KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Husein
wajar dipotong gaji RM10 dalam sesi Parlimen yang akan datang
disebabkan proses transformasi yang berlaku kepada beliau daripada
'Menteri yang tidak tahu' kepada 'Menteri yang serba tahu' hanya dalam
tempoh 24 jam.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam kenyataan
berkata, pemotongan itu wajar kerana perubahan yang begitu cepat berlaku
kepada menteri itu.
Hishamudin berubah dalam reaksinya apabila
menjawab isu dakwaan liar dan tidak berasas oleh Ketua Penolong
Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Cawangan Khas, Mohd
Sofian Md Makinuddin dalam Konvensyen Pemuda Kebangsaan di Parlimen pada
Khamis lepas.
Beliau membuat dakwaan bahawa pengganas Jemaah
Islamiah (JI) sedang meresap kedalam PAS dan dan ancaman komunis kedalam
DAP menjelang pilihanraya umum yang akan datang.
Semasa ditanya
pada hari Jumaat, Hishammuddin telah menunjukkan bahawa beliau 'Menteri
yang tidak tahu, dengan menekankan bahawa beliau 'tidak pasti'
berhubung dengan dakwaan resapan pengganas dan komunis ke dalam Pakatan
Rakyat
“Saya tidak mempunyai meklumat yang relevan (berhubung isu
ini) buat masa ini, Oleh itu, saya tidak boleh mengatakan samada ianya
benar atau tidak. Apa yang boleh saya katakan adalah, topik ini amat
sensitif,” kata Hishamudin.
Namun apabila Hishammuddin dikecam
kerana memberi 'respon pengecut yang tidak bertanggungjawab' terhadap
dakwaan Sofian, Hishammuddin telah melakukan aksi membuat balik kuang
dalam tempoh 24 jam dan menjadikan beliau sebagai 'Menteri serba tahu'.
Kata
Hishammuddin pada hari Sabtu pula, dakwaan berhubung dengan “peresapan”
pengganas JI dan ancaman komunis kedalam Pakatan Rakyat bukanlah berada
pada tahap yang boleh mengancam keselamatan negara ini.
“Setakat
ini, berdasarkan laporan yang sampai kepada saya, sebarang penembusan
idelogi (dalam pembangkang), tidak menjejaskan keselamatan dan
kestabilan negara ini. Jadi jangan jadikan ia lebih daripada itu,” kata
Hishamudin seolah-olah beliau serba tahu pula.
Tambahnya lagi,
apa yang dikatakan oleh Cawangan Khas hanyalah "fakta semata-mata", dan
"Jika ia tidak mengancam keselamatan negara, kami tidak akan
menganggapnya sebagai satu ancaman".
Kata-kata
Hishammuddin itu tidak menggambarkan sikap munasabahnya sebagai seorang
Menteri Dalam Negeri tetapi sebaliknya mengeluarkan kenyataan yang
berbelit-belit dalam mempertahankan golongan yang tidak patut
dipertahan, kata Lim Kit Siang, anggota Parlimen Ipoh Timur itu.
"Apa
itu 'fakta semata-mata' yang Hishammuddin katakan dengan merujuk kepada
dakwaan Sofian bahawa pengganas JI sedang meresap ke dalam PAS dan
ancaman komunis ke dalam DAP?" soal Kit Siang.
Kit Siang mencabar
Hishammuddin dan Sofian untuk memberikan nama pengganas JI yang telah
meresap ke dalam PAS dan komunis ke dalam DAP, dan sekiranya mereka
berdua ini tidak dapat berbuat demikian, maka dakwaan ini bukan sahaja
“fakta semata-mata” tetapi kenyataan fitnah-palsu yang berpucuk daripada
imaginasi liar Sofian.
.
0 Komen pengunjong :