitik dalam isu pertanian.

Noh, ujar beliau sepatutnya menjadi orang yang terakhir untuk memberi pandangan jangan berpolitik dalam isu rakyat.
Seterusnya >>>

Hantar Noh Omar Menjalani Kursus Perakaunan




Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin menyarankan kerajaan pusat supaya menghantar barisan menterinya, termasuk  Datuk Seri Noh Omar menjalani kursus perakaunan agar lebih memahami selok belok urus tadbir kewangan.
Faekah berkata demikian berikutan kegagalan barisan kepimpinan Umno dalam memanfaatkan laporan audit Yayasan Selangor yang dibentangkan kerajaan negeri baru-baru ini.
 “Rata-rata nampaknya pemimpin UMNO walaupun telah menjadi Menteri tidak mempunyai pengetahuan dalam perakaunan. Justeru mereka gagal memanfaatkan laporan audit yang kita bentang. Mereka gagal memahami apa yang dikatakan belanjawan, keuntungan dan kerugian serta aliran tunai dalam satu-satu akaun.
“Kita suka mencadangkan agar kerajaan pusat menghantar mereka menjalani kursus perakaunan agar lebih memahami akan selok belok akaun dan tadbir urus kewangan,” ujarnya dalam satu kenyataan media hari ini.
Faekah berkata demikian bagi mengulas reaksi beberapa pemimpin Umno, termasuk Noh Omar selaku Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri Selangor yang mendakwa kos majlis makan malam yang ditanggung Yayasan Selangor, berjumlah RM800,000 pada sambutan ke 40 tahun yayasan itu 15 November lalu.
Menurut Faekah, kos sebenar majlis makan malam berkenaan hanyalah RM300, 000 dan kos yang disebut Noh Omar adalah jumlah kos keseluruhan program sambutan 40 tahun yayasan itu.
Katanya lagi, defisit yang berlaku dalam kewangan YS bukan berlaku dalam tempoh setahun atau sekelip mata sebaliknya akibat pengurusan dan pemantauan buruk  ketika pentadbiran kerajaan negeri Umno-Barisan Nasional.
“Pakatan Rakyat berdepan tugas berat dalam memperbaiki kesilapan yang terkumpul sejak 52 tahun lalu untuk memastikan semua syarikat kerajaan termasuk Yayasan Selangor diurus dengan baik,” katanya lagi.
Tambah beliau,  pimpinan Umno Selangor seharusnya kagum dengan kejayaan kerajaan negeri yang berani mendedahkan laporan kewangan Yayasan Selangor yang tidak diaudit selama lima tahun di bawah Umno-BN.
“Kita cabar Kerajaan Pusat agar memulakan tindakan tersebut kerana bukan sahaja gagal membentangkan belanjawan yang seimbang sejak 12 tahun yang lalu malah terdapat terlalu banyak kepincangan yang disumbat di bawah kapet.
“Mendesak Tan Sri Dato’ Seri Khalid Ibrahim, mengambil tanggungjawab dengan meletakkan jawatan, mereka berkata seolah-olah  mereka tidak mempunyai cermin,” sinis beliau.
Seterusnya >>>

Siasat kewangan Umno Selangor



SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat kedudukan kewangan Umno Selangor kerana mampu menyumbang wang tunai RM500 seorang kepada para pelajar yang kembali belajar ke Mesir.
Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin berkata, “sumbangan RM500 itu disalurkan kepada para pelajar menerusi Yayasan Kelana Ehsan (YKE) bagi pihak Umno Selangor.
“Tindakan Umno Selangor ini menimbulkan keraguan bagaimana sebuah parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan seperti YKE mampu menyediakan dana lebih setengah juta ringgit untuk menyalurkan sumbangan ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Apatah lagi katanya, Umno Bahagian Shah Alam masih mempunyai hutang tertunggak melebihi RM236,000 dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Ujar beliau, “jika Umno Selangor beriya benar membelanjakan lebih setengah juta untuk sumbangan itu, mengapa tidak pula bersungguh-sungguh untuk melunaskan hutang dengan MBSA.”
Hutang Umno dengan PBT
Oleh itu katanya, kerajaan Selangor akan meminta semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menyenaraikan semua hutang Umno kepada PBT dan akan membuat tuntutan dalam tempoh dua minggu.
Faekah berkata, selama ini pemimpin-pemimpin Umno ghairah mengkritik malah sanggup membuat laporan kepada SPRM dengan menuduh Kerajaan Negeri membelanjakan duit rakyat.
“Mutakhir, Umno menuduh Kerajaan Negeri menerusi Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) membelanjakan duit rakyat untuk meraikan tetamu-tetamu Kerajaan Negeri dari Sabah dan Sarawak dalam usaha kerajaan melaksanakan tanggungjawab sosial.
“SPRM pula begitu akur dan bersemangat menjalankan tanggung jawab mereka,” katanya.
Kita mahu bertanyakan isu yang sama kepada Umno Selangor, dari manakah Umno Selangor dan YKE memperoleh begitu banyak dana untuk membiayai sumbangan ini?
“Apakah aset dan perniagaan yang dijalankan oleh YKE sehingga mampu untuk bekerjasama dengan Umno Selangor menghulurkan sumbangan?,” soal beliau.
Beliau berkata, “kita juga mahu SPRM menyiasat perkara ini jika benar SPRM bertindak mempertahankan amalan telus dan kebertanggungjawaban.
“Jangan bersikap ‘double standard’ sehingga akhirnya meletakkan institusi tersebut begitu rendah kredibilitinya,” ujarnya.
Seterusnya >>>

