KUALA LUMPUR, 23 Ogos — Ahli parlimen Pakatan Rakyat (PR) hari ini
menyatakan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad, “lebih baik syaitan yang
dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali”, dalam blognya semalam
jelas menunjukkan pengakuan bekas perdana menteri diatas kesalahan
semasa memerintah negara selama 22 tahun.
Ahli parlimen PR Nurul Izzah Anwar, anak perempuan kepada Datuk Seri
Anwar Ibrahim, mengatakan bahawa musuh ketat bapanya itu terdesak untuk
terus relevan.
Nurul, naib presiden PKR, berkata kata-kata Dr Mahathir adalah satu
cubaan terdesak disaat akhir untuk meyakinkan rakyat Malaysia untuk
mengundi bagi Barisan Nasional (BN), walaupun ia seperti memberikan undi
kepada “syaitan”.
Dr Mahathir sudah sangat terdesak ibarat, “lelaki tua yang mahu terus kekal relevan”, katanya.
“Malangnya, suaranya adalah tidak relevan, dan sebab itu dia bersuara bagi mendapatkan sokongan kepada Umno-BN.
“Pengaruh beliau, jika ada, hanya di kawasan luar bandar, dimana
tanpa diragui beliau akan berjaya pengaruhi,” kata ahli parlimen Lembah
Pantai kepada The Malaysian Insider.
“Sekali lagi ... tidak lebih daripada percubaan seorang lelaki tua untuk dilihat relevan.”
Dalam tulisan blog semalam, Dr Mahathir memberitahu rakyat Malaysia
adalah lebih baik “syaitan [mereka] tahu” dalam BN daripada kerajaan
persekutuan PR, yang beliau kata akan membangkrapkan negara dengan
janji-janji populis.
BN telah mendengar rakyat menukar banyak undang-undang dan dasar. Apa
yang rakyat perlu lakukan adalah untuk mendesak BN menjalankan apa
sahaja perubahan yang diinginkan.
“Lebih baik syaitan yang anda kenal daripada malaikat anda tidak kenal,” tulis bekas perdana menteri itu.
Ahli parlimen PAS, Dr Dzulkefly Ahmad, berkata pengakuan Dr Mahathir
BN sebagai “syaitan” tidak akan memberikan apa-apa kebaikan kepada
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan BN akan tetapi
memburukkan keyakinan awam terhadap kerajaan semasa.
“Jika apa-apa, ia menyukarkan mereka (BN) lagi, dan memberikan
persepsi buruk terhadap BN dikalangan pengundi atas pagar,” kata ahli
parlimen Kuala Selangor itu kepada The Malaysian Insider.
“Yang Najib berjaya tarik dan dia dan BN adalah selari, kalau dimusnahkan oleh perkataan Dr Mahathir.
“Beliau hanya menambah penghinaan kepada kecederaan.”
.
0 Komen pengunjong :