KUALA LUMPUR: Kenyataan berkias bekas Perdana
Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa "lebih baik (memilih) syaitan
yang anda kenali dari malaikat yang anda tidak kenal", boleh
mengelirukan umat Islam.
Ahli
Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata,
kenyataan Mahathir itu juga bertentangan dengan akidah Islam yang
mewajibkan setiap muslim percaya dan beriman kepada malaikat seperti
termaktub dalam rukun iman, sedang syaitan pula katanya, adalah musuh
yang nyata bagi orang Islam.
"Berpegang kepada akidah Islam, kita kena percaya kepada malaikat, dan syaitan itu musuh kita.
"Kenyataan (Mahathir) itu agak mengelirukan. Kalau suruh pilih syaitan, itu tidak boleh," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau
yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata demikian ketika diminta
mengulas tulisan terbaru Mahathir dalam blognya chedet.cc semalam.
Dalam entri terbarunya itu, Mahathir berkata lebih baik mengundi “syaitan yang dikenali dari malaikat yang anda tidak kenal”.
Katanya,
Barisan Nasional (BN) telah terbukti mendengar keluhan rakyat dan
banyak perubahan telah dibuat berbanding Pakatan Rakyat yang menjanjikan
banyak perubahan tetapi tiada jaminan bahawa janji tersebut akan
ditunaikan.
Mahathir juga berkata tindakan memberikan peluang
kepada Pakatan Rakyat membentuk kerajaan selama lima tahun boleh
mewujudkan kucar-kacir dan memusnahkan negara.
Membidas kenyataan
itu, Nizar yang juga Timbalan Ketua Penerangan PAS Pusat berkata, rekod
54 tahun pemerintahan BN sememangnya telah meletakkan Malaysia dalam
keadaan kucar-kacir termasuk soal perundangan, ekonomi dan juga politik.
"Saya
tak tahu dia (Mahathir) rujuk syaitan dan malaikat itu kepada siapa.
Tapi sepertinya Syaitan itu dirujuk kepada Umno BN. Seperti mengatakan
Umno itu syaitan.
"Yang penting kita tak boleh pilih syaitan, kita kena percayakan malaikat," katanya.
.
0 Komen pengunjong :