PETALING JAYA, 27 Julai — PKR melihat, kedudukan Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak semakin berbahaya apabila kaji selidik
yang dijalankan Merdeka Center menunjukkan populariti perdana menteri
itu menurun dari kalangan sokongan pengundi Melayu.
Rafizi menjelaskan, berdasarkan kaji selidik itu, beliau turut
mendapati, isu “bread and butter” menjadi isu pokok kepada sokongan
pengundi terhadap kepimpinan Najib.
“Hasik kaji selidik Merdeka Center mendapati isu ekonomi menjadi
faktor penurunan sokongan pengundi Melayu terhadap perdana menteri.
“Saya berpendapat, isu bread and butter ini memainkan peranan
penting. Selepas kerajaan mengumumkan GTP, (Program Transformasi
Kerajaan), ETP, (Program Transformasi Ekonomi), mereka cuba memaparkan
seolah-olah semuanya baik ... tetapi rakyat terutamanya bangsa Melayu
tidak merasai kesan daripada transformasi berkenaan,” kata Rafizi ketika
sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.
Selain
itu, Rafizi juga turut menjelaskan, kaji selidik ahli akademik daripada
Majlis Professor Negara yang menjangkakan Selangor dan Kedah bakal
dikuasai Barisan Nasional (BN) juga tidak tepat, dan ia memerlukan
perbincangan lanjut.
“Saya mempersoalkan penemuan ahli akademik daripada kaji selidik MPN, kecuali ianya dibentang secara terbuka.
“Tetapi situasi politik sekarang lebih mirip kepada kaji selidik Merdeka Center,” katanya.
“Kalau benar BN dan Najib begitu popular, sudah lama PRU telah dilaksanakan,” tambahnya lagi.
Jelas Rafizi, Pakatan Rakyat sangat gembira dengan hasil kaji selidik
Merdeka Center dan Najib jelasnya, perlu merasa bimbang kerana beliau
seolah-olah bertindak sebagai “presiden” dan berkempen secara individu.
“Kami sangat gembira dengan keputusan kaji selidik Merdeka Center ...
kalau saya Najib, parti sudah sepatutnya menyuarakan kebimbangan kerana
Najib berkempen seolah-olah beliau seorang Presiden.
“Ia bukannya semangat berkumpulan, bukan team effort, tapi personal
strenght,” kata Rafizi lagi dan menambah,”PRU ini mungkin 50-50,
(persaingan antara BN dan PR).”
Kaji selidik yang dijalankan Merdeka Center semalam mendedahkan,
penerimaan terhadap Datuk Seri Najib Razak menurun satu peratus kepada
64 peratus pada Jun lalu, namun penerimaan terhadap kerajaan menurun
sebanyak enam peratus kepada 42 peratus pada bulan sama dengan penurunan
terbanyak datang dari pengundi Melayu.
Kaji selidik yang dijalankan terhadap pengundi di Semenanjung
Malaysia menunjukkan tahap kepuasan terhadap prestasi perdana menteri
(PM) menurun bagi pengundi Melayu dan India, daripada 79 kepada 75
peratus, dan daripada 72 kepada 69 peratus.
Namun bagi pengundi Cina, penerimaan Najib meningkat daripada 37 peratus pada bulan Mei kepada 42 peratus Jun lalu.
Penerimaan terhadap Najib berada di paras 60 ke 70 peratus sejak tiga
kaji selidik lalu oleh Merdeka Center dan khabar angin menyebut
kemungkinan pilihan raya bakal dilaksanakan bulan ini sebelum mandat
Barisan Nasional (BN) tamat pada April 2013.
Bagaimanapun, kedudukan stabil Najib sama seperti Jun lalu tidak menterjemahkan sokongan terhadap kerajaan pimpinannya.
Kaji selidik itu mendapati pendapat ramai kepada kerajaan masih
menurun, hanya 42 peratus mendapati mereka “gembira” dengan kerajaan,
penurunan enam peratus dibandingkan pada Mei 2012.
Kaji selidik itu berkata, penurunan itu mungkin disebabkan oleh
pengundi Melayu, yang menurun dari 65 peratus pada Mei, kepada 58
peratus pada Jun 2012.
.
Polis tahan kambing gemar kejar orang
6 hours ago
0 Komen pengunjong :