Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Dewan Ulama Pas Kelantan selar Ibrahim Ali

hasan mahmood

KOTA BHARU- Dewan Ulama Pas Kelantan menyelar tindakan Presiden Perkasa, Ibrahim Ali yang mendakwa isi kandungan khutbah sayap itu membawa mesej perpecahan dan berbaur politik yang dahsyat.

Timbalan Ketuanya, Hasan Mahmood berkata, dakwaan Ibrahim disifatkan tuduhan melulu tanpa kebenaran fakta yang tepat serta berniat jahat untuk memburukkan Pas Kelantan termasuk melagakan parti itu dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik).

Hasan menafikan dakwaan tidak berasas Ibrahim itu kerana penghasilan isi kandungan khutbah itu tidak terikat dengan kepentingan mana-mana parti politik biarpun ia dikeluarkan pihaknya.

“Bagi mana-mana pihak yang meneliti isi khutbah tersebut, sekalipun ia adalah keluaran Dewan Ulama Pas namun tidak satu pun nama pertubuhan politik yang disebut sama ada Pas mahupun Umno.

“Sebaliknya, sebagaimana tajuk yang tertera pada khutbah iaitu menentang kerosakan dan kezaliman di dalam Negara adalah jihad yang paling afdal iaitu bermaksud mengajak umat Islam agar sentiasa berjihad dan jihad paling utama dalam konteks masa kini adalah jihad
untuk mempertahankan Negara umat Islam daripada kezaliman dan kerosakan yang ingin dilakukan oleh mana-mana pihak,” katanya kepada di sini, semalam.

Hasan menjelaskan, kenyataan itu juga diucapkan ulama terulung dunia Islam yang merupakan Prof Dr Yusof Al-Qaradhawi menerusi kitabnya iaitu Min Fiqh Daulah dan beliau pernah menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah daripada Malaysia.

Beliau berkata, isi kandungan khutbah tersebut turut mengajak masyarakat memanfaatkan sistem demokrasi di negara ini bagi mendaulatkan Islam di tempat tertinggi bersesuaian dengan kedudukannya yang mulia.

“Kita juga mengambil pendekatan yang berbeza-beza dengan menggunakan teks khutbah lain bagi menyeru umat Islam agar dapat menggunakan saluran pilihan raya dalam memilih calon yang dapat menjalankan tanggungjawab seperti diamanahkan sebagaimana yang
dianjurkan dalam agama sekali gus menjadikan ia sebagai aspek terpenting dalam pentadbiran negara,” katanya.

Dalam pada itu, Hasan turut menempelak kenyataan Pengasas Pondok Genting Tumpat, Abdullah Saamah yang menuduh Pas negeri ini membenarkan imam dan khatib membaca khutbah Aidilfitri berunsur politik dan membawa anasir perpecahan umat Islam.

Katanya, Abdullah umpama menjadi ‘pak turut’ kepada Ibrahim yang hanya pandai menuduh tanpa usul periksa.
.

1 comment :