Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

BN yang ikut Obama, terpaksa guna slogan ‘Janji Ditepati’

KUALA LUMPUR, 23 Ogos — Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu mengatakan bahawa Barisan Nasional (BN) yang sebenarnya mengikut cara presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama — berjanji tetapi tidak tahu menunaikannya sehingga terpaksa menggunakan slogan ‘Janji Ditepati’ dalam kempen mereka untuk meyakinkan pengundi.
Mohamad yang mesra dengan panggilan Mat Sabu menjawab kembali kenyataan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan bahawa Pakatan Rakyat (PR) ibarat presiden AS yang hanya tahu berjanji tetapi tidak mampu untuk menunaikannya.
“Yang sebenarnya ikut Obama, BN lah.
“Mereka dah lama berjanji macam-macam tetapi tak mampu nak tunai.
“Sebab itu mereka terpaksa guna slogan ‘Janji Ditepati’ dalam kempen mereka untuk meyakinkan pengundi yang mereka benar-benar tunaikan janji,” katanya ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider sebentar tadi.
Mohamad juga menjelaskan, dendam peribadi Dr Mahathir terhadap ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebabkan beliau mengeluarkan kenyataan dengan penuh kebencian terhadap pemimpin PKR tersebut.
“Kalau Anwar jadi perdana menteri, dia terikat dengan PR.
“Dia tak boleh buat suka hati dia,” tambahnya lagi.
Dalam tulisan terbarunya semalam, Dr Mahathir memberi amaran kepada rakyat Malaysia agar tidak terpengaruh dengan PR yang beliau dakwa menabur janji sepertimana yang dilakukan oleh Obama, dimana presiden AS itu masih belum dapat menunaikannya.
Diantara janji Obama yang belum ditunaikan adalah seperti menutup Kem Tahanan Guantanamo Bay, mengeluarkan tentera AS dari Afghanistan dan Iraq.
Dr Mahathir turut mengatakan bahawa Anwar hanya bercita-cita untuk menjadi perdana menteri akan tetapi tidak layak untuk memimpin negara.
.

0 Komen pengunjong :