Adakan PRK Pelabuhan Klang Dulu Baru Minta Kabinet Bayangan PR

faekah1

Tindakan Perdana Menteri yang tiba-tiba mencabar PR menyediakan kabinet bayangan memberi beberapa reaksi dan telahan. Saya lebih suka melihat ia sebagai positif. Beliau sendiri berasa takut dengan barisan kepemimpinan yang PR miliki. Apatah lagi beliau begitu gusar dengan barisan kabinetnya yang rata-rata mempunyai bebanan yang bakal menjadi asas kejatuhan BN.

Beban yang beliau sendiri kendung nampaknya begitu menonjol. Hinggakan beliau tidak mempunyai kekuatan merombak kabinetnya walau desas desus kuat mendesak beliau berbuat demikian.

Namun apa yang lebih mencabar kredibiliti beliau selaku PM ialah mana mungkin beliau boleh mencabar PR dalam keadaan beliau sendiri belum terbukti kehebatannya.

Sejak mengambil alih tampuk pemerintahan pada April 2009 yang lalu, kita tertunggu-tunggu pilihan raya awal dilakukan. Memang menjadi amalan, PM yang baru mengambil tampuk pemerintahan akan memanggil pilihan raya (snap election)  kerana perlu mendapat mandat baru untuk memerintah dengan bermaruah dan berkredibiliti. Bukan sekadar mewarisi takhta mengikut formula lapuk UMNO. Ternyata Najib tidak mempunyai kekuatan diri untuk melakukannya walau setelah 2 tahun menjadi PM.

Sekurang-kurangnya Tun Abdullah Ahmad Badawi telah memanggil pilihan raya umum pada 2004; kurang dari setahun memerintah negara. Meskipun beliau dilihat lemah tetapi hakikatnya lebih berani dan tidak teragak-agak dalam meletakkan mandat rakyat sebagai ciri utama untuk menerajui kerajaan. Sebaliknya, bukan setakat takut dan kurang yakin, Najib jauh lebih dahsyat lagi. Ratusan juta wang rakyat pula yang dibelanjakan membayar perunding Yahudi semata-mata mahu memulih imej yang tercalar teruk dengan pelbagai skandal yang menjadi bualan dunia.

Kegagalan Najib membuktikan kehebatan politiknya terserlah di Selangor dalam isu kerusi Pelabuhan Klang. Begitu mudah menginjak Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dengan mengenepikan keputusan Speaker DUN dan mencabarnya pula di mahkamah. Kita maklum, mahkamah akan menyebelahi pemerintah dalam hal ini apabila menjadikan kes Perak yang pada ketika itu Najib adalah Pengerusi Negeri Perak sebagai rujukan.

Sepatutnya Najib menggunakan kesempatan kekosongan kerusi Pelabuhan Klang sebagai tanda ukur kekuatan UMNO di Selangor. Bukan menabur fitnah ke atas kerajaan PR Selangor. Ternyata beliau tidak yakin dan takut dimalukan. Akhirnya terpaksa menggunakan mahkamah untuk menutup kelemahan.

