Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Najib didesak jelas hubungan dengan perunding pro-Israel

KUALA LUMPUR 28 Ogos: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta menjelaskan hubungan kerajaan dengan syarikat perunding FBC Media dan kolumnis pro-Israel, Joshua Trevino.
Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, rakyat berhak tahu mengapa kerajaan bekerjasama dengan firma dan perundingnya yang dikecam secara umum oleh media antarabangsa.
“Najib perlu jelaskan jika beliau percaya mereka telah dicela secara tidak adil,” katanya dalam satu kenyataan.
Semalam, The Guardian memecat Trevino kerana memetik ucapan Najib untuk akhbar itu pada tahun lepas tanpa memaklumkan peranannya sebagai perunding di syarikat yang terlibat dalam kempen mengatur berita oleh kerajaan Umno BN.
Sebelum ini, kata Saifuddin, FBC Media dikritik teruk kerana liputannya yang berat sebelah tentang pentadbiran Najib, malah BBC dan CNBC telah memutuskan hubungan mereka dengan syarikat itu.
Trevino sebelum ini giat menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di laman Malaysia Matters yang dikaitkan dengan FBC Media.
Pelantikannya sebagai kolumnis The Guardian juga ditentang banyak pihak sebelum ini selepas beliau menggesa menembak konvoi kemanusiaan flotila Gaza pada Jun 2011.
Justeru, kata Saifuddin lagi, beliau menyokong pemecatan Trevino atas dakwaan kaitan dan peranannya dalam FBC Media.
“Syarikat itu dan Trevino dilihat sebagai perunding media kepada pihak perhubungan awam pentadbiran Najib.
“Cukup aneh apabila kerajaan melantik perunding yang juga seorang ‘pro-Zionist’ yang terkemuka dan pada masa sama cuba menuduh saya sebagai ‘pro-Israel,” kata Ahli Parlimen Machang itu.
FBC Media sebelum ini dibayar RM82.6 juta bagi kempen perhubungan awam pentadbiran Najib dengan membuat lapan dokumentari.
Namun, kontrak yang bermula pada 2007 itu tamat tahun lalu selepas hal tersebut terdedah ekoran kekerapan pemimpin kerajaan Malaysia muncul dalam program berkenaan.
.

0 Komen pengunjong :