Justeru, adalah lebih baik Najib memastikan dahulu beliau benar-benar mendapat mandat rakyat di negara ini sebelum dengan tidak semena-mena mencabar PR membariskan kabinet bayangan. UMNO Selangor yang masih kucar kacir walaupun setelah menerajuinya selama dua tahun, hingga tidak mahu berhadapan pilihan raya kecil di Pelabuhan Klang sudah cukup untuk Najib bermuhasabah dan meneliti masalah dalaman UMNO. Agak aneh bunyinya bila kita berani mencabar sedangkan diri masih tempang.

FAEKAH HUSIN
SETIAUSAHA POLITIK KEPADA MENTERI BESAR SELANGOR
Seterusnya >>>

Awang Selamat Biadap, Rasis - Kenapa KDN Membisu?

faekah1Terlalu banyak yang diperkatakan tentang tulisan Awang Selamat selama ini. Saya cuba untuk tidak ambil pusing walaupun cukup meluat membacanya. Namun tulisan Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia pada Ahad lalu sudah melampaui batas-batas kewarasan apatah lagi ia terpampang di dada akhbar perdana.

Akhbar yang suatu ketika dulu menjadi rujukan saya terutama ketika mahu mengambil peperiksaan STPM bagi subjek Pengajian Am kini bertukar menjadi alat adu-domba. Mengenangkan hal itu maka saya membuat keputusan ini menulis atas dasar tanggungjawab kepada anak-anak yang mengalami keadaan yang sama dengan saya 25 tahun lalu; untuk lulus cemerlang dalam Pengajian Am.

Tulisan Awang Selamat atas tema Biadab sungguh tidak bertanggungjawab dan berniat jahat. Jelas ia bertujuan melaga-lagakan pihak Istana dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berhubung isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang baharu.

Awang Selamat sengaja mencetuskan kontroversi. Sekali gus memutikkan bibit kebencian dan syak wasangka. Hampir serupa dengan tindakan akhbar perdana pada 1992 dan awal 1993 dahulu. Cuma hala gayanya yang berbeza. Kalau dulu, istana menjadi sasaran herdik Utusan dan Berita Harian, kini Kerajaan Pakatan menjadi tumpuan. Isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri dijadikan batu loncatan lantas diperbesarkan sedangkan PR Selangor menganggap ia hanyalah urusan pentadbiran yang boleh diselesaikan dengan kebijaksanaan.

Malangnya bukan penyelesaian yang didambakan Awang Selamat. Tulisan berbaur hasutan dan fitnah ini sengaja mahu menimbulkan permusuhan antara Istana dengan Kerajaan Negeri yang mereka lihat begitu baik dan teratur. Tulisan tidak bertamadun ini cuba membangkitkan kemarahan orang Melayu kononnya kerajaan Pakatan Rakyat tidak tahu adat dan Perlembagaan.
Awang Selamat tidak ubah sebagai pecacai Umno yang menggunakan media untuk membolehkan Umno/BN merampas semula Selangor sekali gus meneruskan penyelewengan serta salah guna kuasa yang mereka amalkan sepanjang memerintah Selangor.

Persoalannya, siapakah individu yang bersembunyi di sebalik nama Awang Selamat ini? Mana perginya sifat profesionalisme seorang wartawan? Selaku akhbar utama negara dengan barisan ahli lembaga pengarah yang saya kira dari golongan cerdek pandai, mengapa tiada seorang pun yang menasihatkan Awang Selamat agar menjaga maruah seorang wartawan dan maruah akhbar perdana itu sendiri? Atau semuanya telah hilang rasa malu pada dhamir masing -masing?

Seorang yang berfikiran waras maklum bahawa dalam soal perlantikan SU Kerajaan Negeri tidak timbul langsung isu penderhakaan terhadap DYMM Sultan Selangor. Isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor membabitkan masalah pentadbiran antara Kerajaan Selangor dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN) apabila KSN tidak bertindak profesional dengan membelakangkan Menteri Besar selaku ketua eksekutif. Isu bertambah rumit apabila pilihan terbaik menurut meritokrasi; kemampuan, pengalaman dan kekananan dalam jawatan diketepikan begitu sahaja.

Tahukah Awang Selamat DYMM Sultan Selangor sedia mengambil maklum bahawa kerajaan UMNO/BN lah yang telah menghakis kekuasaan Raja-raja Melayu sejak krisis Perlembagaan 1993. Jangan Awang ingat Tuanku akan terpedaya dengan tulisan bermuka-muka tersebut.

Sejarah jelas membuktikan pihak mana yang suatu ketika beriya-iya benar mahukan supaya kekebalan Raja-raja Melayu dihapuskan.  Malah, lebih dahsyat lagi mahu raja-raja Melayu dinyahkan daripada tahta dan istana diraja.

Pastinya selaku wartawan Awang pernah membaca laporan Berita Harian, pada 19Januari 1993 menyiarkan berita seorang Ahli Parlimen dari Perak yang mengingatkan raja-raja supaya  mengambil kira suara rakyat jika tidak raja-raja tidak dapat kekal lama “malah tahta mereka mungkin akan beralih ke muzium.

Bagi mengingatkan Awang, akhbar yang sama telah pada 16 Januari 1993 turut melaporkan seorang Menteri Besar pernah mendesak para ulama dan ilmuan Islam menasihati raja-raja Melayu tentang keperluan pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk memansuhkan kekebalan raja-raja. Ahli Parlimen dari Pahang pula dengan tega memberi tempoh 30 hari kepada raja-raja bagi memikirkan semula pendirian mereka berhubung pindaan tersebut.

Ketika itu pergerakan Pemuda UMNO begitu ghairah mahukan Kerajaan Persekutuan berpendirian tegas dan tidak berganjak dengan pendirian menghapus kekebalan raja-raja. Jika Awang seorang nasionalis, pasti beliau masih ingat bahawa pada ketika itu kakitangan dan pegawai kerajaan termasuk Datuk Bandar tidak dibenarkan berurusan dengan istana negara kecuali dengan kebenaran Perdana Menteri. Para pegawai juga dibenarkan untuk menolak undangan ke istana untuk menghadiri majlis bersama Raja-raja Melayu.

Selaku rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, saya cuba melupakan peristiwa tersebut walau ianya adalah sebahagian dari sejarah negara. Namun apabila karenah manusia berubah, setelah 17 tahun berlalu, tiba-tiba hari ini pihak yang berusaha dan berjaya “menghapuskan kekebalan dan beberapa hak istimewa Raja-raja Melayu”, kembali bermuka-muka dengan seruan supaya orang Melayu menghormati raja dan sultan.

Lebih dahsyat lagi mula bercakap soal penderhakaan kepada Sultan dan berselindung di sebalik nama Istana untuk mengaburi niat jahat mereka. Namun pekung mereka cukup busuk dan membusukkan. Rakyat melihat jelas ini adalah usaha terdesak mereka bagi mengembalikan sokongan terhadap mereka yang kian merosot dan parti mereka bakal menjadi parti picisan.

Awang Selamat terpilih menjadi Tok Selampit dan tukang karut. Amat menghairankan dimana hilangnya ketegasan Menteri Dalam Negeri dalam  situasi bahaya ini. Mengapa Awang Selamat dibiarkan merapu dan berkeliaran umpama maling gila merosak keamanan.

PR Selangor menjunjung  penuh kedaulatan DYMM Sultan Selangor yang menjadi tempat rakyat berlindung dan mencari keadilan. Titah Tuanku Sultan ketika Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran kepada DY Teramat Mulia Raja Muda pada 6hb Januari sangat mengujakan. Tuanku dengan jelas menjawab Awang dan pihak-pihak yang cuba menangguk di air bahawa tohmahan mereka salah. Baginda bertitah bahawa baginda begitu akrab dan mesra dengan Dato Menteri Besar Selangor, nasihat-menasihati antara satu sama lain, bertukar-tukar fikiran dalam banyak hal dan perkara.

Kerajaan Pakatan Rakyat menentang sekeras-kerasnya sebarang cubaan melaga-lagakan hubungan baik antara pimpinan negeri dan pihak Istana. Saya mendesak UMNO/BN samada atas kapasiti mereka atau dengan bertopengkan GAPS dan PERKASA berhenti memainkan sentimen ini kerana sangat memalukan sebuah parti yang begitu ghairah dengan berbagai slogan akhirnya menggunakan taktik kotor sebegini untuk mendapatkan semula sokongan. Saya juga mendesak

Kementerian Dalam Negeri jangan lagi memekakkan telinga dan berpura-pura tidak melihat tindakan Awang ini penuh dengan unsur hasutan dan fitnah melampau.

FAEKAH HJ HUSIN
SETIAUSAHA POLITIK KEPADA MENTERI BESAR SELANGOR

-/ Suarakeadilan
Seterusnya >>>